Memang meriah kalau ada ramai anak macam pelakon dan selebriti tanah air Datin Rebecca Nur Islam. Mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Dato’ Nur Azam Sulaiman, iaitu Nor Anggun Raverra, 7, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 3 dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1 tahun. Keluarga aktres ini turut diserikan dengan kehadiran dua orang anak angkat, Nor Adam Daniel, 11 dan juga Nur Aurora Riana yang juga seusia dengan Ahmet.

Mewah tidak semestinya mempunyai harta yang banyak tapi cukuplah sekadar dapat meluangkan masa bersama keluarga, suami dan anak-anak. Mana tidaknya mempunyai lapan orang anak termasuk dua orang anak tiri yang mempunyai keletah masing-masing pastinya memeriahkan hidup Datin Becca dan suaminya.

Anak-anak Penjemput Rezeki, Datin Becca & Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

Dalam posting terbarunya di laman Instagram, Datin Becca bergambar bersama keenam-enam anaknya. Dalam posting tersebut beliau nyatakan ada lagi dua orang anak yang tiada dalam gambar keluarga mereka kerana berada di Asrama. Beliau bayangkan jika semuanya sudah besar dan sedang belajar, pasti sunyi rumah agam keluarga mereka.

Tambahnya juga anak-anak itulah yang menceriakan harinya dan membawa rezeki dalam rumahnya. Semoga makin bertambah rezeki Datin Becca dan suami dengan anak-anak yang sentiasa memeriahkan suasana.

IKLAN

“Parents with 6 kids cinta hati Mummy Becca, suamiku, anak-anak ku sebenarnya ada lagi 2 anak, tapi dua lagi dah besar dan berada di asrama.. so total Mummy Becca ada 8 orang anak, Wow, bayang kan kalau semua ni pun dah besar, and semua Ke University or asrama,,pasti sunyi..nasib la masih ada baby Yang kecil-kecil lagi, menjadi peneman dan penghibur kami…Alhamdulillah Syukur, mereka la rezeki yang paling berharga sekali, tulang belakang Mummy Becca.

Anak-anak Penjemput Rezeki, Datin Becca & Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

“Anak-anak ini la yang tiap-tiap hari membawa keceriaan dan rezeki di dalam rumah, Thank You Allah jaga la mereka semua untukku….

IKLAN

“May Jannatul Firdaus Be Our Last Destination for the whole family,Love them LillahHiTaAllah Sayang Sgt2….”

View this post on Instagram

Parents With 6 Kids💖Cinta Hati Mummy Becca,SuamiKu,Anak anak Ku😘Sebenarnya Ada Lagi 2 Anak,Tapi Dua lagi dah besar Dan Berada Di Asrama,,So total Mummy Becca ada 8 orang anak,Wow,bayang kan Kalau Semua ni Pun dah besar,And Semua Ke University or Asrama,,Pasti Sunyi..Nasib la Masih ada baby Yg kecil2 lagi,Menjadi Peneman Dan PengHibur Kami…😅❤️Alhamdulillah Syukur,Mereka La Rezeki Yg Paling BerHarga Sekali,Tulang Belakang Mummy Becca 💪…. . . Anak anak ini La Yg Tiap tiap Hari Membawa Keceriaan Dan Rezeki Di Dalam Rumah😍Thank You Allah 🤲🙏Jaga La Mereka Semua UntukKu🤲…. . . May Jannatul Firdaus Be Our Last Destination for the whole family,Love them LillahHiTaAllah 😭❤️Sayang Sgt2…. . . #mrsazam #CintaHatiSaya #CintaHatiMom #LoveAlways #20092019 #MyFamily #MyKids #SentiasaDalamDoaKu 🤲 #DoaIbuTiadaHijabNya #AllahLindungiAnakAnakKuSentiasa 🤲 #1145pm #GoodNightFromUs 😘

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikut-pengikut Datin Becca di laman sosial itu dan rata-ratanya mendoakan keluarga ini selain memuji Datin Becca yang pandai menjaga penampilan meskipun ada 8 orang anak.

IKLAN

Anak-anak Penjemput Rezeki, Datin Becca & Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

Anak-anak Penjemput Rezeki, Datin Becca & Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

Anak-anak Penjemput Rezeki, Datin Becca & Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

Sumber/foto: Instagram Rebecca Nur Islam

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI