Pernah tak hadapi situasi anak tiba-tiba mengamuk, semua benda tak kena. Kadang-kadang rasa nak marah bila ditanya tapi tak nak jawab.
Rasanya ramai ibu bapa yang mengalami situasi ini. Lebih-lebih lagi anak dalam fasa mengenali diri sendiri. Sama seperti penulis keibubapaan ini yang turut mengalami situasi yang sama. Ikuti tip bagaimana beliau mengatasinya dengan mudah.
ANAK LEBIH CEPAT BERTENANG BILA RASA DIRI DIFAHAMI
Diulang. ‘Anak lebih cepat bertenang bila rasa diri difahami.’
Saya teringat anak saya pernah meraung kat Sunway Lagoon. Semata-mata sebab dia teringin makan capati. Kau tengah berseronok dalam tu, tiba-tiba dia petik benda yang tak wujud kat tempat tu.
Aje yang bikin panas. Dah la banyak mata yang memerhati. Mujur saya teringat ‘quote’ kat atas tu. Saya pun duduk depan anak. Pandang mata dia dan cakap dengan tenang.
Baca artikel:
Resepi Mudah Apam Puteri Ayu Versi Red Velvet Cheese, Hanya Guna Sukatan Cawan
“Aqlan tiba-tiba teringin makan capati ke?”
Anak saya mengangguk. Tiba-tiba tangisan dia tadi turun dari skala 10 ke skala 5.
“Mama pun teringin. Sedapnya kalau dapat makan capati kan. Tapi Aqlan, kat sini tak ada jual capati. Apa kata kita cari makanan lain dulu. Keluar nanti, kita cari kedai yang jual capati.”
Ibarat hujan lebat yang berhenti tiba-tiba. Aqlan terus mengangguk, senyum dan jawab sepatah “OK”.
Mak pulak yang konfius.
Macam kena game pun ada. Memang betullah. Ajaib betul emosi anak boleh mereda bila mereka rasa diri difahami.
Anak sulung saya pun pernah mengamuk. Semata-mata ter-kaler orang dengan warna coklat gelap. Kalau ikut logik akal sendiri, rasa nak mengamuk balik pun ada. Benda kecik boleh setel gini pun nak mengamuk.
Sebelum mengamuk, saya ingat balik ‘mantra’ kat atas ni. Saya pun cakap pada dia.
“Ammar tak suka warna macam ni? Nampak buruk? Ammar rasa rosak dah lukisan Ammar?”
Bertalu-talu anak saya mengangguk, membalas pertanyaan saya. Ajaibnya, amukan anak saya tadi terus reda.
“Nak mama tolong tak? Mama cuba padam, lukis balik. Kemudian kita test kaler lain kat kertas lain sebelum kaler balik, ok?”
Macam orang rasuk kena jampi, dia terus ok. Siap senyum lagi.
That easy!
Lepas ni, kalau anak korang mengamuk, repeat ayat kat atas tu. Untuk ingatkan diri,
‘Ok relax. Ada cara nak tenangkan dia’.
Teknik ajaib ni dinamakan VALIDATION.
Bila anak rasa emosinya divalidasi, ada 3 KESAN POSITIF yang berlaku:
✅️ Spark otak rasional untuk connect dengan otak emosi.
✅️ Anak lebih tenang sebab rasa diri difahami.
✅️ Anak akan belajar gunakan perkataan untuk ekspresikan apa yang mereka rasa di lain hari akan datang.
Dan yang paling penting, dalam jangka masa panjang, kita mendidik anak mencari solusi. Kita membiasakan anak menggunakan otak rasional untuk kawal emosi. Bukan biarkan diri dikuasai emosi.
Kredit: Wawa Shauqi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!