Anak-anak adalah amanah kita, tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Kitalah yang mencorakkan bagaimana kehidupan anak kita. Baik yang kita lakukan, baik jugalah jalannya.
Namun mendidik anak terasa cabarannya. Selalulah amalkan dua surah dan amalan ini buat anak, lebih-lebih lagi bagi mengelakkan anak degil dan mudah mendengar kata. Kita usahakan sama-sama.
Amalan untuk anak-anak.
Amalan ini saya terima dari Habib Muhammad Al-Jufri حفظه الله:
1. Iaitu ambilkan air lalu dibaca Surah Al-Fatihah sehingga pada ayat اهدنا الصراط المستقيم kemudian diulang sebanyak 7x @ 14x @ 21x @ 40x @ sebanyak mana yang mungkin.
Ads
Tiup di air atau dibuat minum. Seeloknya awal pagi, sebelum atau selepas Subuh.
Kata Habib: Penjagaan anak-anak di akhir zaman ni cukup penting, hatta amalan ini, jika kerap diamalkan InsyaAllah nafsu liar pun akan terkawal dengan izin Allah.
2. Bak Haji Yaacob حفظه الله juga berpesan supaya: Sebelum tidur bacakan ayat terakhir surah Ali Imran di ubun anak sebelum tidur. Ayatnya iaitu: (یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ)
Ads
[Surah Aal-E-Imran 200]
InsyaAllah anak-anak tak degil, dengar cakap.
Begitu juga, kalau ada suami isteri yang keras perangainya, kerja marah ja.
Ads
Maka, lepas baca boleh ditiup di ubun masa tidur atau sebelum tidur atau dibuat air minum.
Wallahualam Anak-anak kita adalah amanah Allah. Jangan biarkan rosak dengan nafsu yang liar
Anak menangis nak ke sekolah. Ok fahami dulu apa ‘separation anxiety’. Sempena sesi persekolahan ini, perkara yang guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti-henti.
Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil, boleh jadi juga tempat yang sama tapi kembali selepas cuti yang panjang (atau sekejap).
Jadi, apa yang sebenarnya telah berlaku? Adakah anak-anak berada dalam ketakutan? Guru di sekolah menengking ke? atau kena buli dengan kawan-kawan baru? Atau sebenarnya si kecil tengah melalui satu fasa yang dinamakan ‘separation anxiety’?
Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail, separation anxiety ini adalah satu perasaan bimbang yang dialami oleh anak-anak apabila dipisahkan daripada ibu bapa, dan ia membawa kepada tingkah laku lazimnya seperti menangis yang tidak henti. Fasa ini berlaku dek si anak sedang ber-negotiate untuk berdikari.
Perasaan ini sebenarnya dah bermula sejak 6 bulan kerana attachment antara ibu bapa dan anak dah berlaku. Jadi, ia adalah situasi yang normal bagi anak-anak apabila dipisahkan daripada ibubapa terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.
Berbalik kepada situasi persekolahan, ibu bapa perlulah mencari puncanya dulu. Cuba bercakap dengan guru, dan ibu bapa yang lain adakah anak-anak lain mengalami masalah yang sama atau tidak.
Jika di sekolah/pusat jagaan yang baru, ini berlaku ketika tempoh transisi. Tempoh si kecil untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak kisahlah transisi dari taska ke tadika, atau tadika ke sekolah rendah atau rumah ke tadika. Boleh jadi ia tempoh yang sekejap atau lama sebab setiap anak lain-lain tahapnya. Banyak sekolah buat sesi orientasi supaya anak membiasakan diri dengan persekitaran – jadi, jangan skip.
Jika si anak kembali ke sekolah dari cuti yang panjang, kita keliru sebab sebelum cuti mereka suka sangat sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Tapi, bila dah kembali ke sekolah, ia berlaku sebaliknya. Eh kenapa pula kan?
Jadi, separation anxiety inilah antara punca yang kita perlu tackle sebaiknya. Perasaan excited tapi takut dalam pada masa yang sama.
Apa langkah yang perlu dan boleh diambil? (khusus untuk anak baru masuk tadika atau tahun 1)
* Minggu pertama persekolahan itu, hantarlah anak ke sekolah. Sesudah sampai, peluklah dan ciumlah mereka, kemudian tinggalkan mereka segera. Kalau mereka menangis, abaikan. Jangan teragak-agak, kerana ia akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Guru pun akan cadangkan untuk ibu bapa balik. Jangan jenguk atau intai, dengan kata lain, jangan munculkan diri anda depan mereka. Percayalah, selepas anda pulang, tangis mereka akan hilang.
* Nak menjadikan situasi lebih mudah, beritahu kepada si anak bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibu bapa. Usah sesekali menipu kanak-kanak tersebut. Jangan cakap lima sepuluh minit lagi akan datang balik – tapi tak datang-datang. Mereka akan ingat sampai bila-bila. Bila dah bagitahu anak akan ditinggalkan, jangan lupa untuk bagitahu bila mereka akan dijemput semula. Contohnya, selepas balik kerja etc. Bagitahu tiap hari pun tidak mengapa.
