Anak Alergik Telur, Buatkan Puding Karamel Tanpa Telur Ni, Paling Senang!

Share

Puding Karamel Tanpa Telur yang satu ini paling sesuai untuk yang alergik telur atau tak suka rasa hanyir telur dalam puding. Paling menarik caranya cukup mudah malah tak perlu dikukus seperti biasa. Menarik.

Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Marina Ismail ini. Superb!


Bahan-bahan pun mudah dan murah. Gandingan puding perisa vanila yang silky smooth dengan gula karamel memang sangat nikmat. Lembut je hasil puding karamel ini. Tidak perlu guna water bath pun tetapi tekstur sangat licin! Rasa puding tu sangat seimbang dengan rasa karamel.

Dah la tak guna telur, lepas tu hanya kena sejukkan dalam peti ais saja. Hanya perlu sediakan caramel, adunan puding dan sejukkan di peti ais. Tidak payah susah nak guna teknik water bath atau kukus. Sesuai untuk yang nak sediakan dessert dengan cepat. So kalau tetiba craving nak fast, simple yet tasty dessert boleh try resepi ni.

Kalau ada yang tanya mana sedap antara puding karamel yang guna telur dan tak guna telur ni. Pada Kak M dua-dua sedap. Mungkin sebab kak M memang penggemar dessert kot. Terpulang selera masing-masing. Kalau rasa puas hati nanti boleh la buat untuk tetamu pulak. Serious tak menyesal cuba resepi ni.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

BAHAN:
Bahan untuk gula karamel:
5 sudu besar gula

Bahan untuk puding:
1 paket agar-agar (10g)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
4 mug air
2-3 titis stevia (resepi asal guna 3/4 cawan gula)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara untuk gula karamel:
1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.

2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling Loyang. Ketepikan. (kak M guna loyang saiz 8 inci).

3. Untuk puding, satukan semua bahan untuk puding dalam periuk.

4. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul tau.

5. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat.

6. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.

7. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum di makan.

 

Tips:
☑️Masa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tak mudah hangus kat bahagian bawah dan tak berketul.

☑️Kalau tak nak letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel tu dah cukup manis.

Artikel berkaitan: Wow Punyalah Sedap Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Ni, Enaknya Makan Waktu Sejuk

Epal Karamel Kayu Manis Dengan Oat Rasa Semulajadi Buat Anak Makan Rajin

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM