Nak paksa anak-anak tidur bukanya senang lebih-lebih lagi anak yang sedang membesar. Waktu ini lah mereka sangat aktif, macam-macam alasan untuk bermain dan menonton tv.
Kadang-kadang pukul 10 malam pun masih lagi tak nak tidur. Esoknya bila nak ke sekolah mula lah si kecil tu penat. Bagi ibu bapa lain yang ada masalah untuk paksa anak tidur boleh baca perkongsian ayah ini.
Ramai yang selalu tanya anak-anak aku tidur pukul berapa tiap malam. Biasanya kalau hari sekolah diorang tidur paling lambat 9.45 malam, biasanya dalam 9.30 tu semua dah dibuai mimpi dah. Kalau weekend bagi chance lah, dalam 10.30 macam tu.
Macamana aku bagi budak-budak ni tidur awal?
Nah, ni tips cara aku lah yer.
1. Bagi diorang letih. Kena bagi dia main, buat aktiviti fizikal atau biasanya bawa ke playground. Kadang-kadang tak sempat ke playground jadi aku beli trampolin kat Shopee brand Mamakiddies. Banyak option dan murah jer pun tapi ada kualiti dan berbaloi gila. Depa punya melompat tak ingat dunia.
2. Bagi depa makan kenyang. Kalau perut lapar memang sudah tidur lah. Kami dinner biasanya 6.30pm-7.00pm macam tu. Maghrib tu biasanya semua dah makan.
3. Elakkan benda manis. Kadang-kadang diorang bedal jugak, tapi aku sebolehnya cuba elakkan lah. Bila terlebih gula ni susah kemain diaorang nak tidur. So elakkan coklat, milo atau apa sahaja yang manis.
4. Masuk bilik awal. Lepas Isyak sekitar 8.30-8.45 sahaja rumah aku in total darkness dah. Bergelap terus, semua lampu tutup. Yer kak, tutup semua lampu sampai gelap gelita. Sembang-sembang kejap sambil bedtime stories dan tak lama lepas tu semuanya tidur.
Termasuklah aku sekali selalunya.
Ads
Sambungan..
Semalam aku share pasal anak-anak aku tidur awal dan salah satu sebab dia adalah aktiviti melompat trampolin. Ramai pula yang mesej tanya, jadi aku buat research sikit dan share dengan korang.
11 Sebab kenapa melompat bagus untuk kita dan anak-anak. Dan point nombor 9 tu mesti ramai yang suka.
Okeh, ni dia:
1. Aktiviti melompat secara berkala akan membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Tulang kita ni makin kuat bila ditekan dan makin lemah bila tiada tekanan. Jadi melompat ni memberi tekanan pada tulang seluruh tubuh badan kita.
2. Melompat akan membuatkan 37 trillion sel dalam badan turut melompat. Tekanan graviti terhadap semua sel membuatkan mereka terpaksa menjadi lebih kuat untuk menerima tekanan lalu meningkatkan tenaga sel dan fungsi mitochondrial.
Ads
3. Melompat membantu badan menyahtoksin dengan meningkatkan peredaran limfa. Tidak seperti sistem peredaran darah yang mempunyai jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan, sistem limfa takde pam dan bergantung pada pergerakan badan untuk beredar. Melompat adalah peregrakan yang paling bagus.
4. Melompat meningkatkan imuniti badan untuk menangkis jangkitan dan mencegah penyakit. Melompat selama 10 minit meningkat tiga kali ganda jumlah sel darah putih. Sistem limfa mengangkut sel-sel imun ini ke seluruh badan untuk meningkatkan fungsi imun, yang merupakan barisan pertahanan pertama badan kita.
5. Melompat trampolin meningkatkan kesihatan pencernaan dan usus. Ia membantu penghadaman kerana gerakan menaik turun berirama merangsang pengecutan dan kelonggaran otot yang membentuk saluran pencernaan.
6. Melompat di trampolin ni membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan postur dengan merangsang saraf okular dan saluran telinga dalam. Selalu melompat membuatkan reflek kita cepat bertidakbalas.
7. Melompat ni menguatkan otot mata untuk penglihatan yang lebih baik. Ia membantu menguatkan saraf okular dan otot mata anda kerana kesan peningkatan daya G pada setiap bahagian badan.
8. Melompat sangat membantu mengedarkan oksigen ke seluruh badan untuk meningkatkan tenaga. Tubuh yang sangat beroksigen tidak digemari oleh kuman penyakit dan sel-sel jahat, yang bersifat anaerob. Depa ni tak dapat bertahan dalam persekitaran yang sangat beroksigen.
Ads
9. Melompat trampolin telah terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisma dan membantu menurunkan berat badan okeh. Kadar metabolisma korang akan terus meningkat sehingga 24 jam walaupun dah stop melompat. Memang sesuai nak kuruskan badan.
10. Melompat meningkatkan keupayaan mental dan meningkatkan kesihatan mental. Lompatan yang kerap meningkatkan peredaran darah. Ini membolehkan banyak oksigen segar ke otak, meningkatkan ketajaman dan fokus mental serta meningkatkan komunikasi antara ke 2 bahagian otak. Ini meningkatkan keupayaan mental dan diketahui dapat membantu kanak-kanak membaca dan menulis.
11. Melompat dapat membantu mengurangkan kegelisahan, atau ketidakupayaan untuk berehat yang disebabkan oleh apa sahaja faktor sama ada minum terlalu banyak kafein, tekanan, kesakitan fizikal, atau aoa sahaja. Untuk kanak-kanak yang ada ADHD, melompat membantu mengalihkan tenaga dan mengatasi kegelisahan.
So now we know.
Sangat baik untuk kita dan anak-anak okeh.
So belilah satu kat rumah. Tak mahal pun. Kalau yang kecil untuk seorang melompat tu beli kat Shopee brand Mamakiddies dalam RM100++ jer.
Aku rekomen brand Mamakiddies ni okeh sebab kualiti dan mampu milik. Satu keluarga boleh pakat melompat dan sama-sama sihat.
Siapa yang tak sedih bila diejek tentang hal keluarga lebih-lebih lagi melibatkan orang yang telah tiada. Pasti akan terasa hingga boleh menitiskan air mata.
Sama seperti yang dirasai oleh anak kedua pelawak serta pelakon, Shuib sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra, 9 tahun apabila diejek oleh rakan sekolahnya semalam.
Baru kematian ibu pada Ogos 2021 lalu, bukan mudah untuk satu-satunya anak gadis Shuib serta arwah Siti Sarah ini bangkit dari rasa kehilangan sentuhan kasih sayang seorang ibu.
Lebih menyedihkan apabila pemergian ibunda tersayang menjadi bahan ejekkan rakan sekolah.
Talita atau nama manjanya Dekta kelihatan menangis teresak-esak mencerita detik diejek di sekolah kepada neneknya itu.
“Balik dari sekolah hari ni anak-anak ke office. Masa tengah nak ambil makanan , talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek kat dia.. Allah”
Rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menimpa anak ini. Ramai memberi kata-kata semangat buat Dekta.
Untuk record, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni 11, Dzahira Talita Zahra 9, Ariq Matin 6 dan Ayash Affan 10 bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kembar seringkali menjadi perhatian apabila berada di tempat awam. Berbaju sedondon, wajah seiras, ketinggian lebih kurang sama, bermain bersama, keletahnya sangat mencuit hati. Ramai yang jatuh cinta dengan anak kembar, tidak kurang juga ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar.
Namun, adakah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memelihara dan membesarkan mereka? Tidak sama dengan membesarkan dua orang anak anda yang selang setahun umurnya. Ianya begitu berbeza kerana anak kembar ini umurnya sama, perkembangannya sama, akalnya sama, lasaknya sama.
Kadang-kala bayi kembar menangis serentak, ibu ayah pun jadi keliru mahu menenangkan siapa terlebih dahulu. Oleh itu, saya mahu mengatakan bahawa kedua ibu ayah perlu memainkan peranan yang sama banyak dalam membesarkan anak kembar. Lebih-lebih lagi semasa bayi berumur bawah 1 tahun yang memerlukan lebih perhatian. Di sini saya ingin berkongsi tips menguruskan anak kembar kepada ibu dan ayah.
1) Bahagi tugas
Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai anak kembar, kedua ibu dan ayah perlu berbincang dan berbahagi tugas. Bukan sahaja tugas menjaga anak, ianya juga meliputi tugas menguruskan rumah dan juga tugas di pejabat. Sebagai contoh, ketika ibu sedang menidurkan kembar A yang mengamuk mahu tidur, si ayah boleh melayan kembar B yang ingin bermain. Dalam menyelesaikan kerja rumah, ibu ayah juga perlu berbahagi tugas. Ibu membasuh pakaian, kemudian ayah menyidainya jika ibu tidak sempat. Apabila ibu mempunyai kerja pejabat yang perlu diselesaikan di rumah, ayah boleh mengambil alih membantu menjaga anak. Pembahagian tugas ini perlu dibincang, dan dipersetujui sejak sebelum si kembar lahir lagi. Dengan itu, selain sibuk menjaga bayi kembar, kerja-kerja lain pun dapat diselesaikan. Ingat, ayah jangan hanya berharap kepada ibu, dan ibu juga jangan hanya berharap kepada ayah. Kedua-duanya ada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan beri tekanan kepada salah seorang sahaja untuk menguruskan si kembar. Kedua ibu ayah mesti bekerjasama.
2. Bahagi kasih sayang
Ibu ayah perlu bijak memainkan peranan. Menguruskan anak kembar memang sulit. Apatah lagi apabila seorang demam, seorang lagi berpotensi untuk demam juga kerana mereka sentiasa berdampingan bersama, mudah untuk virus merebak. Dalam bab kasih sayang, anak kembar kadang-kala mempunyai rasa cemburu terhadap kembarnya sendiri. Oleh itu, ibu ayah harus bijak mencari solusi dalam hal ini. Kerana itulah anak kembar seringkali dipakaikan baju yang sama, dan dibelikan barang-barang yang sama. Ini salah satu cara untuk meminimumkan rasa cemburu antara mereka. Apabila salah seorang menangis, berilah perhatian kepadanya dahulu. Jika kedua-duanya menangis serentak, di sinilah kreativiti dan kesabaran ibu dan ayah diperlukan. Tugas ini ternyata mencabar, dan kadang-kala ibu ayah juga bimbang tidak mampu memberi kasih sayang yang sama rata. Buat yang terbaik semampunya.
3. Ikut jadual
Ibu ayah anak kembar pastinya ada cara menguruskan anak mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Sebenarnya, cara paling berkesan dan teratur tanpa rasa sangat terbeban adalah dengan membuat jadual harian. Jadual atau rutin ini adalah berbeza dari hari pertama si kembar lahir sehinggalah besar. Ini sangat perlu supaya ibu ayah dapat menguruskan masa dengan lebih bagus, dah mempunyai masa untuk berehat walaupun sekejap. Ianya nampak remeh, tapi percayalah ia dapat memberi impak yang besar untuk rumahtangga yang lebih harmoni dan kurang bebanan dan tekanan. Sebagai contoh dalam keluarga saya, kami mempunyai jadual yang berbeza untuk hari minggu dan hari bekerja. Untuk rutin hujung minggu pastilah lebih panjang kerana si kembar berada 24 jam dengan kami. Tentukan masa untuk si kembar tidur serentak (sebaik-baiknya jika boleh), masa makan yang sama setiap hari, dan masa yang sama untuk tidur setiap hari. Bayi harus dibiasakan dengan rutin sejak lahir.
4. Berkorban
Benar kata orang, membesarkan anak kembar ini, penat dan letihnya dua kali ganda. Harus berkorban dua kali ganda juga dari segi kewangan. Jika anak kembar tiga, akan jadi tiga kali gandalah semuanya. Sebelum lahirnya anak kembar, ibu ayah harus bersiap sedia secara fizikal dan mental. Banyakkan membaca buku-buku panduan menguruskan anak kembar. Bertanya kepada ibu ayah lain yang ada pengalaman dengan anak kembar. Barang-barang keperluan bayi juga perlu disediakan untuk dua orang. Apabila mereka lahir,ibu ayah harus berkorban dari sudut lain pula. Tekanan dan perasaan penat sememangnya ada. Ibu dan ayah bergilirlah menjaga si kembar. Beri peluang antara satu sama lain bergilir untuk berehat juga. Kedua-duanya harus ringan tulang dan tahu peranan masing-masing.
Semakin si kembar membesar, lain pula cabaran yang ibu ayah bakal hadapi. Bersabarlah, semua kepenatan dan tekanan ini hanya sementara. Melihat keletah mereka setiap hari akan menjadi hiburan dan pengubat buat ibu ayah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dahulu kes jangkitan Covid-19 seakan terasa begitu jauh dengan kita. Namun kini, rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga saban hari silih berganti terus terkesan dengan jangkitan virus berbahaya ini.
Bukan hanya merawat ahli keluarga bahkan ilmu mengenai jangkiti ini perlu dipersiap sedia. Jika disahkan positif, apa yang perlu kita lakukan dan adakah perlu untuk kita melakukan ujian kendiri saban hari?
Tak perlu keliru, ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
Ramai dah kena COVID-19. Kat tempat kerja saya, yang dah kena lagi ramai dari yang tak kena. Tapi alhamdulillah semuanya bergejala ringan dan tak perlu dimasukkan ke hospital. Isolasi kat rumah je. Mujur semua dah divaksinasi.
Tapi, semasa kena COVID-19 tu, saya tengok ada yang setiap hari dok buat ujian kendiri semasa tengah isolasi di rumah.
Sebenarnya tak perlulah nak buat ujian kendiri hari-hari ye. Ini kerana virus C-19 dah tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.
Tetapi, keputusan RTK-Ag mungkin akan positif lagi selepas tamat tempoh isolasi manakala ujian RT-PCR akan kekal positif lagi sehingga 3 bulan.
Anda mungkin begejala lagi selepas tamat tempoh isolasi tetapi jangan bimbang kerana anda tidak akan menyebabkan lagi penularan jangkitan. Cuma pakailah pelitup muka dan patuhi SOP semasa keluar tu.
Oleh itu, kalau kalau positif C-19:
✅ Isolasi di rumah dan ikut je arahan MySejahtera sehingga tamat tempoh isolasi.
✅ Lepas tamat tempoh isolasi, boleh keluar rumah walaupun bergejala.
❌️ Tak perlu ulang lagi ujian C-19 selepas dapat tahu keputusan yang pertama tu. Jimatkan wang dan air liur anda.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.