Keibubapaan

Anak-Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat, Bukan Apa Ibu bapa Katakan

Share

Anak-anak adalah pemerhati yang hebat. Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Sebagai ibu bapa, setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peribadi mereka.

Oleh itu, memberikan teladan yang baik adalah langkah penting dalam memastikan anak-anak membesar dengan nilai murni dan sikap positif, kerana mereka belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang kita katakan.

Sebagaimana perkongsian Coach Parenting, menurutnya dalam kehidupan rumah tangga, apa yang ibu bapa lakukan akan menjadi cerminan kepada anak-anak. Ikuti perkongsian beliau:

Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa


Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan.
Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.

Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan. Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah.
Anak akan tiru bulat bulat!

Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak. Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang?

Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Daftar sekarang

Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak. Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.

Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak. Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.

Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.

Begitu juga sebagai imam keluarga.
Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.

Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.

Wallahu A’lam,
Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.

Apa yang jelas, keluarga yang bahagia terbina melalui usaha bersama dan sikap saling memahami antara pasangan. Suami dan isteri harus saling melengkapi, bukan membebankan satu sama lain. Dengan mendidik anak-anak sejak kecil untuk bertanggungjawab dan hormat kepada ibu bapa, kita dapat melahirkan generasi yang lebih baik. Ingatlah, perkahwinan bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang kerjasama dalam membina masa depan bersama.

Sumber: Mohd Fhais Salim

Published by
Nor Yusoff