Berbanding bahagian dada ayam, anak-anak lebih suka pada bahagian yang bertulang seperti kepak ayam, paha dan sebagainya. Sudahnya bahagian isi ayam dibiarkan begitu sahaja. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku, resipi yang satu ini patut anda cuba untuk diberikan kepada anak-anak yang masih kecil, berusia dua tahun ke bawah.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini bolehlah dijadikan finger food untuk anak makan sebagai snek di waktu petang. Bukan anak sahaja, sambil layan depan televisyen, sesisi keluarga pun boleh makan. Jom cuba!

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!

Isi ayam yang terabai. Jom jadikan kudapan seisi family. Dekat rumah ini. Selalunya isi ayam kurang peminat. Boleh dikatakan tiada peminat pun iya jugak. Kesian ‘mereka’ hahaha.

Ok, hari ini kita jadikan mereka terkenal dan diminati ramai. Jaga-jaga cik yam. Cewah. Tanpa melengah-lengahkan masa. Sebagai mak-mak yang tak suka membazir bahan mentah yang sedia ada. Jom kita jadikan sumber protein ini sebagai ‘finger food’ anak-anak.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!

Bahan-bahan yang diperlukan bahan mudah saja.

IKLAN

 

4-5 ketul isi ayam -dipotong dadu
1/2 batang lobak merah -disagat
Daun sup
1 sudu lada sulah
1-2 sudu tepung ubi
2 biji telur (bergantung juga pada saiz)
Sebiji bawang merah -dipotong dadu
Seulas bawang putih
Garam secukup rasa -untuk hidangan anak-anak atas 2 tahun sahaja.

Dah tunggu apa lagi. Bahan semua dah siap sedia. Ayuh kita ke dapur.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!Bahan-bahan yang Kak Mai gunakan.

IKLAN

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!Masukkan bawang merah, bawang putih, telur dan isi ayam.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!Bahan yang dikisar tadi. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula lobak merah, daun sup, lada sulah dan 1-2 sudu tepung ubi.
#Garam untuk anak-anak atas 2 tahun sahaja.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!Gaulkan rata adunan. Gitu caranya.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus. Oleh permukaan bekas dengan minyak terlebih dahulu.

IKLAN

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!

Semerbak wei bau masa dikukus. Kukus selama 20-30 minit. Dah betul-betul masak. Angkat dan sejukkan.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!

Keluarkan dari loyang tadi. Potonglah ikut suka kau orang. Nak terus makan begini pun boleh tau. Kak Mai simpan baki ke dalam tupperware. Kemudian ‘frozen’kan. Dalam erti kata lain kita bekukan.

Anak-Anak Makan Bahagian Bertulang Je, Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni, Satu Famili Boleh Makan!

Nak goreng sekejap pun bisa buk. Tadaaaaa. Siap untuk dimakan seisi family.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI