Layanlah anak-anak seperti mana kita mahu orang layan kita. Jangan sampai terdetik dalam hati, anak rasa tak gembira duduk di rumah sendiri. Ini cukup bahaya dan akan buatkan hubungan antara ibu bapa dan anak semakin jauh bila besar nanti.
Betul ada ibu bapa keluar bekerja awal pagi, balik dah malam. Jadi masa dengan anak agak terhad. Namun jangan jadikan tanggungjawab kita mencari nafkah sebagai alasan untuk biarkan anak dengan TV, gajet dan bermain sesama adik beradiknya saja.
Penat sekalipun, anak-anak ni nak mereka sentiasa dilayan dan disayangi. Sebolehnya dia tak mahu ditengking. Ingat anak-anak hadir dalam hidup ibu ayah membawa kebaikan, jadi mereka layak diperlakukan dengan hormat.
Berikut adalah perkongsian dari seorang Kaunselor, Aidil Sahipaludin untuk ingatan ibu ayah bersama.
Anak-Anak Adalah Tetamu Kita
1. Anak-anak kita adalah anugerah Allah kepada kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah bahan ujian bagi kita.
2. Anak-anak itu satu hari akan meninggalkan kita atau kita sendiri yang lebih dahulu meninggalkan mereka. Yang pasti suatu hari kita akan berpisah daripada mereka.
3. Ada ungkapan cantik daripada Syeikh Muhammad Ratib al Nablusi tentang anak-anak kita ini. Renungkanlah ungkapannya ini dengan baik. Kata beliau.
“Anak-anak kamu adalah tetamu-tetamu kamu di rumah kamu. Layanlah mereka dengan baik sehingga mereka terkenang-kenang dengan layanan kamu yang baik itu.”.
4. Jaga anak-anak kita dengan baik dan didik mereka. Bersabarlah dengan kerenah dan tingkah laku mereka. Kita tidak akan lama bersama mereka. Mereka hanya sementara. Ujian Allah daripada mereka pasti akan berakhir juga suatu hari.
5. Apabila kita dapat bersabar menghadapi mereka, maka hasil yang cantik akan kita dapatkan nanti, insyaAllah. Sabar itu cantik.
Wallahu A’lam.
Kredit : Aidil Sahipaludin
#DiariAbi
**Dapatkan barangan keperluan anak-anak pada harga berbaloi dan jimat. Klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Nak Berenggang & Nangis Minta Dukung, Ibu Ini Share Tip Urus Anak Clingy
Kenapa anak tak boleh berenggang langsung? Asyik minta didukung sahaja, nak tidur pun mesti ibu kena ada di sebelah. Kalau letak sekejap mulalah anak menangis! Pastinya ramai ibu bapa alami situasi ni kan?
Bagi ibu bapa yang berada dalam situasi macam ini, perkongsian Hello Doktor yang berkongsi kisah dua ibu muda mengalami fasa anak susah nak berenggang ini dan tip yang dilakukan mereka mungkin boleh membantu.
Personaliti atau sifat bayi itu sendiri yang membuatkan anak tak boleh berenggang langsung dengan parents! Namun, ibu bapa janganlah risau. Anak memang akan menangis. Itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Manakan tidak, mereka tidak boleh bercakap, berjalan atau menunjukkan apa yang mereka mahu. Jadi, hanya dengan tangisan sahajalah anak boleh mendapatkan perhatian ibu ayah.
Anak yang mempunyai ciri sebegini digelar ‘high need’. Pernah dengar tak?
Anak anda mudah menangis kalau tidak didukung? Hendak peluk ibu 24 jam? Masa tukar lampin, nampak muka orang lain pun menangis? Jika ya, mungkin bayi anda grumpy disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan ‘high need baby’!
5 tip untuk anak tak boleh berenggang – Sesuai untuk first time mother!
Apa itu high need baby? Bayi dalam kategori ini selalunya akan menangis lebih kerap daripada biasa. Malah, ibu juga mungkin mendapati anak tak boleh berenggang langsung!
Mari ikuti perkongsian tip menguruskan anak clingy daripada dua ibu muda ini; Puan Nur Arina dengan bayinya, Hawa Jasmin dan Puan Najihah dengan bayinya, Seif. Kedua-dua wanita ini merupakan first time mother dengan bayi comel yang sangat clingy!
1. Anak tak boleh berenggang? Belajar cara pujuk anak!
Bagi Arina, sebagai ibu kepada ‘high need baby’, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah belajar cara terbaik untuk pujuk anak. Cuba perhatikan apa yang anak suka dan cuba lakukannya supaya anak lebih tenang dan relaks.
“Ibu perlu tahu cara untuk pujuk anak. Kadang-kadang, untuk meredakan tangisan, saya akan dukung dan pujuk Hawa supaya dia berhenti menangis. Saya juga akan bawa Hawa berjalan-jalan di sekeliling rumah. Selalunya cara ini berkesan.”
Najihah pula tidak menafikan anak tak boleh berenggang merupakan satu cabaran yang besar untuknya yang juga seorang wanita bekerjaya.
“Kadang-kadang, saya terlalu sibuk menguruskan Seif. Tambah pula dengan bebanan kerja, terasa semuanya terlalu banyak untuk ditanggung seorang diri. Jadi, saya dan suami banyak bekerjasama dalam membesarkan anak.”
“Kami akan cuba bangun seawal mungkin untuk siapkan semua kelengkapan Seif sebelum pergi kerja. Masa Seif tidur sahajalah peluang untuk kami berenggang sebentar. Nanti bila Seif bangun, dia akan menangis tengok ibunya tiada di sisi.”
2. Jangan rasa bersalah ketika manjakan anak
Menurut Najihah lagi, jangan sesekali rasa bersalah jika anda perlu manjakan anak. Kalau anak suka didukung, dukung sahajalah asal anak berhenti menangis.
“Memang letih, tapi pada waktu ini, anak inginkan perhatian daripada ibu bapa. Nanti, apabila mereka lebih berusia, barulah ibu boleh ajar anak supaya mereka lebih faham. Kunci utamanya adalah sabar.”
“Anak hanya mahukan perhatian. Selepas sepanjang hari bersama pengasuh, sudah tentulah anak ingin bermanja bersama ibu dan ayah.”
“Selain itu, saya juga sering cari aktiviti untuk alihkan perhatian Seif lebih-lebih lagi ketika saya perlu tinggalkan dia bersendirian buat seketika. Contohnya, saya akan tinggalkan mainan kegemaran anak atau scarf saya supaya Seif lebih tenang.”
3. Jangan malu untuk minta pertolongan orang lain
Bagi Arina pula, cabarannya dalam menjaga bayi clingy ini mungkin lebih besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, keluarganya banyak membantu.
“Jangan malu untuk minta pertolongan ibu bapa. Dengan kehadiran orang yang lebih tua dan berpengalaman, saya banyak belajar cara untuk handle anak yang clingy. Malah, ibu saya juga kadang-kadang akan tolong jagakan ketika saya penat dan mula burn-out.”
4. Suami juga mainkan peranan penting
Tidak dinafikan, dalam mengatasi masalah anak tak boleh berenggang, suami memainkan peranan yang sangat penting.
Arina dan Najihah kedua-duanya bersetuju dan mengakui suami bukan sahaja merupakan tulang belakang keluarga, insan yang bergelar ayah ini juga adalah penyokong nombor 1 ibu.
Menurut Najihah, suaminya, Fathi, sangat memahami. Malah, suami jugalah yang akan memandikan bayi, menyuapkan makanan dan juga menidurkan Seif jika Najihah rasa penat.
“Selalunya, kami berdua akan bergilir-gilir dalam menjaga anak. Disebabkan anak tak boleh berenggang dengan parents, suami akan selalu bagi me time kepada saya supaya saya boleh menghilangkan stres dan melepaskan penat.”
Berbeza pula bagi Arina yang sedang berjauhan dengan suaminya, Hakim. Hujung minggu, suami Arina akan balik dan mula menjalankan semua tanggungjawabnya.
“Bila suami balik pada hujung minggu, dia akan buat semua benda – dari makan pakai anak ke kerja rumah – pendek kata semuanya suami akan uruskan. Saya cuma perlu jaga dan mandikan anak sahaja.”
Arina juga bersyukur suaminya tidak kekok membantu hal-hal keluarga. Secara tidak langsung, perhatian yang diberikan suami memudahkan mereka untuk menjaga Hawa walaupun mereka sedang ber’PJJ’.
5. Jangan risau, semuanya akan berakhir!
Mungkin ramai ahli keluarga yang terdekat akan berikan nasihat yang sama. Bagi Najihah dan Arina, kenyataan di atas ada betulnya!
“Selepas habis pantang, nampak Hawa lebih tenang dan tak menangis sekerap dulu lagi. Perangai merapnya (clingy) juga dah berkurang!”
“Jadi untuk ibu bapa di luar sana, sabar dan layankan sahaja dulu kerenah anak tak boleh berenggang. Ini merupakan masa terbaik untuk ibu luangkan masa bersama bayi tersayang. Nanti bila dah besar, rindu pula!” Ujar Arina lagi mengakhiri temu bu
Kredit: Hello Doktor
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerap Guna Perkataan “Jangan” Ketika Marah Akan Menyebabkan Anak Mula Tak Kisah!
Kanak-kanak sangat mudah mengikut atau meniru perlakuan ibu bapa mereka baik dari segi perlakuan mahupun percakapan. Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada perlakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah. Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan sebaiknya.
Dalam percakapan misalnya, kanak-kanak kecil sangat mudah terpengaruh dengan ibu bapa atau orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh, mereka suka mengajuk perkataan yang diujarkan kepada mereka. Ini kerana mereka masih dalam tempoh belajar untuk bertutur dan meniru merupakan praktis yang terbaik untuk mereka. Proses ini penting bagi melahirkan minat seseorang kanak-kanak itu terhadap bahasa yang membolehkan mereka untuk membaca dan menulis kelak.
Adakah penggunaan kata ‘jangan’ memberi kesan kepada anak?
Perkataan yang diujarkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak dari segi mental. Ibu bapa seharusnya menggunakan perkataan yang tepat ketika mendidik anak-anak. Ketika sedang marah, kawal perasaan anda dan cuba gunakan perkataan yang paling tepat agar tidak menyinggung sekaligus merencatkan perkembangan mental anak anda.
Adakah perkataan ‘jangan’ merupakan perkataan yang tepat untuk melarang anak anda melakukan sesuatu? Kajian mengatakan bahawa penggunaan kata ‘jangan’ dengan kerap akan menyebabkan anak anda tidak mudah terpengaruh atau terbiasa yang akan menyebabkan anak anda tidak lagi percaya mahupun menurut larangan anda.
Sebaiknya, perkataan ‘jangan’ ini seharusnya digunakan ketika waktu kecemasan sahaja. Contohnya ketika anak anda bermain dengan peralatan bahaya seperti pisau atau gunting, maka penggunaan kata ‘jangan’ ini diharuskan.
Perkataan alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan kata ‘jangan’
Selain perkataan ‘jangan’, terdapat beberapa perkataan ataupun cara untuk melarang, mencegah atau menghindar anak anda daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Ibu bapa boleh cuba menggunakan cara berikut dalam situasi yang tepat.
Jika anda ingin melarang anak anda daripada makan sesuatu yang tidak sihat seperti coklat atau aiskrim, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Ibu tahu kamu suka coklat, tetapi makan dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan’
- ‘Ibu akan belikan aiskrim kegemaran kamu pada esok hari’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain dengan makanan mereka, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Makanan itu untuk makan, bukan untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda yang salah cara bermain permainannya, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Permainan itu bukan untuk digigit, biar ibu tunjukkan cara untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada memukul orang lain atau menjerit ketika sedang marah, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Gunakan mulut, bukan tangan kamu’
- ‘Ibu tidak faham apa kamu cakap jika kamu menjerit, guna nada yang sesuai’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain sesuatu yang anda tidak gemar, anda boleh menggunakan cara ini:
- ‘Berikan ibu telefon itu, ibu ganti dengan lego’
- ‘Anak patung yang cantik ini akan jadi milik kamu jika kamu berikan ibu krayon itu’
Terdapat juga beberapa perkataan yang pendek namun memberikan maksud yang sama seperti jangan namun lebih berkesan, contohnya perkataan ‘tidak’, ‘sudah’ atau berhenti’. Kita juga boleh menggunakan kata yang memberi maksud fizikal sesuatu barangan yang hendak didekati oleh anak-anak seperti ‘panas’ untuk seterika serta ‘bahaya’ untuk dapur gas.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urus 3 Anak Selang Setahun, Kerja Rumah Semua Beres. Rahsianya Mak Bangun ‘Super’ Awal
Menguruskan anak kecil sendirian dengan urusan rumah agak mencabar. Apatah lagi jika anak adalah kembar dan bayi bawah setahun setahun.
Diana Nasir, kakak kepada pelakon Anzalna Nasri berkongsi tentang tips yang digunakan menguruskan anak-anak dan kehidupan seharian. Tanpa pembantu rumah pun tidak menimbulkan masalah asalkan tahu mainkan peranan dan trik uruskan anak. bangun awal dan latih anak awal menolong salah satunya.
Ibu kepada 3 anak comel ini mendedahkan apa yang yang dilakukan setiap hari agar semuanya beres. Walau pun tanpa pembantu atau maid, Diana boleh menguruskan si kembar Anggun Darleesa, Anggun Darleena yang lahir pada 7 Januari 2017 dan Anggun Darniella, dilahirkan pada 10 November 2018 dengan baik.
[Artikel berkaitan: Jangan Stres Tengok Bentuk Badan Dah Lain Lepas Bersalin. Diana Nasir Kongsi Tip, Bagilah Dulu Masa]
I get asked a lot on “how do l manage 3 kids under 3?”, “ do l have a maid / helper?” and “ who does all the house chores?”.. Well, the answer to these questions are – ? Me, Myself and I! 24/7! No maid no problemo.. How do l do it???
#1. KURANGKAN MASA DENGAN TELEFON
Less time on the phone! This is like the most important thing!
#2: BANGUN SUPER AWAL
Be an early bird! I wake up super early so l can get all the house cleaning done, washing, bath & etc before the girls wake up. Sementara waiting for the girls bangkit, l dapat rest sekejap.
#3. KENA ADA RUTIN
Routine – Have routines for your day and the kids and you will be able to manage better!
#4. LATIH ANAK MENOLONG
Train yo ur kids to help around! Walaupon Darleesa and Darleena baru 2 years+ they help me so much around the house.. They clean up their own mess, help me carry barang and so on. They gotta start young right!
#5. SEDIAKAN SNEK KEGEMARAN
Prepare your kids fav munchy! So bile anak2 throw tantrum keluarkan ‘senjata’ makanan! It helps! LOL!
#6. DAPATKAN BANTUAN SUAMI
If you’re having a bad day, ITS OK! cepat2 pray agar husband finish work early! If tak berkesan juga, CALL HUSBAND SURUH BALIK NOW, like right NOW! ?
Lower your expectations mommas! Everything doesn’t need to be perfect! You are allowed to have a messy house, messy hair and messy kids! Just enjoy and cherish your time with them. I believe that if a momma is at peace the kids are usually too.
#proudtohandlethemallbymyself walaupun kdg nk menangis rasa. Hehe
View this post on InstagramA post shared by Lady D (@diananasir86) on
Ramai juga ibu-ibu setuju dengan perkongsian Diana ini. Tidak perlu menjadi sempurna sepanjang masa tetapi lakukan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
No maid no problem…
“As real as it gets?? no maid is not a problem at all. Help ourselves before we seek out help.” @kochikthecat
Memang jadi singa sometimes
“Kita sama sis Dee ? sep sikit ?? i have 3 kids and i handle everything. I pun fully housewife. No maid. Eventhough my oldest son 4y but tiga2 boboysss. Phew ? it’s not easy ok nak handle boboys ni. Memang umi jadi singa sometimes ? ? #proudtohandlethemallbymyself walaupun kdg nk menangis rasa. Hehe.” @narifahlee
Hebatnya
“Sy baru anak sorang, rumah kecik pun dah stress x leh handle. Hebat nya akak. ❤️❤️.” @atikahkesyorge
Sumber: diananasir86
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI