
Semasa anak masih kecil, memang ibu akan sediakan semua keperluan. Apatah lagi bagi ibu yang sentiasa penuh jadualnya dan tiada pembantu. Memang perlukan peruntukan masa dan tenaga juga untuk menyediakannya.
Sama seperti aktres cantik Fasha Sandha. Dia yang mengakui tiada pembantu untuk menguruskan anak-anaknya, menarik nafas lega bila tidak lagi perlu menyediakan kelengkapan susu anak apabila keluar.
HANYA MINUM SUSU DI RUMAH
Putra Rayfal Ramli, 4 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun pun sudah tidak perlukan susu ketika di luar sebaliknya hanya minum ketika di rumah sahaja. Fasha memberitahu tentang hal berkenaan di posting Instagramnya;
Leganya rasa hati ibu, ibu dah tak payah packing susu bila nak keluar, anak2 minum susu bila kat rumah je. Fuh lega sangat2.Pasti ibu2 faham apa yang i maksudkan, terutama ibu2 yang tak ada pembantu untuk anak2 macam i ♥️
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
PARA NETIZEN JUGA BERKONGSI PERASAAN YANG SAMA
Kebanyakan netizen di kalangan ibu memberikan komen yang hampir sama kepada posting berkenaan. Masing-masing berasa lega apabila fasa menyediakan keperluan susu anak akhirnya berlalu.
Sumber: Instagram Fasha Sandha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Bedah UK Datang Lawat Ainul. Buat Check-Up & Apa Yang Dibimbangkannya Tak Berlaku

“Sebaik sahaja sampai, dia terus mendapatkan Ainul”. Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menceritakan kunjungan pakar bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong ke rumahnya di Melaka, baru-baru ini.
Dr Ong anak kelahiran Pulau Pinang merupakan salah seorang daripada kumpulan pakar bedah yang terlibat dalam menjayakan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram daripada mulut Ainul Mardhiah bayi yang pernah mendapat perhatian seluruh negara kerana menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Ini adalah kunjungan pertamanya selepas Ainul selamat menjalani pembedahan pada Jun tahun lalu.
“Masa di United Kingdom (UK) sebelum kami pulang ke Malaysia, dia beritahu mahu menziarahi Ainul sekiranya pulang ke Malaysia. Dia beritahu nak tengok keadaan Ainul.
View this post on InstagramA post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
“Ketika dia sampai, dia terus pergi dekat Ainul. Kemudian dia check mulut Ainul secara mata kasar. Selepas pembedahan dulu, dia ada menyatakan keadaan lidah Ainul sedikit senget kerana dihimpit tumor. Dia bimbang keadaan lidah Ainul akan kekal begitu sampai bila-bila.
“Selepas diperiksa dia beritahu keadaan lidah Ainul tegak, maknanya apa yang dia bimbang sebelum ini tidak berlaku. Dia juga periksa pipi Ainul dari dalam dan menurutnya bengkak semakin surut.
“Kami nampak dia sangat terharu dan gembira melihat keadaan Ainul sekarang yang semakin pulih dan aktif, ujarnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, Dr Ong yang datang bersama isteri dan dua anaknya gembira tengok Ainul membesar dengan sihat sebab masa tiba di UK dulu, dia sedih lihat keadaan Ainul yang ada ketumbuhan, saiz badan pun kecil dan paling sedih apabila teringatkan anak bongsunya yang sebaya dengan Ainul.
View this post on InstagramA post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih kepada Dr Ong kerana sudi datang ke Melaka. Jauh dia memandu dari Kuala Lumpur ke sini. Kami terharu dia sudi melawat Ainul walaupun tugasnya terhadap Ainul sudah selesai.
“Bila dia datang, tak rasa seperti seorang doktor yang melawat pun..tapi macam saudara mara saja,” katanya.
Berkongsi perkembangan terkini Ainul, sekarang dah pandai nak ajak main dan bijak membaca isyarat tertentu.
“Malah Dr Ong juga meminta kami teruskan rawatan di sini seperti temu janji dan buat pemeriksaan berkala. Ainul perlu lakukan pemeriksaan ujian darah yang dinamakan Alpha Fetoprotein (AFP) setiap bulan.
“Sehingga kini, alhamdulillah keputusan normal. Kali terakhir melakukan MRI pula keputusannya memang clear dan tidak ada apa yang meragukan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Safiuddin tak putus mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan Ainul sehinga dia sihat dan pulih. Terima kasih juga kepada Dr Ong, Dr Amalina Che Bakri dan semua doktor termasuk doktor yang mengiringi Ainul ke UK.
Sumber: Mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Ada Jadual Untuk Spend Quality Dengan Pasangan” Walaupun Ada Anak, Aisyah Tetapkan 1 Hari Untuk Suami

