Penatnya menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak. Itulah rungutan ibu-ibu bekerja. Balik sahaja ke rumah, cepat-cepat bergegas mengeluarkan barang basah untuk siapkan makan malam untuk anak-anak. Inilah rutin ibu bekerja.
Demi menjimatkan kos serta lebih mudah uruskan anak-anak kecil yang ramai, inilah jalan terbaik buat semua. Namun jangan merungut kerana mereka tidak selamanya akan bersama kita. Mereka hanya pinjaman Allah buat kita.
Suatu masa, apabila anak-anak sudah belajar dan melanjutkan pelajaran mereka, semua ini akan sentiasa kita rindui. Benarlah kata orang, peruntukan waktu yang sebaiknya bersama anak selagi mereka masih bersama kita.
Perkongsian ibu anak lima ini, Puan Aisha Shukor Mohd Fairuz boleh kita jadikan iktibar dan semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Anak-anak kecil kita, mereka memerlukan belaian dan kasih sayang kita di waktu mereka kecil.
Jadi hargailah mereka. Jangan pernah jemu layan karenah mereka. Soal memasak setiap hari, bukan satu masalah pun kan?
Mereka takkan selamanya bersama kita.
Tak penat ke? Rajinnya penat-penat, lambat-lambat balik keje pun masih masak?
Sebab inilah saya jadi kuat. Memikirkan inilah saya jadi takut bila anak-anak membesar terlalu cepat. Biarlah penat macamana pun,saya cuba hargai setiap detik masa yang ada.
Marah? Rotan? Bebel? Mustahil tak ada. Tapi selepas tu, bila tatap wajah anak-anak time tidur, Allahu menyesal sangat.? Kenapa? Sebab bila mental dah penat, emosi sukar dikawal kan. Itulah lumrah, tapi sebelum anak-anak tidur, waktu mereka salam kita, peluklah, ciumlah dan ampunkan segala dosa-dosa mereka.
Redhakanlah hidup mereka. Ucap terima kasih atas pengorbanan mereka berdikari tanpa kita. Bacakan 3 Qul dan hembus di ubun-ubun mereka. Didik mereka baca Ayatul Qursi dan akhiri dgn Dua Kalimah Syahadah sebelum tidur?
Penat macamana pun kita, jangan lepas bagi anak-anak makan air tangan kita. Masa masak, doalah segala yang baik untuk keluarga. Selawat jangan lupa, itulah pengikat kasih sayang mereka. Itu jua lah yang buat mereka ingat kita sampai bila-bila. In Sha Allah??
Kuatnya seorang ibu itu, adalah benih kekuatan untuk anak-anak. Hari ini kita rasa sedikit susah kerana mereka masih terlalu muda untuk memahami. Tapi tanpa kita sedar, hanya 1/4 hari-hari mereka bersama kita. Kita berhutang masa dan perhatian dengan mereka.
Semakin mereka membesar dan kenal dunia, sedikit demi sedikit mereka semakin jauh dari kita. Peringatan untuk diri saya juga yang selalu terleka. Kita semakin tua, kita takkan selamanya ada. Entah mereka dahulu atau kita yang mendahului.
Nanti kita rindu saat-saat ini. Taip ni pun airmata laju keluar macam air hujan.
Bagi yang bertanya macam mana saya boleh sekuat ini, jawapannya inilah Vitamin saya. Inilah jamu dan supplement yang saya ambil. Inilah segala-galanya buat saya. Anak 5 saya. Allah,tolong jagakan mereka untukku semasa aku tiada bersama mereka..Aminn3 Ya Rabb?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI