Zaman sekarang gajet tu dah jadi keperluan, bukan sahaja kepada orang dewasa, malah juga kepada anak-anak kita yang masih kecil. Memang tak salah nak berikan anak gajet tapi jangan jadikan gajet itu medium untuk anda ‘mengelak’ atau sebagai satu cara untuk tidak melayan anak.
Bila timbul masalah yang disebabkan gajet, mulalah kita menyalahkan peranti tersebut, walhal kalau dilihat pada sumber utama, ibu bapa lah yang mula-mula memberikan gajet pada si kecil. Tak salah nak beri anak guna, paling penting tahu apa kegunaan peranti tersebut dan bukan dijadikan alasan untuk tidak melayan si kecil kerana hal-hal lain.
Masalah Anak Ketagih Gajet, Punca Bermula Dari Siapa?
Anak-anak kecil zaman sekarang, ramai yang ada masalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
Ada yang pendiam/pemalu
Ada yang kuat meragam
Ada yang pemarah/agresif
Ramai salahkan gajet, tapi betulkan ini berlaku kerana gajet?
Sebelum kita salahkan gajet, kita kena tahu kenapa penggunaan gajet berlebihan ni berlaku.
Ya, kerana ibu bapa tak cukup sabar nak layan karenah anak-anak, atau ibu bapa sibuk buat perkara lain.
Jadi punca yang sebenar adalah kita (ibu bapa).
Kita cepat bosan bila anak ulang-ulang cerita. Kita suruh mereka berhenti bercakap.
Kita cepat melenting bila anak ulang-ulang soalan. Kita suruh dia jangan bertanya.
Kalau kita jawab pun, kita jawab ala kadar, sepatah dua sahaja.
Nak senang, kita bagi gajet supaya mereka tak kacau kita
Maksudnya kita yang ajar anak kita cara yang salah berkomunikasi, dan bila anak tu jadi ada masalah sosial, kita salahkan seratus peratus pada gajet.
Padahal dengan pengawasan dan penggunaan yang betul, gajet tu boleh jadi platform yang baik untuk mendidik anak.
Kesalahan lain yang ibubapa selalu buat adalah kerap tonjolkan emosi negatif.
Marah
Menghalang
Mengarah
Menyalahkan orang lain
Padahal kita sepatutnya:
Menasihati
Mengalakkan
Mengajak
Bertanggungjawab
Jangan bawa emosi negatif dari tempat kerja ke rumah. Tinggalkan di luar pintu.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI