Siapa yang tidak risau bila anak-anak yang kita rasakan cukup selamat berada di rumah, kini terdedah dengan jangkitan Covid-19. Penyanyi, Sarah Raisuddin mengakui kebimbangan dirinya dan anak-anak selepas pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Melalui Instagramnya semalam, Sarah berkongsi sebuah video mereka sekeluarga melakukan ujian calitan di rumah.
Kata Sarah, jantungkan seakan mahu pecah sebaik menerima perkhabaran berita pembantu rumahnya yang disahkan positif Covid-19.
Paling risaukan anak-anak
“Jantung ni macam nak jatuh bila maid Sarah positif Covid. Sarah tak fikir apa-apa dah, yang Sarah risau anak-anak dan baby dalam perut ni.
Anak-anak Sarah sekarang ni tengah demam. Ya Allah berderau darah ni,” kata Sarah berkongsi.
Kata Sarah lagi, dalam keadaan dirinya yang sedang sarat hamil pastinya perkhabaran semacam ini memberi kesan padanya. Malah bila memikirkan nasib anak-anak, dia mula merasa bimbang.
“Macam-macam benda Sarah fikir kalaulah Sarah dan suami positif, macam mana anak-anak.
“Kalau anak-anak pulak positif siapa nak jaga diaorang kat pusat kurantin.
Minta jauh ya Allah. Kami satu keluarga baru je buat swab test harap-harap semua tak ada apalah,” kongsi Sarah.
Malah kata Sarah dia perlu kuat demi bayi di dalam kandungannya yang kini memasuki usia tujuh bulan. Malah ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut memohon doa agar mereka sekeluarga dilindungi virus berbahaya itu.
“Sarah kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Biar apapun keputusan ujian, semoga Sarah dan keluarga berlapang dada dan menerima ujian dengan tenang. Semoga anak-anak dan bayi dalam kandungan dilindungi Allah SWT.
Menarik: Buat Sendiri Lagi Bermakna, Jam 4 Pagi Masih Jahit Baju Baby, Warganet Puji Kegigihan Maryam
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI