Anak Aktif Bermain Sampai Tak Mahu Tidur, Cuba 4 Cara Ini Pula Memang BERKESAN!

Share

Kanak-kanak diketahui sebagai kelompok umur yang begitu aktif terutamanya jika mereka telah mula pandai berjalan dan mula meneroka apa yang terdapat di sekelilingnya.

Keaktifan kanak-kanak kecil ini memberikan sedikit kesukaran kepada ibu atau bapa untuk menidurkan mereka sebentar atau napping. Untuk pengetahuan ibu bapa, napping bayi anda sebenarnya tidaklah begitu sukar.

Ia akan menjadi mudah jika digabungkan antara rutin harian kanak-kanak yang tepat bersama-sama dengan kekerapan komunikasi. Jadi, apakah caranya untuk memudahkan anak anda nap atau tidur sebentar? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Pastikan rutin harian yang konsisten setiap hari

Rutin harian memainkan peranan yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana ia akan memberikan rasa selamat dan emosi yang stabil kepada mereka. Sekiranya anda boleh menidurkan anak anda pada waktu yang sama setiap hari, waktu tidur mereka akan menjadi lebih mudah memandangkan jam tubuh (body clock) mereka akan membuatkan mereka terlelap pada waktu yang boleh dijangkakan.

Cara yang disarankan adalah, tidurkan dan bangunkan mereka semula pada waktu yang tetap setiap hari. Bagi kanak-kanak yang nap dua kali sehari, mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur.

Manakala bagi mereka yang nap sekali dalam sehari, tidurkan mereka sekitar 4 hingga 6 jam.

Habiskan tenaga anak anda sebelum mereka tidur

Memandangkan kanak-kanak sentiasa memiliki tenaga yang banyak, galakkan mereka untuk menggunakan tenaga yang ada sebelum mereka mula tidur. Ini akan membantu mereka untuk tidur dengan lebih relaks dan nyenyak pada waktu nap mereka.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Bawa mereka pergi bermain di taman permainan, kelas-kelas untuk kanak-kanak atau boleh sahaja bermain di laman rumah pada waktu pagi. Percayalah, setelah mereka berasa letih, mereka akan lebih mudah tidur dan anda tidak perlu pening kepala untuk menidurkan anak anda.

Gunakan tempat atau ruangan tidur yang sama

Sekiranya anak anda tidur di biliknya sendiri pada malam hari, gunakan bilik yang sama untuk mereka tidur pada waktu siang. Ini membantu konsistensi mereka untuk tidur dengan lebih selesa. Elakkan daripada menidurkan mereka di hadapan televisyen atau di atas sofa kerana ia akan menyebabkan anak anda mendapat kualiti tidur yang buruk.

Amalkan rutin pre-nap

Pre-nap bertindak sebagai satu transisi atau pertukaran antara waktu aktif dan waktu nap anak anda. Rutin yang menenangkan ini akan memudahkan anda menidurkan anak anda tanpa perlu usaha yang lebih.

Anda hanya perlu mulakan dengan mengingatkan anak anda bahawa waktu tidur telah tiba. Kemudian, bawa mereka ke bilik tidur dan kurangkan pencahayaan bilik seperti menutup lampu dan menggunakan langsir tingkap.

Peluk anak anda dan baca buku cerita pada mereka. Anda boleh juga menyanyikan sesuatu dengan suara yang perlahan.

Semua ini akan memberikan ketenangan kepada anak anda dan mereka akan terlelap dengan lebih mudah.Sekarang anda tahu, menidurkan anak anda bukanlah satu perkara yang sukar melalui penggunaan kaedah dan teknik yang betul.

Kaedah ini bukan sahaja berkesan terhadap anak anda, tetapi mungkin juga boleh melelapkan anda bersama-sama anak anda. Alamatnya, tidak siaplah makanan tengahari di rumah sekiranya anda turut menyertai nap anak anda.

Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Published by
NuFa