Menganggap kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bergantung kepada individu, pelakon Aeril Zafrel bagaimanapun berjanji akan tetap setia bersama isteri tercinta, Wawa Zainal.
Mohon doa untuk kebahagiaan mereka berdua, Aeril berkata dia juga meletakkan anak-anak sebagai kekuatan dalam rumah tangga.
Soal orang ketiga ini, segalanya bergantung kepada individu itu sendiri. Perkara ini takkan berlaku kalau bertepuk sebelah tangan.
“Bagi saya pula, saya akan selamanya setia bersama Wawa. InsyaAllah, hanya ajal yang dapat memisahkan kami. Itu yang saya harapkan. Saya mohon juga para peminat doakan kesejahteraan keluarga kami.
Ads
“Anak-anak saya masih kecil. Saya selalu terfikir, kalau kami berpisah apa yang akan terjadi kepada mereka. Macam mana mereka akan membesar? Mereka pasti akan terkesan,” katanya.
Ads
Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Bermula semalam tiada lagi bangunan Hospital Bersalin Kuala Lumpur selepas 56 tahun beroperasi. Menurut laporan sebuah akhbar, bangunan yang terletak dalam Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu menyimpan banyak nostalgia terutama bagi warga kota yang pernah melahirkan anak dan juga dilahirkan di situ.
Dalam satu perkongsian seorang kakitangan HKL pula, Sobri Tayab menyatakan kesedihan kerana penutupan hospital bersalin itu.
“Hari ini adalah hari terakhir Hospital Bersalin beroperasi.
“Maka hari ini Hospital Bersalin akan menamatkan perkhidmatan pada seluruh warga Kuala Lumpur dan Malaysia setelah beroperasi selama hampir 56 tahun.
“Kami seluruh warga Hospital Bersalin memohon ampun dan maaf pada semua warga Kuala Lumpur yang telah menerima perkhidmatan kami selama 56 tahun.
“Ramai warga Kuala Lumpur yang dilahirkan di sini.
“Ramai warga Kuala Lumpur dan warga Malaysia yang mempunyai kenangan suka duka di Hospital Bersalin.Bolehlah kita berkongsi suka duka di sini.Ada yang nenek,ibu dan dia dilahirkan di Hospital Bersalin.
“Hospital Bersalin telah melahirkan ramai Pakar Sakit Puan,Matron,Sister dan Jururawat Terlatih.
“Selamat Tinggal Hospital Bersalin.
“Selamat datang Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (WCH),” ujarnya dalam perkongsian status di Facebook miliknya.
Sementara itu, Mohd. Nur Iqdham, warganet di Facebook berkata, Hospital Bersalin Kuala Lumpur itu banyak membantunya.
“Banyak jasanya pada kami terutama di klinik fertiliti, terima kasih,” tulisnya.
Bagi Jawanis Rasyidin pula, ketiga-tiga anaknya telah selamat dilahirkan di hospital tersebut.
“Tiga orang anak lahir di sini, 1988, 1991 dan 1993. Tak dapat saya lupakan, terima kasih,” katanya.
Menurut Fasehah Mohd. Munir pula, hospital tersebut menyimpan banyak kenangan terindah dalam hidupnya.
“Banyak kenangan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Dilahirkan jua di sini, dua anakku jua ku lahirkan di sini. Suka dua di sini,” katanya.
Hospital Bersalin Kuala Lumpur itu dinaik taraf kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH) yang dibuka secara berperingkat untuk penempatan pesakit. Pastinya fasiliti dan perkhidmatan yang bakal diberikan akan bertambah baik untuk setiap pelanggan atau pesakit yang datang.
Kehilangan yang paling meninggalkan kesan. Seorang suami reda dengan pemergian isteri dalam tidur sebaik selesai menyusukan anak pertama mereka.
Menurut perkongsian menerusi @amirul_n4fis di laman Threads, suri hati hidupnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah. Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” katanya berkongsi.
Malah menurut kata @amirul_n4fis lagi, pemergian bidadari hidupnya itu amat mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan atau mengadu sedang sakit sebelum ini kepadanya.
Susulan kematian mengejut tersebut, jenazah arwah isterinya dihantar ke hospital dan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Hasil bedah siasat yang dibuat, doktor memaklumkan bahawa isterinya mengalami jangkitan di bahagian paru-paru.
Dalam pada itu, @amirul_n4fis memaklumkan mereka sekeluarga sempat meluangkan masa bersama dengan pergi bercuti dan baru sahaja beberapa hari yang lalu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah memuat naik status di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar arwah sedang memegang bayinya di tepi pantai.
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah plan macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah yang ada dan Faleeq tetap akan papa jaga. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Nanti hari-hari datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” ujar @amirul_n4fis.
Coretan @amirul_n4fis di laman Threads ternyata meruntun hati namun mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Setiap ibu pasti bangga bila melihat anaknya berusaha bersungguh-sungguh, apatah lagi bila melihat hasil kerja si kecil yang begitu indah dan penuh warna. Namun siapa sangka, hasil yang sepatutnya diraikan itu bertukar menjadi detik yang menyedihkan buat seorang ibu ini.
Bayangkan perasaan seorang ibu apabila melihat karya anaknya dipandang remeh, hanya kerana terlalu cantik untuk dipercayai dihasilkan oleh kanak-kanak seusia itu. Bukan kerana mahu menang besar, tapi kerana anaknya layak dihargai atas usaha sendiri, bukan dituduh menipu atau dibantu orang dewasa.
Apa yang sepatutnya jadi kenangan manis, akhirnya meninggalkan luka di hati. Hanya kerana hasil kerja anaknya melebihi jangkaan, si kecil itu dinafikan peluang untuk diiktiraf.
Kisah yang kini viral di Indonesia ini bukan sekadar tentang sebuah pertandingan mewarna tapi tentang bagaimana kadang-kadang orang dewasa sendiri gagal melihat keikhlasan dan bakat tulen seorang anak kecil. Ia mengundang perbincangan hangat dalam kalangan ibu bapa di media sosial, terutama mengenai sikap prejudis dan penilaian tidak adil terhadap kreativiti kanak-kanak.
Menurut perkongsian Puan Nia, anaknya menyertai satu pertandingan mewarna bersama kira-kira 25 orang murid tadika lain. Segala proses pertandingan berlangsung di bawah pemantauan pihak juri dan panitia jadi tidak timbul isu bantuan daripada ibu bapa. Namun, selepas keputusan diumumkan, hati seorang ibu ini benar-benar terguris.
Puan Nia bersama beberapa penjaga lain mula mempersoalkan keputusan apabila melihat hasil lukisan pemenang tempat pertama yang dikatakan jauh kurang kemas dan menarik berbanding lukisan anak-anak lain.
Di maklumkan pihak pengajurkan menyifatkan teknik gradasi mesti dibantu ibu bapa. Budak tadika mana tahu buat macam itu.
Alasan itu membuatkan ramai ibu bapa lain turut terdiam. Pihak penganjur mendakwa lukisan anaknya terlalu cantik dan tidak masuk akal untuk dihasilkan sendiri oleh seorang kanak-kanak tadika seolah-olah usaha dan latihan bertahun-tahun anak kecil itu langsung tidak dihargai.
Dalam pada itu, menurut Puan Nia, sudah banyak kali anaknya menyertai pertandingan mewarna, Puan Nia merasa kesal dengan jawapan serta sikap yang dipaparkan pihak penganjur kali ini.
Menurut Puan Nia, anaknya sememangnya gemar melukis dan sering menghabiskan masa di rumah dengan pensel warna dan kertas lukisan. Ini jelas dipaparkan menerusi beberapa posting di instagram miliknya.
Kisah ini bukan sahaja menarik perhatian warga Indonesia, malah ramai netizen turut bersimpati dengan nasib anak kecil itu.
Meninjau di ruangan komen rata-rata sesetengah ibu bapa juga menegaskan bahawa setiap anak mempunyai kadar kemahiran dan kreativiti berbeza, bergantung kepada pendedahan dan latihan yang diterima. Ada kanak-kanak yang minat seni sejak kecil, malah mampu menghasilkan gradasi warna secara semula jadi hanya dengan pemerhatian dan eksperimen sendiri.
Kisah anak yang dituduh menipu kerana lukisan terlalu cantik ini memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa untuk terus menyokong minat seni anak masing-masing. Jika anak menunjukkan kecenderungan terhadap lukisan, berikut beberapa cara mudah untuk mengasah bakat mereka di rumah:
Tak perlu besar, cukup satu sudut di ruang tamu atau bilik yang membolehkan anak bebas berimaginasi tanpa risau comot.
Pensel warna, crayon, watercolour atau marker biar anak cuba pelbagai medium supaya mereka tahu gaya yang mereka suka.
Walaupun nampak “pelik”, bagi anak, setiap garisan ada makna. Tanya mereka tentang cerita di sebalik lukisan itu. Itu akan buat mereka rasa dihargai.
Anak akan lebih yakin bila tahu proses mereka dihargai bukan hanya bila hasilnya “cantik”.
Duduk dan warnakan bersama. Bila anak nampak ibu bapa pun seronok melukis, mereka lebih bersemangat dan kreatif.
Jelaskan pada anak bahawa menang bukan tujuan utama, tapi peluang belajar dan seronok mencuba perkara baru.
Letak di dinding, peti ais atau dalam folder khas. Ia bukan sekadar koleksi, tapi juga kenangan yang membina harga diri anak.
Akhirnya, kisah Puan Nia bukan hanya tentang pertandingan yang tidak adil, tapi tentang bagaimana orang dewasa harus belajar menghargai keikhlasan dan potensi anak-anak kecil.
Kerana bagi seorang ibu, melihat anaknya berusaha dengan sepenuh hati sudah cukup untuk dianggap pemenang sebenar walau tanpa sebarang trofi di tangan.