Apakah cara terbaik untuk atasi anak suka bergaduh atau meleraikan pertengkaran antara mereka supaya semua berpuas hati terhadap penyelesaian yang ibu bapa lakukan?
Suka bergaduh ini, simptom. Puncanya (‘root cause’) pelbagai. Pada umumnya sebab anak-anak tidak tahu cara menyelesaikan konflik sesama sendiri secara lebih efektif. Mungkin juga ada perasaan iri, jika ada persepsi bahawa ibu bapa lebih menyayangi anak yang lain.
Cara menanganinya bergantung pada situasi dan peringkat usia anak anda. Anak masih kecil biasanya bergaduh sebab masing-masing merasa dirinya tidak diberi cukup perhatian.
IKLAN
Luangkan waktu dan aktiviti ‘1-on-1’ untuk setiap anak. Aktiviti ‘1-on-1’ bermakna, aktiviti yang hanya melibatkan ibubapa dengan seseorang anak tertentu sahaja pada suatu waktu tertentu, tanpa disertai anak-anak lain. Contoh aktiviti ‘1-on-1’: membeli-belah bersama, membaca buku kegemaran anak, atau apa sahaja hobi sihat yang diminati oleh anak tersebut.
Strategi ‘1-on-1’ ini juga sesuai digunapakai untuk anak remaja yang kerap berkelahi. Cuba renungi cara anda melayani setiap anak. Mungkinkah ada komen atau perbuatan yang boleh menimbulkan emosi sedemikian?
IKLAN
Atau mungkin seseorang anak itu, kerana dia rajin, sering dibebankan dengan tugasan, yang sepatutnya dipikul sama rata oleh anak-anak lain.
IKLAN
Jika ini benar, wujudkan suasana yang lebih adil. Beri mereka tugasan berbeza secara bergilir-gilir. Latih anak supaya lebih bertanggungjawab, persediaan sebagai pemimpin!
“Mummy janji kalau abang dengar cakap, nanti mummy beli aiskrim”. Pernah tak anda dalam situasi ini apabila berjanji dengan anak.
Janji adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua orang. Kita tidak boleh cakap janji sahaja sedangkan tak menunaikannya. Begitu juga dalam keadaan di mana kita berjanji dengan anak, mereka juga akan ingat dan pasti menuntut janji tersebut. Selagi tidak dapat, selagi itulah mereka akan tanya berulang kali.
Dalam skop janji ini, kita tidak boleh ambil mudah kerana ia akan terkena pada diri sendiri apabila anak mula tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh ibu bapanya. Adakah kita mahu keadaan ini berlaku?
Janji yang tidak ditepati akan mengelirukan anak-anak dan membentuk karakter anak itu apabila mereka meningkat dewasa nanti. Tak mustahil anak juga tidak akan menepati janji kerana menganggap janji itu hanya sekadar keluar dari mulut sahaja.
Janji Hadiah/Ganjaran
Apabila berjanji nak bagi hadiah pada anak, ibu bapa perlu ambil serius mengenai perkara ini. Contohnya, “kalau kakak dapat markah yang baik dalam peperiksaan nanti ayah beri set pensel warna yang besar.”
Sebagai ibu bapa kita jangan berjanji kosong pada anak. Kita kena tahu janji yang dibuat dengan anak biarlah ikut kemampuan diri. Perlu pegang pada janji kerana anak-anak dah tetapkan dalam fikiran mereka mengenai apa yang diperkatakan.
Elakkan berjanji bagai bulan dan bintang sedangkan keadaan ini akan memakan diri kita sebagai ibu bapa. Anak tak akan mengerti kewangan kita. Jadi untuk mengelakkan masalah lain berlaku ada eloknya berjanji perkara yang boleh ditunaikan.
Janji Hukuman
Janji hukuman antara yang sering diperkatakan oleh ibu bapa setiap kali anak melakukan perkara yang salah. Contohnya “ kalau tak kemas mainan, nanti ayah rotan..” “Jangan bising, nanti ibu letak dalam bilik gelap”..
Sebenarnya cara kita cakap sebegini adalah janji kita pada anak kalau mereka masih lakukan juga perkara sama. Tidak bermaksud untuk menggalakkan anak menerima hukuman tetapi ia adalah untuk mengajar.
Jika ibu bapa rasa tidak sampai hati untuk buat seperti apa yang dikatakan, usah berjanji sedemikian. Kalau tak anak akan jadi besar kepala dan tak hirau dah. Mereka rasa ibu ayah tak kan buat pun. Cuma cakap je lebih. Ini antara mesej yang ada dalam fikiran mereka.
Kesimpulannya, jika kedua-dua janji ini tidak ditepati, anak akan mula ada perasaan tidak percaya pada kedua ibu bapanya dan ini sesuatu yang mungkin akan jadi lebih serius jika tidak diberi perhatian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu. Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila-bila dan tak akan mengulanginya lagi.
