Anak-Anak Walaupun Lahir Dari Satu Rahim Yang Sama, Mesti Berbeza. Jangan Bandingkan!

Share

Anak-anak kita tidak semuanya sama. Sekali pun mereka semua daripada 1 ibu dan 1 bapa yang sama. Orang kata produk 1 kilang yang sama.

Mereka ini akan berbeza pada kepandaian dan kepantasan mengaplikasi ilmu yang mereka belajar. Akan ada cepat belajar dan faham begitu juga akan ada yang sebaliknya.

Bila kita kenal pasti perbezaan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu buat.

1. Bagi perhatian yang sewajarnya. Maksudnya anak yang kita nampak lemah, bantu lebih masa pada mereka. Terutama hal pelajaran nanti.

2. Kita sebagai ibu bapa kena jadi orang pertama yang meletakkan keyakinan kepada anak-anak. Kesannya nanti anak-anak akan ada keyakinan diri yang tinggi. Ini penting untuk mereka ketika mereka belajar.

3. Perkara paling penting yang kita kena elakkan adalah bercakap dengan mereka perbezaan itu dalam bentuk merendahkan antara mereka. Contohnya;

“Kakak pandai je nak kemas baju sendiri lepas balik sekolah daripada darjah 1. Adik ni dah darjah 3 pun tak pandai lagi.”

Agak-agak boleh bayang tak apa perasaan adik yang dibezakan dengan kakak dia sendiri? Dan ayat itu keluar daripada mulut mak ayah dia. Pedih woih. Dia akan simpan sampai besar kakak lebih bagus di mata mak ayah dia. Bahaya.

4. Ingat juga, kita dengan adik beradik kita pun lain. Tak semua sama ye dak. Setiap kita ada sikap kita sendiri. Begitulah anak-anak kita.

Kawan-kawan, walaupun semua anak-anak kita lahir daripada rahim yang sama. Tetaplah mereka itu unik. Setiap seorang Tuhan anugerahkan dengan sifat dan watak yang berbeza.
Kitalah yang bertanggungjawab menjadikan mereka seorang hamba yang menjadi khalifah suatu hari nanti.

Kredit: Firdaus Mokhtar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy