Melihat cara pasangan pelakon Amar Bahrin dan Amira Rosli mendidik dua anak mereka sememangnya patut diberi pujian. Tidak perlu berbelanja lebih, dengan hanya bersedekah di rumah sahaja sudah memberi sesuatu yang begitu bermanfaat untuk anak-anak.
Berkongsi satu video di Instagramnya beberapa hari lalu, video yang dikongsikan Amar itu sememangnya mendapat pujian warganet.
Rupanya setiap kali subuh, Amar dan Amira mewujudkan satu tabung sedekah subuh buat keluarga mereka. Anak-anak juga tidak terkecuali turut sama bersedekah.
“Tabung Sedekah Subuh. bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni.
“Bila ada rezeki lebih boh besar, bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira,” kongsi Amar di kapsyen.
Anak-anaklah yang paling teruja untuk melihat berapa jumlah dan mengira bersama-sama. Walau nilainya tak seberapa kata Amar namun melihat anak-anak teruja pastinya sudah cukup membahagiakan.
Ads
Malah Amar turut berkongsi petikan hadis yang sama-sama boleh kita manfaatkan di rumah bersama anak-anak. Walaupun tidak banyak nilainya namun keseronokkan dan cara kita mengajar anak bersedekah sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Baik dan terpuji. Biar anak tahu erti menyimpan dan juga bersedekah.
“Siapa tak nak malaikat mendoakan dia? Semoga bermanfaat Insyaallah
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
Rata-rata pengikut Amar dan Amira memuji cara didikan pasangan ini dan turut sama melakukan pada anak-anak mereka.
Semoga aktiviti yang baik dan bermanfaat sebegini dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada pasangan muda di luar sana. Semoga kita sama-sama memberikan yang terbaik buat anak kita.
Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @amarbaharin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“JANGAN MENANGIS, Malulah!” Kanak-kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh ‘SEPARATION ANXIETY’. Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing.
Bayangkan jika kita bertukar tempat kerja baru dan kita tidak kenal sesiapa.
Resah atau tidak?
Perasaan ini adalah sesuatu yang normal dalam perkembangan kanak-kanak. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan atau perlu dimalukan dengan mengambil video untuk ditularkan.
“TETAPI RAMAI KANAK-KANAK YANG OK, TAK MENANGIS. Yang menangis tu mesti manja. Kita mesti ajar anak jadi kental.”
Bila kita bercakap tentang perkataan PERKEMBANGAN, ia merujuk kepada satu proses yang dicapai pada kadar yang berbeza-beza mengikut pembawaan kanak-kanak.
Orang dewasa juga mengalami separation anxiety cumanya orang dewasa sudah mempunyai ‘coping strategy’ yang dibina dari pengalaman dan kematangan.
Perasaan resah untuk berpisah itu juga boleh menjadi indikasi yang baik bahawa selama ini ayah dan ibu telah membina attachment yang positif dengan anak tersebut. Bukanlah kerana anak itu manja.
Seorang murid saya dulu menangis sebab dia tidak boleh lagi bermain bola sepak dengan ayahnya kerana perlu hadir ke sekolah.
———————————
Proses berpisah untuk memasuki sekolah adalah kombinasi perasaan TERUJA dan TAKUT bagi kanak-kanak.
Jika perasaan teruja kerana berjumpa kawan yang sudah dikenali atau teruja kerana guru baik, atau teruja kerana persekitaran sekolah yang mesra, melebihi rasa takut, maka separation anxiety itu hanya sekejap.
Jika perasaan takut kerana tidak ada kawan dan sebagainya melebihi keterujaan, maka separation anxiety itu mengambil masa untuk hilang.
Seorang lagi murid saya merasa takut kerana perlu memasuki ‘gate’ lain yang dia tidak biasa.
Ada pelbagai sebab mereka takut walaupun remeh bagi kita.
Cara orang dewasa memberi respon kepada separation anxiety kanak-kanak juga menentukan sekejap atau lama perasaan itu.
Normal ke setiap pagi nak pergi sekolah menangis?
“ANAK SAYA DAH BERBULAN-BULAN MENANGIS setiap pagi tak nak ke sekolah. Normalkah?”
Jikalau ia berlarutan sampai berbulan-bulan hingga mengganggu aktiviti harian anak dan menyebabkan anak sentiasa sedih dan murung, ia sudah menjadi satu DISORDER yang perlukan intervensi dan perhatian pakar.
Mungkinkah anak dibuli, didera ataupun trauma?
Menurut Maria Montessori, pakar perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, resah kerana berpisah adalah sebahagian dari proses ‘individuation’ yang penting bagi perkembangan sosial kanak-kanak.
Anak sedang belajar untuk mengenal persekitarannya. Dia kemudiannya akan membina kepercayaan dan keserasian dengan individu baru di sekitarnya. Akhirnya dia akan mula membina persahabatan. Ini adalah proses yang mengambil masa dan tidak boleh dipaksa.
Fahamilah kanak-kanak. Mereka juga manusia yang perlu dihormati.
Anak buat perangai? Tantrum? Tak dengar kata? Makin dilarang, makin dibuatnya? Itu normal. Ya, betul wahai Mama Papa. Sekiranya anda sering berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran, itulah kehidupan yang harus anda tempuhi dengan tabah (Percayalah, admin juga begitu.)
Menurut artikel yang pernah dikeluarkan dalam The Wall Street Journal, mengatakan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjerit kepada anak untuk mendisiplinkan mereka. Jeritan juga sebagai satu tanda melepaskan amarah. Dr. Phil McGraw seorang pakar psikologi turut mengakui konsep itu yang telah diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa seluruh dunia. Bahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya, dia sempat bergurau mengatakan;
Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana tidaknya, kita semua kadang-kadang tu suka menjerit tanpa sebab.
Dalam gurauannya itu, Dr.Phil tetap tegas menerangkan tindakan ibu bapa yang gemar meninggikan suara atau menjerit kepada anak-anak untuk mereka tidak melakukan kesalahan adalah suatu yang salah. Tindakan itu tidak berkesan. “Ia menghentikan komunikasi, itu masalahnya. Sebaik sahaja anda mula menjerit, anak-anak akan terus shutdown.” Jika berdepan dengan anak yang sedang buat perangai, jangan tengking mereka. Rapatkan diri dengan anak dan berbisiklah kepada mereka.
Anak-anak yang selalu dijerkah apabila dihampiri ibu bapa mereka dengan cara berbisik akan terus bertenang dan emosinya akan kembali stabil kerana ia tidak seperti situasi yang sering mereka lalui. Pada ketika ini, mereka akan lebih tenang dan mudah untuk mendengar apa yang cuba ibu bapa mereka ingin katakan. Dalam keadaan ini, mereka sangat-sangat ingin tahu apa sebenarnya yang cuba anda sampaikan.
Tahukah anda, anak-anak yang sering dimarahi dengan jeritan lebih cenderung untuk mengalami masalah sikap, mempunyai simptom depresi dan akan membesar sebagai seorang dewasa yang sukar berpuas hati. Bersetujukah anda jika admin katakan, kita semua tidak anggup melihat anak-anak membesar dengan kesukaran ini kan? Maka, kitalah yang harus mulakan perubahan itu terlebih dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika, Taska, Begini Cara Atasi
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.