* Kalau minggu pertama hantar hingga ke kelas, minggu kedua boleh hantar depan pagar sahaja. Ini hanya bertujuan untuk mengatasi fasa separation anxiety sahaja. Sebab ada sekolah menggalakkan hantar anak hingga ke kelas.
* Oh, jangan lupa bila nak berpisah dengan anak, gunakan perkataan tertentu seperti “bye”, assalamualaikum, see you, love you, take care dan sebagainya. Ia memberi satu perasaan selamat dan yakin untuk kanak-kanak itu ditinggalkan di sekolah bersama penjaga atau guru yang baru.
* Cuba bermain ‘hide and seek’ dengan mereka. Baik ibu bapa atau guru. Ia adalah aktiviti/latihan perpisahan walaupun sementara. Ini kerana mereka ditinggalkan bersendirian buat seketika dan akan bertemu semula.
* Selepas pulang dari sekolah, jangan lupa reflek dengan bertanya si kecil tentang bagaimana sekolah hari ini? Buat apa? Kawan siapa? Main apa dan sebagainya.
* Janganlah trigger anak seperti tanya “takut tak nak sekolah?” Elok mereka teruja, terus rasa bimbang.
Selalunya, tingkahlaku yang terhasil dari separation anxiety ini adalah menangis, tapi jangan lupa ia juga boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Contohnya, si kecil menjadi terlalu pendiam sampai tidak bercakap, kencing dalam seluar walau dah praktis beribu kali cakap nak pergi tandas, menggigil dan berpeluh, no eye contact dan sebagainya.
Teringat bekas anak murid kecil yang terlalu pendiam ketika di dalam kelas, tetapi di rumah kata ibu bapanya, dia lah manusia paling bising dan lincah. Siap tunjuk bukti video lagi ketika itu.
Hanya satu cara kita boleh mengatasi separation anxiety iaitu bertoleransi dengannya (tolerating separation). Gently but firmly.
Ibu bapa jangan hujum anak-anak dengan membandingkan mereka dengan abang/kakak yang kurang menangis. Atau guru membandingkan dengan anak murid yang lain. Jangan mengejek dengan panggilan seperti cengeng, manja, mengada-ngada dan sebagainya.
Ia langsung tidak membantu untuk meredakan keadaan.
Separation anxiety untuk anak kita sudah tahu, tapi yang untuk si ibu pun dok sama teriak sebab berpisah dengan anak siapa nak bantu?
Percayakan guru, dan dalam pada masa yang sama, we do our part ok?
Bersempena dengan Hari Ibu yang diraikan di Malaysia, Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah memuat naik video kehidupannya bersama anak-anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Dalam perkongsian yang dibuat, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kerana menjadikannya seorang ibu yang cukup kuat dalam membesarkan anak-anak.
Dia juga berterima kasih peranan ‘ibu’ menjadikannya manusia lebih baik dan mempunyai tujuan yang lebih besar dalam kehidupan terutamanya kepada anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada selebriti berkenaan.
Mereka juga menyatakan bahawa Puteri Sarah merupakan salah seorang contoh wanita kuat yang berjuang demi kebahagiaan diri dan anak-anak sehingga ramai yang terinspirasi dengan ketegasannya.
Baru memasuki usia 7 bulan, Emelia sudah pun pandai bermain sendiri walaupun tidak ditemani sesiapa.
Video tersebut di kongsi di laman Instagram Dr Sheikh Muszaphar dan mendapat tontonan sebanyak 200 ribu dari warga maya. Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi bagaimana cara dia mendidik anaknya itu menjadi berdikari dan tidak melekat seawal usia.
Video – Emelia bermain sendiri
Antara salah satu cara untuk jadikan anak anda berdikari dan tak melekat adalah dengan membiarkan mereka bermain sendiri. Letakkan beberapa mainan berhampiran dengan mereka. Biarkan mereka sibuk bermain.
Bersama dengan anak dahulu kemudian bergerak secara perlahan-lahan menjauh. Sentiasa bercakap supaya mereka rasa selesa dan tahu anda masih ada disekitar mereka.
Tak lama lagi anda boleh membiarkan sahaja mereka bermain tanpa anda disisi.. yang paling penting pastikan keadaan sekeliling selamat
Sekadar berkongsi
Love As Always
PS – Emelia tak suka tummytime tapi dia yang boleh duduk dulu berbanding Eusoff. Mungkin sebab badanya yang lebih ringan- Haha
Mengajar Anak agar pandai berdikari dan tidak melekat seawal usia penting supaya ibu ayah dapat menguruskan mereka dengan baik.
Dr Sheikh Muszaphar, 49 tahun, dan Dr Halina, 40 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10 tahun, Sophea Natasha, 8 tahun, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia 4 tahun dan sepasang kembar, Emelia dan Eusoff 7 bulan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak beli oxygen absorber tanpa tahu fungsinya? Kisah yang dikongsikan oleh Saiful Azmi ini jadi peringatan buat kita semua—jangan percaya bulat-bulat cakap penjual...