Kisah pembantu rumah yang hampir melarikan anak kecilnya menjadi pengalaman paling pahit buat selebriti media sosial, Irine Nadia.
Tidak hanya dirinya dan suami, bahkan keempat-empat anaknya turut sama terkesan dan trauma mengenangkan kisah itu.
Menerusi Instagramnya, Irine yang mempunyai empat orang cahaya mata ini berkongsi kisah pahit itu.
“Kisah trauma & insiden yang anak-anak akan ingat sampai bila-bila. Banyak kisah yang terkesan di hati bila buka cerita tentang maid ni, cuma tak pernah mengadu domba dari dulu.
“Apa-apa pun, sebaik mana orang luar, janganlah percaya sesiapa. Tapi kalau dapat yang baik dan amanah tu betul-betul rezeki Allah bagi, you deserve it. Cuma segelintir ni je lah yang membusukkan nama. Eh bukan segelintir, banyak! Haha.
“Don’t trust anyone kecuali family sendiri. Ibu post dekat sini untuk pengajaran kita semua,” tulisnya di kapsyen.
Menceritakan detik itu kata Irine, dia dan suami serta keempat-empat anaknya ketika itu menyangka pembantu rumah mereka tersesat. Mujur gerak hati seorang ibu menjadi penyelamat.
“Kisah trauma anak-anak. Maafkan ibu dan ayah.
“Awalnya semua ok je. Orang kita ni mudah rasa sayang dengan maid sebab dia yang jaga dan bantu family kita. Betul tak? Kiranya dialah yang bantu tengokkan si kecik dan dalam masa yang sama ibu ayah busy dengan kerja hakiki.
“Bercuti mana-mana pun bawak sekali. Bagi bilik special besar, makan sedap semua. Majikan Malaysia memang terbaik, tapi mereka sikit pun tak hargai. Walaupun kita anggap mereka family.
“Sampaikan satu masa perangai start berubah. Maid bawak jantan masuk pintu belakang dapur. Luluhnya hati. Dah la time tu ibu tengah demam. Tapi yang kelakarnya tak mengaku. Mujur ada CCTV. Itu pun masih menafikan.
“Masa ni dah nampak perangai tak mesra. Buat kerja terpaksa. Kita bagi peluang kedua tapi rupanya dia mencari jalan untuk lari.
“Dan peristimwa yang anak-anak akan ingat sampai bila-bila. Kami bawa dia healing, jalan-jalan dekat I City, Shah Alam.
“Masa ni tak suspect apa-apa pun tapi dari pagi hati ibu dah tak sedap, macam ada something nak jadi.
“Masa ni maid tengah gendong anak. Dan tiba-tiba dia cakap nak pergi toilet masa kitaorang tengah main playground. Dia cakap tak apa biar dia bawak baby sekali.
“Mula-mula ibu macam ok, tapi Allah gerakkan hati cakap tak payah, baby saya pegang, kamu pergi toilet.
“Rupa-rupanya kami digula-gulakan. Allah je tahu perasaan masa tu. Dia pergi toilet tak kembali guys. Masih husnuzon, “kita kena cari, takut bibik sesat tak jumpa jalan”.
“Cari sampai pukul 12 pagi dekat I City tu. Rupanya dia dah lari pakat dengan agent.
“Semua anak-anak terkejut dengan insiden malam tu. Mujur Allah lindungi anak bongsu kami. Kalau tak mesti maid bawak lari anak ibu.
“Maafkan ibu sebab terlalu percaya orang luar. Setiap kali lalu I City, mesti semua anak-anak cakap, bibik lari dekat sini,” ujarnya bercerita.
Perkongsian Irine pastinya menarik perhatian pengikutnya di Instagram. Malah ada juga yang turut berkongsi pelbagai kisah bersama pembantu rumah mereka yang bermacam ragam.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!