Farzwa De-Attaher Emir bin Farit (lahir 13 Julai 1977) atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz merupakan seorang pemuzik, DJ dan komposer Malaysia.
DJ Fuzz yang gemar membaca buku berkongsi cara mendidik anak-anak supaya suka melakukan sesuatu tanpa paksaan.
Menurutnya, sebagai ibu bapa kitalah yang harus menunjukkan perkara yang positif seperti membaca buku jika nak anak kita membaca buku.
Baca: Campuran Bahan Special, Nasi Ayam Untuk Bayi Versi Paling Mudah, Patutlah Sedap!
“Macam mana nak buat anak kita suka membaca? Senang je, anak anak kita ikut parents dia, apa yg parents dia buat dia tiru”
Dia yang juga bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew dan pemilik syarikat rakaman Mixology Music berkahwin dengan Nawal Rafeza Zulkifli dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mahmoud Jordan Emir. DJ Fuzz mempunyai hobi membaca, melancong dan telah dididik membaca sejak kecil. Dia gemar memperkembangkan ilmu dan belajar dalam bidang muzik, bidang perniagaan dan apa sahaja yang menarik minatnya.
Ibu bapanya, arwah Farit Ismeth Emir merupakan ahli perniagaan dan juga penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Noor Ashikin Othman, seorang pensyarah universiti dan pakar pemakanan. Dia mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur dan kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.
Ketika di sekolah rendah, dia kerap mendapat nombor satu dalam peperiksaan. Selain itu, dia juga aktif dalam menyertai sukan taekwondo dan pernah mewakili sekolah hingga ke luar negara.
Baca: Sindrom Anak Kedua Memang Nampak Tak Bahaya, Tapi Kalau Ibu Ayah Abaikan Akan Calarkan Emosi Anak
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka. Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)