Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?
Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.
Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Ads
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Anak anda mula menyedari betapa luas dan misterinya laut dan kolam yang dipenuhi dengan air
Mereka mula berasakan bahawa air adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya
Mereka mengalami rasa takut tetapi tidak tahu cara untuk merasionalisasikan ketakutan itu atau meletakkannya dalam 1 perspektif
Si manja tidak mengetahui bahawa walaupun air kelihatan menakutkan tetapi hakikatnya tidak perlu wujud rasa takut kepadanya
mengatasi ketakutan
Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Ads
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Ads
Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
“MasyaAllah” itulah kata-kata spontan apabila melihat kecomelan anak sulung Uyaina Arshad iaitu Raja Urhan bin Raja Syahiran selepas hari ke-49 kelahiranya.
Uyaina yang juga pengacara dan juga pelakon akhrinya berkongsi wajah cahaya matanya itu menerusi perkongsian di laman Instagram.
Memilih pakaian Melayu tradisional sebagai busanan pilihan mereka sekeluarga yang berwarna hitam keemasan, Raja Syahiran turut mengenakan tanjak sebagai aksesori melengkapkan lagi pakaian tradisional. Tanjak bewarna keemasan turut dipakaikan kepada bayi mereka untuk sesi bergambar keluarga.
“Akhirnya sempurna.. Raja Urhan bin Raja Syahiran.. Our first born. Our pride.”
Uyaina turut menitipkan doa buat cahaya mata sulungnya itu agar sentiasa dalam lindungan-Nya.
“May you be clothed with His blessings, always, dear son..”
“Mama Baba love you so much!”
Rata-rata warga maya teruja melihat kecomelan bayi sulung Uyaina dan Raja Syahiran.
“Cuti sekolah dah start, manalah nak bawak budak-budak ni bang!” si suami pun buntu nak bawa anak-anak kemana dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak berapa baik. Tak bawa berjalan kesian pula tengok anak-anak. Sebelum rasa bersalah pada diri sendiri, baca dulu perkongsian ini. Nak bahagia tak perlu berhabis ribuan ringgit, yang penting creative.
Bila bercakap tentang cuti sekolah, Ibu cenderung untuk berkongsi bagaimana untuk menggunakan cuti sekolah ini bagi menguatkan ikatan kasih-sayang dengan anak-anak.
Bagi yang telah merancang cuti dan mempunyai peruntukan untuk bercuti di tempat percutian, Ibu rasa that is taken care of. Bermakna sudah tiada isu disitu.
So, fokus Ibu adalah mengenai bagi yang tidak sempat merancang atau kekurangan wang untuk bercuti di luar.
Ingatlah, mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak-anak TIDAK memerlukan wang. Tidak perlu untuk beri mereka untuk bercuti hebat bagai. Yang penting adalah aktiviti bersama yang menyeronokkan dan memandaikan anak-anak kita.
Kita boleh camping dalam rumah, cat rumah bersama, buat kuih dan beri anak-anak yatim atau sesiapa yang memerlukan, buatlah aktiviti yang akan menjadi ingatan mesra di minda anak-anak kita.
Ibu pernah juga kongsikan berkenaan topik ini dan ajak follower Ibu di facebook kongsikan pengalaman mereka. Woww..Ibu juga rasa teruja dengar aktiviti mereka.
Di sini Ibu kongsikan antara apa aktiviti mereka:
1. Solat jemaah sekeluarga 2. Tadarus dengan anak-anak 3. Tasmik 1 jam seorang dengan anak-anak yang sedang hafiz/zah 4. Riadah sekeluarga lepas subuh 5. Masak bersama anak-anak 6. Anak-anak ambil tugas masing-masing untuk cuci rumah bersama 7. Baca novel & tukar-tukar2 novel dengan anak-anak 8. Bawa bercuti ke kebun nenek 9. Bercucuk tanam dan menyiram pokok. 10. Memasak bersama 11.Riadah petang di padang permainan seperti bermain badminton, basketball atau kasut roda. 12. Makan tengahari menggunakan dulang sekeluarga. 13. Memancing bersama 14. Beri haiwan ternakan makan sama ada di kampung / belaan sendiri. 15. Ajak anak buat kuih dan jualkan. Beri sedikit upah atas usahanya.
Begitulah tadi antara perkongsian follower Ibu. Pada Ibu, semua idea itu menarik.
Memanglah kita mahu mengembirakan anak-anak kita, tetapi kita tidak wajib dan semestinya membawa mereka bercuti hebat hingga perlu berhabis duit tambah lagi berhutang. Apa yang anak-anak mahukan ialah perhatian dan masa yang sangat memorably happy dengan ibu bapa dan keluarga mereka. So, just be creative 😊
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menginjak ke usia 47 tahun, dengan kehadiran dua puteri berusia 17 dan 14 tahun, Amy Mastura ibarat seperti anak dara dan langsung tak dimamah usia.
Bertubuh kecil molek, perwatakan yang sentiasa ceria tidak sedikit pun menunjukkan yang dia bakal mencecah usia 50 tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Amy Mastura yang berkongsikan rahsia awet muda itu berkata, tidak terbawa-bawa dengan masalah selain sentiasa ceria antara faktor utamanya.
“Jika hati kita sentiasa tenang tanpa dibelenggu bebanan faktor persekitaran, selain penjagaan kesihatan dalaman ia mampu menyerlahkan aura positif.
“Saya tiada sebarang rahsia penjagaan kulit mahu pun kecantikan. Rutin harian saya adalah sama seperti wanita lain. Cuma, saya tidak terlalu taksub dengan segala macam produk… Cukuplah dengan yang asas.
“Mungkin saya jenis orang yang sentiasa melihat sesuatu dari sudut positif. Bohong jika tiada masalah, tetapi kita sendiri perlu bijak mengawal dan mengatasinya.
“Sebagai wanita, isteri dan ibu, saya cuba menyeimbangkan segala-galanya sebaik mungkin. Paling penting, ceriakan diri dan kehidupan supaya kekal awet muda,” katanya.
Menerusi perkahwinan dengan Alvin Tham Suffian pada 2000, rumah tangga mereka diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 17, dan Adalia, 14.
Kongsi penyanyi yang turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara itu lagi, tiada apa yang diidamkan olehnya pada usia menghampiri angka 50, tiga tahun lagi, selain kesejahteraan keluarga.
Pernah menikmati zaman gemilang sebaik saja menjuarai program Asia Bagus 1993, sama ada di arena nyanyian mahu pun lakonan, semua itu dianggapnya sebagai rezeki hasil kecintaan terhadap seni.
Sebelum ini, Amy dikenali dengan lagu seperti Jawapan Kasih, Meniti Hari, Kasih, Diam Diam Rindu, Sha Na Na, Lagu Happy, Suria Khatulistiwa, Nada Rindu dan banyak lagi.
Sumber: Berita Harian & ig Amy Mastura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!