Pengorbanan seorang ibu sentiasa disebut-sebut kerana peranannya yang sangat besar dalam memastikan kebajikan suami dan anak-anaknya terjamin. Kehadiran seorang ibu dapat membantu sesebuah institusi kekeluargaan itu lebih baik.
Namun begitu, jangan sesekali lupakan betapa besarnya tanggungjawab seorang ayah yang perlu menyediakan hanya yang terbaik buat keluarganya. Bukan sekadar nafkah zahir, tetapi juga batin yang melibatkan emosi isteri dan anak-anak tersayang.
Kaum lelaki sering dikaitkan dengan sikap mereka yang lebih tenang dalam menangani sesebuah situasi. Sebenarnya mereka mengambil berat dalam diam dan banyak berfikir dalam keadaan yang stabil.
Baca Juga:
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama
“Siapa Tahu Apa Dadija Cuba Sampaikan?”. Video Anak Tomok Membebel Buat Ramai Terhibur. Kecoh!
Mungkin disebabkan itu, ayah nampak seperti sambil lewa atau tidak memandang serius tentang sesuatu isu yang berlaku di dalam rumah. Percayalah, dalam keadaan berdiam diri itulah banyak hal yang mereka fikirkan.
Menerusi penulisan Siti ‘Aisyah Rozalli yang merupakan seorang Occupational Therapist (OT), ketenangan seorang ayah sebenarnya mempengaruhi ketenangan rumah tangga.
Ikuti penulisan ini;
Anak-anak belajar tenang dari ayahnya.
Kalau ayah jenis tak senang marah, anak pun jadi tak senang marah.
Kalau ayah jenis senang stress, anak pun jadi senang stress.
Kalau ayah jenis hormat ibu, anak pun akan hormat ibu.
Ayah Positif, Anak Jadi Positif
Kalau ayah jenis cakap positif, anak pun akan cakap positif.
Kalau ayah jenis cakap negatif, anak pun jenis cakap negatif.
Kalau ayah jenis judgemental, anak pun jadi judgmental.
Jadinya…
Kalau nampak anak kita susah urus stress, tengok cara kita urus stress.
Kalau nampak anak kita selalu negative talk, tengok entah-entah kita pun selalu negative talk.
Kalau nampak anak kita asyik marah, tengok cara kita urus marah.
Kalau nampak anak kita susah tenang, tengok kita ni ke yang selalu menghilangkan tenang dalam rumah.
Bukan Isteri Saja Tapi Anak-Anak Juga Refleksi Seorang Ayah
Ayah ayah ni, kesannya besar dalam rumahtangga.
Bukan sahaja isteri itu refleksi diri ayah.
Anak-anak juga refleksi diri ayah.
Anak yang stress selalu, maybe sebab cara kita yang selalu stress.
Anak yang tak nak buat apa yang kita suka buat, maybe sebab dia tak suka tengok kesan apa yang kita suka buat tu kepada ketenangan rumahtangga.
Nak Jadi Ayah Bukan Susah Tapi Nak Jadi Ayah Berjaya Bukan Senang
Begitulah.
Nak jadi ayah ni, bukan susah.
Nak jadi ayah yang berjaya pula, bukan senang.
Semoga berjaya urus ketenangan di rumah.
Ayah-ayah.
Ketenangan rumahtangga amat bergantung kepada ketenangan anda.
Be alert.
Kadang kita je ingat rumahtangga kita tenang.
Tapi, anak-anak rupanya tak tenang dengan kita 😢😢😢
Perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membuatkan kita lebih jelas dengan peranan seorang ayah. Apabila seseorang ayah itu kekal tenang dalam menyelesaikan masalah, ia sebenarnya memberi impak yang positif kepada isteri dan anak-anak. Terima kasih, ayah!