Keibubapaan

“Anak-Anak Paling Excited” Wujudkan Tabung Sedekah Subuh, Cara Didikan Amar Baharin Dipuji!

Share

Melihat cara pasangan pelakon Amar Bahrin dan Amira Rosli mendidik dua anak mereka sememangnya patut diberi pujian. Tidak perlu berbelanja lebih, dengan hanya bersedekah di rumah sahaja sudah memberi sesuatu yang begitu bermanfaat untuk anak-anak.

Berkongsi satu video di Instagramnya beberapa hari lalu, video yang dikongsikan Amar itu sememangnya mendapat pujian warganet.

Rupanya setiap kali subuh, Amar dan Amira mewujudkan satu tabung sedekah subuh buat keluarga mereka. Anak-anak juga tidak terkecuali turut sama bersedekah.

“Tabung Sedekah Subuh. bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni.

“Bila ada rezeki lebih boh besar, bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira,” kongsi Amar di kapsyen.

Anak-anaklah yang paling teruja untuk melihat berapa jumlah dan mengira bersama-sama. Walau nilainya tak seberapa kata Amar namun melihat anak-anak teruja pastinya sudah cukup membahagiakan.

Malah Amar turut berkongsi petikan hadis yang sama-sama boleh kita manfaatkan di rumah bersama anak-anak. Walaupun tidak banyak nilainya namun keseronokkan dan cara kita mengajar anak bersedekah sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Baik dan terpuji. Biar anak tahu erti menyimpan dan juga bersedekah.

“Siapa tak nak malaikat mendoakan dia? Semoga bermanfaat Insyaallah

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(HR Bukhary 5/270)

Rata-rata pengikut Amar dan Amira memuji cara didikan pasangan ini dan turut sama melakukan pada anak-anak mereka.

Semoga aktiviti yang baik dan bermanfaat sebegini dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada pasangan muda di luar sana. Semoga kita sama-sama memberikan yang terbaik buat anak kita.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.

Menarik: Tak Kekok Mandikan Anak & Siap Dodoikan Sampai Lena, Warganet Sayu Tengok Video Emma Maembong Kongsi Pengorbanan Suami

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @amarbaharin

Published by
SRM