Waktu anak kecil, ramai yang merungut penat. Tidur tak cukup, tak boleh nak rehat dengan aman dan macam-macam lagi. Hari-hari mesti terkeluar cakap cepatlah besar. Senang mama nak uruskan nanti. Tapi…
Ingatlah anak-anak kita tak selamanya kecil. Kadang-kadang terdetik dalam hati, biarlah anak-anak cepat membesar. Biarlah anak-anak tidur lama sikit. Biarlah anak-anak cepat berdikari. Biarlah anak-anak cepat sekolah.
Supaya mama ada masa untuk diri sendiri. Supaya mama boleh rehat dan tak penat lagi.
Tapi ada masanya, bila diperhati telatah anak-anak. Bila tengok balik gambar tahun-tahun lepas. Allah, betapa pantasnya masa berlalu.
Betapa cepatnya mereka membesar. Setahun, dua tahun, tiga tahun. Begitu cepat mereka menginjak umur. Anak-anak tak selamanya kecil.
Ads
Betapa comelnya bila mereka saling mengusik, ketawa, bergaduh dan menangis tentang benda yang kecil.
Tangan yang comel. Ambil itu ini. Koyak kertas. Makan. Sepahkan makanan. Bongkar baju. Selak buku. Tutup tv. Rampas mainan. Cakar muka masa menyusu.
Tapak kaki yang kecil. Pantas berlari ke sana sini. Sekejap ke dapur. Panjat kerusi meja. Sekejap ke bilik. Menapak ke bilik air. Tumpahkan air.
Ads
Mulut yang mungil. Menyanyi, membebel. Ketawa dan menangis. Merengek minta itu ini. Marah. Muncung merajuk.
Badan yang masih pendek. Berjoget ceria. Mengamuk terlentang. Tidur. Bergolek.
Bila kenang kembali semua ini, mama tarik nafas dalam-dalam. Rasa tak sanggup nak biar jam berdetik.
Ads
Rasa tak sanggup nak lepaskan anak-anak jadi dewasa yang bebas. Biarlah ada depan mata selalu.
Seolah-olah rasa tak puas lagi nikmati masa berharga ni. Percayalah waktu akan berlalu. Masa susah ni akan pergi.
Tapi kalau diorang meragam, automatik tiba-tiba mama nak suruh diorang cepat besar lagi kan? Betul tak?
Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sakit mata lihat bawah kuali non stick hitam dan melekit. Kadang nak gosok ambil masa yang lama juga untuk menanggalkannya. Jadi bagi mak-mak yang nak jimat masa dan mencuci dengan mudah kesan kotoran itu, boleh cuba cara ini.
Melalui perkongsian Puan Hani Mynis, hanya menggunakan satu bahan ini saja, kesan tersebut tanggal dan terus nampak baru dan berkilat.
Kalau siapa kat rumah yang ada guna non-stick pan/pot mesti perasan bawah pan tu senang sangat nak hitam atau kuning-kuning kesan api tu kan? Nak bersihkan memang susah.’
Lagi-lagi kalau tak sental hari-hari selepas setiap kali kegunaan. Lagi susah dengan corak-corak bawah pan tu. Jangan guna berus besi, calar nanti. Hehe kalau periuk kuali biasa tu takpe.
Lepas tu pulak ada yang suka gantung-gantung display kat dapur sebab senang nak ambil. Tapi kalau bawah periuknya hitam nak letak gantung kat luar pun buat pemandangan dapur jadi tak cantik je. So lepas tutorial hani ni dah boleh bersihkan bawah pan tu bagi berkilat sebelum gantung ya.
Kos tak sampai RM 2 pun, boleh beli alat membersihnya di Shopee, hanya gunakan dengan air tanpa sabun khas. Boleh pakai semula.
Seriously, benda alah ni peralatan pembersihan kedua magik selepas magic sponge.
Baru buat sebelah dah berkilat!
So wajib ada kat dapur!
P/s: pakai sarung tangan ya kalau nak guna. Semoga bermanfaat!
Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi nak gembirakan hati anak-anak tak lah sesusah mana, gurau sikit dan usik-usik anak dah cukup terhibur.
Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih bijak mindanya? Dalam hal ni mama papa kena kenal pasti jenis permainan. Bercerita pada anak, kita nampak macam membosankan tapi sebenarnya kalau pandai olah dan triknya, anak cukup suka.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) ni kongsikan trik bercerita pada anak. Paling penting katanya, cara ni buat anak lebih bijak dan mindanya pun diasah dengan baik.
Kanak-kanak suka bermain, itu memang naluri semulajadi mereka! Malah, tidak salah jika kita membuat tanggapan bahawa antara pengalaman hidup yang paling bermakna semasa usia pendidikan praformal antara 0-6 tahun adalah pengalaman bermain.
Pada masa yang sama, dapatkah kita sebagai papa dan mama juga pendidik prasekolah mengambil peluang agar aktiviti bermain si kecil membawa lebih manfaat kepada dirinya? Jawapannya, sudah pasti! Syaratnya mudah, pastikan anda memberi masa dan ruang dalam jadual seharian untuk ‘bermain’ bersama-sama si kecil anda walaupun sekadar 1 jam setiap hari. Latihan dan ‘permainan minda’ di bawah amat disyorkan untuk si kecil.
1. Selain daripada bermain dan bergerak secara aktif, si kecil pada peringkat usia pendidikan praformal cenderung untuk bercerita dan berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Maka, luangkan sedikit masa dan berikan ruang kepada si kecil anda untuk bercerita, menyanyi dan mungkin juga berjoget untuk memberi gambaran aktiviti hariannya di taman pendidikan prasekolah.
2. Belajar untuk tunjukkan minat dan minta anak bercerita, membuat lakonan semula atau apa sahaja aktiviti di mana dia boleh berkongsi aktiviti pada hari berkenaan. Anda pasti tidak akan kering gusi!
3. Permainan jenis memori bantu anak untuk tingkatkan daya ingatan si kecil. Tak payah tunggu waktu sesuai, di dalam kenderaan ketika balik dari tadika atau di mana-mana sahaja yang selesa. Contoh, suruh anak fokus pada bangunan yang dilihat di luar kereta, misalnya kemudian minta si kecil ceritakan balik rupa bentuk bangunan tu. Simple.
Bila melepasi pasar raya, tanya pada anak, “Adik, kalau kita pergi ke pasar raya, apa 10 benda yang boleh kita beli dekat situ?”
4. Saya amat yakin bahawa minda yang aktif perlu latihan yang lebih tradisional seperti bermain teka-teki. Teka-teki memaksa minda untuk berfikir jauh dan tidak hanya secara logik semata-mata. Terserahlah kepada mama dan papa untuk mencari teka-teki yang sesuai. Di tadika, cikgu prasekolah boleh menggunakan teka-teki sebagai aktiviti kumpulan besar di dalam kelas terutama untuk kanak-kanak yang lebih matang.
5. “Siapa nampak… nampak tak?”. Aktiviti minda klasik ni cukup sesuai dimainkan ketika sedang dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Di Barat, permainan minda seperti ini kita panggil “I spy with my own eyes…” Permainan minda ini dan variasinya membantu si kecil anda untuk mengikuti arahan, meningkatkan tahap fokus, mengembangkan bahasa dan meningkatkan kesedaran ruang (spatial awareness) mereka.
6. Perjalanan dalam kereta sebenarnya memang membosankan. Bukan kita saja, anak-anak pun sama. Buat teknik kira-kira. Minta si kecil congak secepat mungkin setiap plet atau nombor kenderaan yang mereka nampak, seperti ‘AER 987’ (sama dengan 24). Satu lagi variasi ialah meminta si kecil beri satu ayat yang ada makna untuk setiap abjad yang dia lihat, misalnya ‘Ayam Ekor Rosak’ berdasarkan plet atau nombor tersebut. Menarik.
Jadi lepas ni kalau dalam kereta, jangan diam saja layan perasaan masing-masing. Cipta momen sambil asah minda anak-anak. Percayalah bila anak dah besar nanti, inilah momen yang paling diingati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.