Namun sebagai ibu bapa adakah anda terfikir tindakan itu menyebabkan anak akan hilang keyakinan dalam diri mereka? Ingat ya walaupun anak kecil dan tak mampu buat apa-apa mereka sebenarnya ada sikap malu.
Kalau diikutkan biasalah anak-anak kecil ni akan berlari ke hulur hilir, tapi ada cara menasihatinya supaya anak faham apa yang boleh dan tak boleh. Berikut perkongsian dari Certified Parental Coach, Zaid Mohamad apa yang sepatutnya ibu bapa buat tanpa memalukan anak dikhalayak ramai.
Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah “taman permainan” yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih “excited” tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah).
Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia! Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka – elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.
Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah….ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Ada ibu bertanya macam mana nak elak rasa nak marah ketika ajar anak? Sebagai ibu yang ajar anak di rumah kita hanyalah manusia biasa. Tak terlepas daripada beremosi. Acapkali datang perasaan marah, kecewa dan sedih bila anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.
Sedikit tipajar anak di rumah, yang mungkin boleh membantu :
RENDAHKAN JANGKAAN (lower expection)
Anak kita masih kecil, perlukan bimbingan kita. Apa yang kita jangkakan daripada anak yang masih berusia 6 tahun? Ajar hari ni, esok dah pandai?
Jadi, bila rasa nak marah, saya akan didik hati berkata sebegini.
INGAT SEMULA TUJUAN ASAL
Kita ajar anak bukan untuk kepuasan sendiri, untuk anak pandai mengaji, membaca pada usia awal, apakah sebenarnya matlamat kita?
Anak adalah amanah Allah. Kita akan ditanya tentang amanah ini.
Set pada diri bahawa tugas kita cumalah menyampaikan, iaitu mengajar anak kita. Hasilnya bergantung kepada Allah, samada Dia nak beri atau tidak.
Fokus pada usaha, bukan pada hasil
PILIH WAKTU YANG SESUAI
Kadangkala mungkin kita atau anak sedang penat, lapar atau mengantuk. Jadi mengajar anak pada waktu tersebut kurang berkesan.
Pilih waktu di mana kita tidak tergesa-gesa dengan masa anak kita sedang cergas seperti selepas mereka makan, mandi atau bangun tidur.
Jika emosi kita atau anak dalam keadaan tidak bersedia, seeloknya kita tangguhkan ke waktu lain untuk menjamin kualiti.
BUAT JADUAL
Jadikan tugas mengajar anak antara agenda dalam jadual harian kita. Lebih baik juga sekiranya kita tampal jadual tersebut untuk kita lebih bersedia untuk mengajar anak.
Seeloknya buat perancangan aktiviti pembelajaran anak. Gunakan planner-planner yang ada dipasaran untuk memudahkan merancang.
KONSEP BERMAIN
Mengajar anak membaca atau mengaji bukan bermaksud tunjuk buku sepanjang tempoh tersebut. Kita tarik minat anak dengan aktiviti bermain. Konsep bermain ni sangat penting.
Sebagai contoh, kita boleh main uli-uli playdough untuk kenalkan anak dengan huruf, atau kita main treasure hunt, minta anak cari di mana huruf-huruf bersembunyi!
MASA YANG SINGKAT
Daya fokus anak sememangnya tidak lama. Tidak perlu masa yang lama untuk ajar anak, cukup 10minit satu sesi, dan tambahkan kekerapan 2 ke 3 kali sehari.
Jadi, jangan kita jangkakan anak akan duduk diam selama setengah jam untuk sesi belajar!
Sebagai rujukan, ini tempoh masa daya fokus anak mengikut umur.
BERHENTI SEBELUM ANAK JEMU
Ini sangat penting, berhenti mengajar anak sebelum mereka jemu, atau lebih bagus ketika mereka sedang seronok belajar. Mengapa? Supaya anak seronok untuk sesi belajar seterusnya.
GALAKAN DAN PUJIAN
Sentiasa puji anak atas usaha kecil mereka, walaupun sekadar membaca satu ayat. Sebagai galakan, kita boleh tampal stiker kecil di mana tempat mereka berhenti membaca pada sesi tersebut.
Kadangkala, saya beri juga mereka permainan atau buku kesukaan jika anak dapat habiskan bacaan.
BERDOA
Untuk mengharapakan kekuatan kita sendiri, nescaya tidaklah ke mana. Jadi, saat kita rasa hendak marah, cubalah istighfar dan banyakkan berdoa supaya Allah mudahkan perjalanan kita mengajar anak.
Semoga tip ini bermanfaat untuk ibu-ibu macam saya.