Usahawan serta pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menetapkan jadual untuk bersama pasangan tersayang tanpa anak-anak.
Pemilik jenama tudung Hijanah ini berpendapat, ianya sangat penting meluangkan masa berdua bersama pasangan supaya dapat mengekalkan rasa kasih sayang dalam rumah tangga.
“Alhamdulillah MasyaAllah, Allah takdirkan Aisyah pasangan yang sangat funny & ada tujuan yang sama dalam marriage. Dalam 6 tahun kahwin, banyak benda yang Aisyah belajar, salah satunya kena ada jadual untuk spend quality time dengan partner kita”
“Walaupun kita ada anak, tapi at least kena ada 1 hari untuk suami isteri. Supaya, boleh kekalkan rasa sayang & tak hambar”
“Dalam marriage, kena ada tujuan yang sama. Iaitu untuk keredhaan Allah. Buat pasangan happy, niatkan untuk Allah redha. Sangat mudah suami nak masuk syurga, jagalah isteri dgn baik & adil. Isteri lagilah mudah masuk ke syurga bila taat & ihtiram suami”
“Semoga Allah kekalkan jodoh ini sampai ke syurga 🫶🏻 Thank you @alifteega for accepting me ✨Jom ambil anak-anak pula”
Rata-rata wargamaya bersetuju dengan cara Aisyah kerana pasangan yang berkahwin juga perlu meluangkan masa berdua-duan/dating tanpa anak-anak.
Kredit: Aisyah Hijannah
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baru 5 Tahun, Lajunya Si Kembar Mengira.” Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Anak Genius

Sesiapa saja yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar pasti akan kagum dengan cara didikan pada anak-anaknya. Mana tidaknya dari anak sulung sehingga anak yang kecil, Dr Sheikh Muszaphar sangat menitikberatkan pendidikan dan aktiviti sukan.
Keseimbangan ini menjadikan anak-anaknya cemerlang dan sering menjadi contoh. Selain Tasha dan Bella, keletah si kembar Adam dan Noah juga turut mendapat perhatian ramai dan kagum dengan bakat yang ada dalam diri masing-masing.
Menginjak usia 5 tahun, pasangan kembar ini sering mendapat perhatian warganet dan media apabila mereka dikategorikan sebagai genius dalam usia yang muda. Walaupun belum mencecah usia 6 tahun, keyakinan mereka menjawab soalan matematik begitu baik sekali dan laju!
Dr Sheikh kongsi tip disiplinkan anak
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, selain beliau meletakkan matlamat untuk setiap anak-anaknya dapat khatam al-Quran pada usia 6 tahun, seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh anak sulung Tasha dan anak kedua, Bella, beliau juga mementingkan aspek pembelajaran akademik seperti bahasa dan matematik yang sememangnya bagus ditekankan seawal yang mungkin.
Ini kerana di usia kanak-kanak, otak anak-anak cepat belajar dan mudah ingat apa yang diajar. Ibaratnya seperti span, mudah serap.
Menerusi ruangan komen, ramai yang bertanya tip yang diamalkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar. Antara persoalan yang ditanya adalah, adakah anak yang genius mesti lahir dari ibu bapa yang genius? Namun jawapan Dr Sheikh Muszaphar adalah sebaliknya.
Menurut beliau, apa yang penting adalah untuk mak ayah mulakan sistem pendidikan di rumah secara khas sejak dari usia yang muda. Lagi awal permulaan pendidikan sebegini, lagi cepat untuk otak anak-anak tangkap segala ilmu yang dicurahkan.
Selain itu, ada juga yang bertanya bagaimana Dr Sheikh Muszaphar mendisiplinkan anak-anaknya untuk buat sesuatu tugasan secara konsisten sejak kecil? Ini kerana ada sesetengah anak, dia enggan lakukan atas seba-sebab tertentu.
Namun jawapan yang diberikan oleh Dr Sheikh cukup mudah iaitu apabila ia sudah menjadi rutin semuanya tak perlu disuruh lagi. Setiap kali pulang dari sekolah, mereka dah tahu apa perlu dilakukan dahulu. Jadi ibu bapalah yang perlu memainkan peranan ini.
Kredit: IG Dr Sheikh Muszaphar
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI