Anak-anak memang suka makan jajan. Bagaimanapun ibu bapa perlulah mengambil tahu tentang keburukan memakan jajan pada anak-anak. Ada sesetengah mak ayah siap jadikan jajan sebagai hadiah bila balik dari kerja. Konon nak curi hati anak-anak tetapi sebenarnya itulah makanan yang boleh undang penyakit!

Malah lagi teruk, siap jadikan hadiah kecil untuk anak-anak bila buat majlis. Hmm… memang rasa bersalahlah nak tegur si pemberi. Untuk tahu lebih jauh tentang pemakanan ini, baca perkongsian Doktor Taufiq Razif ini.

Terkedu saya!

Baru-baru ni saya ambil anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya taknak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.

Anak-anak Suka Makan Jajan, Ibu Bapa Ketahui Bahayanya
Kredit foto: Pexels

Anak-anak Suka Makan Jajan

Ya Allah! Penuh dengan jajan!

Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah. Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi. Bermacam macam perisa pulak tu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya tu.

Ads

Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. “Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?”.

Cikgu tu macam agak cuak jugak la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!

Anak-anak Suka Makan Jajan, Ibu Bapa Ketahui Bahayanya

Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan?

Ads

Ibu Bapa Ketahui Bahayanya

Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan.

1. Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi.

2. Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

Ads

3. Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.

Anak-anak Suka Makan Jajan, Ibu Bapa Ketahui Bahayanya
Kredit foto: Pexels

4. Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘ penyakit orang dewasa ‘ dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

NOTA: Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita.

Kredit top image: Pexels

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI