Anak-anak kecil memang mudah merajuk, kadang kala penat mama nak pujuk. Ada ketika ‘mood’ anak-anak asyik tak kena je satu hari. Daripada kita asyik marah-marah anak apa kata kita doakan anak supaya hatinya tenang dan terang menerima nasihat kita.
Seperti perkongsian ibu ini, pada awalnya anak kedua dia suka mengamuk tak tentu pasal. Setelah mendapat nasihat daripada orang tua, dia tambah amalan doa Nabi Daud setiap hari untuk anak-anak tersayang.
Posting ni BUKAN NAK BANDING
Tapi bila jadi ibu ni, kita nampak setiap anak berbeza. Nur dari anak-anak lahir, masa menyusu, masa sebelum tidurkan memang Nur baca Al Fatihah, 3 Qul, Al Qadr, Al Inshirah, Doa Penerang Hati Anak Soleh, Surah Toha 1-5 & zikir Ya Latif.
Ads
Oh, baca juga masa basuh beras.
Ads
Tapi siapa yang dok nampak posting Nur di sini, Haasya ni lain sangat kan? Merajuk sehari tu tak terkira.. Memang betul, anak no 2 ni sensitif. Asyik nak dibelai dimanja, nak kena lemah lembut gemalai. Tapi kalau sehari asyikkkkkk saja nak moody tiba-tiba, sikit-sikit bad mood, sikit-sikit tarik muka.. Kadang geram jugak .
Baru ni cakap dengan mak, mak kata, cuba hang baca Do’a Nabi Daud lembut besi tu pula..
Ads
Terus malam tu Nur buat, esok tu memang Haasya tak merajuk.. Terkejut ! Video call bagitahu mak.. Ni dah masuk beberapa malam Nur buat.. Alhamdullilah nampak perubahan Haasya, nak merajuk pun sikit-sikit ja.. Tak lebih-lebih tarik muka masam dia tu..
Alhamdullilah semua ni Allah punya rahmat. 🤲🏻
Jadi sekarang senarai rutin do’a dah bertambah..😅 Malam-malam depa kalut pilih tangan Nur yang mana satu nak letak di dada depa masing-masing.
Perasan tak, mata pisau blender bila lama digunakan lama-lama akan cepat tumpul. Kadang kisar bawang pun tak hancur dan masih ada ketulan bawang. Kadang terpaksa kisar dalam tempoh yang lama baru boleh hancur sepenuhnya.
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh digunakan dan salah satunya menggunakan cara ini. Hanya guna bahan di dapur saja boleh selesai masalah mata pisau blender tumpul.
Kalau dah lama kisar tapi bawang tak juga hancur malah ada yang berketul walau sudah ditambah air maknanya mata pisau pengisar sudah tak lagi tajam. Blender atau mesin pengisar bila dah lama digunakan mata pisaunya mungkin akan jadi tumpul.
Selain daripada guna garam kasar rupanya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat. Jangan terus fikir untuk ganti pengisar baru sebab ada saja cara untuk tajamkan kembali mata pisau yang sudah tumpul ini.
Guna garam kasar
Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
Cara ni paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender.
Ketul ais
Hancvrkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.
Beras
Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata p1sau pengisar. Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
Hirisan buah potong lagi tambah sedap bila digabungkan bersama serbuk asam boi yang manis-manis masam. Namun mencari serbuk ini yang sedap diakui agak sukar.
Apa kata kali ini kita buat sendiri sahaja serbuk asam boi ini mengikut selera kita. Hanya gunakan tiga bahan saja. Mudah!
Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu ke mangga ke uiii sedapnya.
Kalau beli pun dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang. Jimat pon jimat
Bahan-bahan: Asam boi Gula pasir Plum powder
1. Asingkan biji dari asam boi.
2. Blend halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.
3. Blend gula + plum powder. Blend halus juga.
4. Satukan dengan asam boi yang dah di blend tadi. Gaul sebati. Saya masukkan dalam satu bekas pastu goncang-goncangkan dia. Siap!
Ramai mengenali Nabil Ahmad sebagai pelawak dan penghibur. Lasak bersahaja dan orangnya ceria. Tak pernahlah lihat Nabil bermasam muka di mana-mana. Mendekati personaliti ini, Pa&Ma sempat bertanyakan tentang perwatakannya dengan anak-anak. Isterinya, Zira Ayub memberitahu yang artis ini sangat tegas dalam mendidik anak-anak tetapi dia juga akan memanjakan mereka.
Bercerita soal perwatakan Nabil di rumah, Zira memberitahu dia seorang suami dan ayah yang tegas. Dia akan memberitahu apa yang boleh dan tidak kepada anak-anak. Dalam ketegasannya itu, dia sangat memanjakan kesemua anak mereka. “Dia tegas, tetapi manja sangat dengan anak-anak. Budak berdua ni pun (merujuk kepada Mikayla dan Medyna), kalau ada ayahnya bukan main behave,” terang Zira.
Tambah Zira, Mika dan Babyna sangat rapat dengan ayah mereka. “Macam yang kita tahu, anak perempuan rapat dengan ayah. Mereka pun macam tu, rapat dengan Nabil,” tambah Zira. Nabil pula memberitahu, anak-anak mungkin rapat dengannya kerana jarang dapat berjumpa. “Mereka selalu dengan Zira, sebab tu bila saya ada mereka jadi rapat dengan saya. Saya rasa, masih ada perangai-perangai mereka yang saya tak tahu,” beritahu selebriti pelawak terkenal ini lagi.
Soal menguruskan anak-anak pula, Nabil serahkan kepada Zira. “Saya percayakan dia untuk menguruskan anak-anak. Memang dia yang selalu dengan mereka. Tapi saya akan beritahu cara bagaimana yang saya mahukan. Dia akan gabungkan kedua-dua cara kami, mengikut kesesuaian ketika dia uruskan tiga orang anak kami ni,” kata Nabil.
Nabil Masih Sama
Bertanyakan tentang perangai Nabil sebelum dan selepas bergelar ayah, Zira memberitahu yang dia masih sama. Tiada yang berubah. Masih lelaki penyayang dan mengambil berat seperti dahulu. “Cuma kalau ada beza tu, dulu dia sayangkan saya. Sekarang ni lebihkan pada anak-anak. Kasih sayang dia dah terbahagi antara saya dan anak-anak. Dia ayah yang bertanggung jawab, itu dah cukup untuk buat saya bersyukur,” kata Zira.
Berkongsi momen Zira disahkan hamil anak pertama mereka, Nabil memberitahu yang dia menangis ketika mengetahuinya. Tidak mahu jatuh ego, dia menangis ketika mandi di bawah shower. “Kami menunggu enam bulan juga sebelum Zira hamil. Waktu tu pula, kawan-kawan ramai yang bertanya. Saya dan Zira cuba pelbagai cara untuk hamil. Akhirnya yang berkesan bila saya amalkan susu kambing dan kurma. Sebulan selepas itu, terus ‘sangkut’,” cerita Nabil.
Hari Minggu Baru Boleh Makan Manis
Ketika ditanyakan tentang soal pemakanan anak-anaknya, Zira memberitahu dia memasak untuk mereka. Mereka jarang makan di luar kerana Nabil suka masakan rumah. Oleh itu, Zira akan sediakan makanan untuk suami dan anak-anaknya. “Kalau masak sendiri, lebih sihat dan jimat. Kita boleh kawal gula dan garam dalam masakan. Selain tu, kita yakin apa yang kita masukkan ke dalam masakan,” cerita Zira.
Katanya lagi, sebelum ini mereka benarkan anak-anak untuk makan apa saja. Tetapi selepas Mika didapati mempunyai ekzema yang agak teruk, dia dan Nabil mula mengawal pemakanan anak-anak. Nabil pula memberitahu, biasanya dia dan isteri akan membenarkan anak-anak untuk makan gula-gula, coklat dan aiskrim pada hari minggu sahaja.
Memandangkan Nabil dibesarkan dengan makanan yang mudah seperti nasi, telur dan kicap, jadi anak-anak mereka juga dididik makan begitu. Tidak mahu anak terlalu dimewahkan supaya mereka tidak terlalu memilih untuk makan. Ditanyakan apa makanan yang paling anak-anak mereka suka, Zira memberitahu kedua-duanya suka makan spageti carbonara.
Perwatakan Anak-Anak
Mika seorang yang sangat berdikari dan dalam masa yang sama cukup manja dan peramah. Tambah Zira pula, Mika sangat suka menari dan menyanyi. Mungkin mewarisi darah seni yang mengalir dalam tubuhnya. Biarpun Mika anak yang sangat manja dan masih kecil namun dia menunjukkan sikap penyayang pada adik-adiknya.
Ketika ditanyakan tentang siapa yang mengikut perwatakan Nabil, pasangan ini hanya ketawa. “Dah nampak sangat dah, memang Mika yang mengikut ayahnya. Dia banyak bercakap dan buat lawak seperti ayahnya. “Dia pun selalu cakap, I want to be like daddy,” kata Zira. “Dahlah muka dia pun macam saya, kalau saya rambut panjang, macam tulah rupa saya,” tambah Nabil pula.
Babyna pula pemalu bila berhadapan dengan orang tak dikenali tetapi bila di rumah, dialah anak paling manja. “Babyna banyak bermain dan suka berinteraksi dengan kita. Paling kuat bergaya dan manja. Dah ada adik pun kita masih panggil Babyna. Dia tak banyak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, tapi kalau dengan keluarga dia sebenarnya ceria. Walaupun ada masanya dia bergaduh dengan kakaknya, tapi dia sayang Mika. Biasalah adik-beradik,” cerita Zira lagi.
Biarpun masih kecil, Mishall boleh dilihat sebagai seorang bayi yang ceria dan tidak banyak ragam. Sepanjang sesi fotografi dibuat, dia mudah tersenyum dan akan ketawa jika diagah. “Kalau dengan Zira dan Mika, lagi kuat dia ketawa. Anak kami yang ketiga ni mudah terhibur dan dia juga mudah dijaga. Jarang meragam kecuali kalau lapar atau mengantuk saja,” kata Nabil.
Jangan lupa saksikan rancangan terbaharu yang dibawakan oleh Pa&Ma – Kecoh Kecah Nabil & Clan bermula pada 9 Oktober 2019 untuk episod 1 dengan tajuk Reaksi Alahan Anak. Rancangan ini akan ditayangkan setiap Rabu pada jam 9.00 malam di Astro Prima dan Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.