Kebelakangan ini tular di media sosial mengenai soft candy ataupun gula-gula gummy dengan jem buah-buahan yang dijual secara online sehingga menjadi tumpuan kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dengan pelbagai perisa.

Wala upun ramai menyatakan gula-gula gummy itu halal kerana terpapar logo halal pada bungkusannya namun kesahihan itu disangkal oleh pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Agama Islam (JAKIM).

Pihak JAKIM memberi maklum balas mengenai isu tersebut di Facebook mereka dengan mengatakan bahawa logo halal yang tertera adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Anak-Anak Suka Beli, JAKIM Jawab Logo Halal Produk Soft Candy Viral Tak Sah!

Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.

Ads

Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.

Ads
Anak-Anak Suka Beli, JAKIM Jawab Logo Halal Produk Soft Candy Viral Tak Sah!
Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…

Sumber: FB Bahagian Hab Halal Jakim

Ads

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Anak-Anak Suka Beli, JAKIM Jawab Logo Halal Produk Soft Candy Viral Tak Sah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI