Bekas suami kepada Nad Zainal, Faliq Amiruddin belum mempunyai kesempatan untuk melawat Nad di hospital.
Menurutnya, sebelum ini dia ada berjumpa Nad dan Nad kelihatan agak lemah.
“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.”
“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.”
“Awalnya saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan”
Tambah Faliq, dia turut melawat dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.
Ads
“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik”
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan berpisah pada awal September lalu.
Mungkin itu bukan sisa makanan biasa tetapi tanda awal karang gigi anak. Ramai ibu ayah fikir karang gigi hanya berlaku pada orang dewasa, tapi sebenarnya anak kecil pun boleh mengalaminya terutamanya jika rutin penjagaan gigi mereka belum sempurna.
Sebagai ibu ayah, tentu kita mahu anak membesar dengan senyuman manis dan gigi yang sihat. Jom Pa&Ma kongsikan cara mudah dan selamat untuk elak serta atasi karang gigi anak.
Kalau nak tahu, karang gigi anak terbentuk apabila plak (lapisan lembut berisi bakteria) dibiarkan lama pada gigi. Lama-kelamaan, ia akan mengeras dan menjadi karang. Antara sebab utama yang biasa berlaku pada anak kecil ialah:
Mereka mungkin hanya gosok bahagian depan, tetapi terlupa bahagian dalam atau tepi gusi, menyebabkan plak mudah terbentuk.
Gula ialah makanan kegemaran bakteria dalam mulut. Bakteria ini menghasilkan asid dan membentuk plak yang akhirnya menjadi karang gigi anak.
Sisa susu yang melekat pada gigi boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dan mempercepat pembentukan karang.
Apabila air liur tidak mencukupi, mulut jadi kering dan bakteria mudah melekat pada gigi anak.
Jangan risau, dengan rutin yang betul, ibu ayah boleh bantu anak elak masalah ini dari awal.
Ajar anak berkumur dengan air masak setiap kali selepas makan. Walaupun nampak remeh, ia sangat membantu menyingkirkan sisa makanan dan mengurangkan bakteria penyebab karang gigi anak.
Gunakan berus gigi lembut dan ubat gigi berfluorida yang sesuai dengan usia anak. Untuk anak bawah tiga tahun, cukup gunakan ubat gigi sebesar biji beras.
Info Menarik! Tahukah anda, ubat gigi berfluorida mengandungi bahan khas bernama fluorida yang membantu menguatkan enamel gigi dan melindungi gigi daripada kerosakan? Ia juga mampu mencegah kaviti (gigi berlubang) jika digunakan setiap hari!
Jika anak masih minum susu pada waktu malam, pastikan giginya dibersihkan dahulu sebelum tidur. Tidur sambil minum susu menyebabkan sisa susu kekal di gigi dan akhirnya menjadi plak keras.
Biasakan anak makan buah dan sayur rangup seperti epal atau lobak merah. Ia membantu membersihkan sisa makanan secara semula jadi. Keju juga bagus kerana membantu meneutralkan asid dalam mulut dan mencegah karang gigi anak.
Bawa anak ke klinik gigi seawal usia setahun, atau sebaik sahaja gigi pertama tumbuh. Doktor boleh membersihkan karang gigi yang sudah keras dan memberi nasihat penjagaan gigi yang sesuai untuk anak.
Pasang lagu atau berus gigi bersama-sama anak. Bila mereka rasa seronok, mereka akan lebih konsisten menjaga gigi dan mengelak pembentukan karang.
Jika ibu ayah nampak karang gigi yang keras pada gigi anak, jangan cuba kikis sendiri kerana ia boleh menyebabkan luka atau merosakkan enamel gigi.
Sebaliknya, bawa anak ke klinik gigi untuk rawatan scaling, iaitu proses pembersihan profesional yang akan menanggalkan karang gigi anak dengan selamat.
Selepas rawatan, doktor biasanya akan ajar cara betul memberus gigi dan rutin penjagaan untuk elak karang gigi datang semula.
Kesihatan gigi anak adalah cermin kepada penjagaan diri mereka. Bila anak terbiasa dengan rutin kebersihan mulut sejak kecil, mereka akan membesar dengan senyuman yakin dan gigi yang kuat.
Ibu ayah, jangan tunggu sampai gigi anak mula kekuningan baru bertindak. Mulakan langkah pencegahan hari ini dengan berus, berkumur dan senyum bersama-sama. Senyuman si manja bebas karang gigi adalah bahagia kita juga!
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan.
Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi anda mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka anda tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemain badminton profesional Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei serta isteri, Datin Wong Mew Choo selamat menimang cahaya mata ketiga beberapa jam yang lepas.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Datuk Chong Wei menerusi laman rasmi Instagram.
Menurutnya dia bersyukur di atas kelahiran selamat anak ketiganya dan turut menghargai pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata mereka. Tambahnya lagi, isteri dan anak lelakinya dalam keadaan yang baik.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice.”
“#AnsonLee orders placed ten months ago, received today. Mother and son are safe, wife @wong_mew_choo, thank you for your hard work”.
Rata-rata warga maya dan selebriti mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata ketiganya itu.
jozlynnhanania Congrats Datuk n Datin❤️
radin_era Congratulations Tok!! Next champ 🔥
hendrasansan @leechongweiofficial congratulation dato