“Anak Asyik Merajuk, Mengamuk Amalkan Doa Ini” Ibu Ini Kongsi Amalan Doa Untuk Lembutkan Hati Anak

Share

Anak-anak kecil memang mudah merajuk, kadang kala penat mama nak pujuk. Ada ketika ‘mood’ anak-anak asyik tak kena je satu hari. Daripada kita asyik marah-marah anak apa kata kita doakan anak supaya hatinya tenang dan terang menerima nasihat kita.

Seperti perkongsian ibu ini, pada awalnya anak kedua dia suka mengamuk tak tentu pasal. Setelah mendapat nasihat daripada orang tua, dia tambah amalan doa Nabi Daud setiap hari untuk anak-anak tersayang.

Posting ni BUKAN NAK BANDING

Tapi bila jadi ibu ni, kita nampak setiap anak berbeza. Nur dari anak-anak lahir, masa menyusu, masa sebelum tidurkan memang Nur baca Al Fatihah, 3 Qul, Al Qadr, Al Inshirah, Doa Penerang Hati Anak Soleh, Surah Toha 1-5 & zikir Ya Latif.

Oh, baca juga masa basuh beras.

Tapi siapa yang dok nampak posting Nur di sini, Haasya ni lain sangat kan? Merajuk sehari tu tak terkira.. Memang betul, anak no 2 ni sensitif. Asyik nak dibelai dimanja, nak kena lemah lembut gemalai. Tapi kalau sehari asyikkkkkk saja nak moody tiba-tiba, sikit-sikit bad mood, sikit-sikit tarik muka.. Kadang geram jugak .

Baru ni cakap dengan mak, mak kata, cuba hang baca Do’a Nabi Daud lembut besi tu pula..

Terus malam tu Nur buat, esok tu memang Haasya tak merajuk.. Terkejut ! Video call bagitahu mak.. Ni dah masuk beberapa malam Nur buat.. Alhamdullilah nampak perubahan Haasya, nak merajuk pun sikit-sikit ja.. Tak lebih-lebih tarik muka masam dia tu..

Alhamdullilah semua ni Allah punya rahmat. 🤲🏻

Jadi sekarang senarai rutin do’a dah bertambah..😅
Malam-malam depa kalut pilih tangan Nur yang mana satu nak letak di dada depa masing-masing.

Kredit:Nur Zaind

Published by
NuFa