Bila anak asyik minta didukung sepanjang masa tentulah mama lansung tak boleh buat kerja. Bila letak terus merengek, bila didukung semula, kembali diam. Situasi begini mesti ramai mama mengalaminya.
Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak melekat/berdukung).
Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;
GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI
Bayi boleh, perlu dan suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.
RILEKS IBU!
Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.
Ads
KEKAL POSITIF
Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni,tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.
JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK
Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.
Ads
LAYAN
Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.
JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK
Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.
Ads
BERPISAH DENGAN YAKIN
Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.
USAH TERASA
Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.
LATIH CIPTA SUASANA SELESA
Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.
Lumrah ibu-ibu selalu melarang anak buat apa yang dirasakan boleh membahayakan si kecil. Tapi tanpa sedar larangan itu menyekat anak-anak untuk terus bereksplorasi, belajar sesuatu yang baru untuk kebaikan pembesaran mereka.
Perbuatan yang dihalang itu kadang kala menyebabkan si kecil tidak lagi berani mencuba sehingga meningkat usia. Cukuplah sesekali hanya dengan meletak peraturan dan pantau seadanya.
7 Perkara Yang Tak Sepatutnya Kita Larang Anak Buat
Saya faham kita semua sayang anak. Taknak anak cedera. Taknak anak menangis.
Tapi, kawallah ‘ketakutan’ kita. Jangan sampai kita halang keinginan anak untuk mencuba.
Jangan sampai kita menyekat keperluan mereka untuk meneroka. Jangan sampai mereka kurang kemahiran dan kecekapan badan sampai dewasa.
Adakalanya cukup untuk kita letak peraturan dan pantau seadanya.
Selebihnya, beri autoriti untuk mereka bina potensi dalam diri.
Di sini saya senaraikan 7 perkara yang kita selalu larang anak buat. Tapi, banyak kebaikannya yang anak dapat sekiranya kita beri mereka peluang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia anak-anak nak bermanja dengan ibu bapa sehingga umurnya 12 tahun. Lepas itu, mereka akan mula buat hal sendiri. Dalam tempoh ini, manfaatkan waktu bersama mereka dan layanlah selagi boleh.
Biarpun kita rasa rimas dan cakap dia mengada, mereka tetap datang dekat ibu bapa minta dipeluk, disayang tak kira masa. Ingat momen ini tak akan diulang semula ya! Lagi satu buat anak kita sentiasa nak dekat, disebabkan bonding kita dengannya.
Bagaimana nak tahu buktinya, berikut perkongsian dari Influencer Parenting, Mohd Fhais Salim.
Antara bukti bonding kita anak beranak kuat:
– Anak suka menempel dengan kita, tak kira masa tak kira tempat dia nak menempel je.
– Anak suka berkepit. Pantang nampak kita duduk atau baring sikit, mesti dia datang berkepit.
– Suka mengikut je bontot kita. Tak boleh nak bergerak sikit, nak mengikut je kerjanya.
– Bangun je tidur dia mesti cari kita dulu.
– Bila tak ada mesti dia duk sebut-sebut, “mana ayah?” “Mana ibu?”
– Pantang nampak muka kita mesti nak di ajak keluar atau ajak bermain.
– Mudah sentap. Bila bonding kuat hati jadi sensetif tak boleh tegur sikit sentap.
– Jumpa kawan-kawan tak ada cerita lain dah mesti cerita pasal kehebatan kita.
– Tidur nak berteman, tanpa kita dia tak nak tidur.
– Anak sangat suka dengar kita bercerita. Setiap hari datang bawa buku cerita suruh kita bacakan.
– Bersama kita anak jadi kuat melasak.
– Bila dengan orang lain dia kurang lasak pula. Tanda tak selesa dengan orang tu.
– Bukti paling besar ialah bila anak-anak boleh datang peluk & cium kita mengejut tanpa sebab.
Ada semua tanda ni, jangan rimas jangan cemas sebab anak sangat sayang & selesa dengan kita.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kita ni amanah Allah dan mereka juga ujian untuk ibu ayah. Elok yang kita tunjukkan eloklah peribadinya. Ibarat kata pepatah anak-anak kita ni ibarat kain putih yang bersih lagi suci. Baik buruk akhlak anak ni kita sebagai ibu bapa yang tentukan.
Dalam keadaan hari ini, didikan ibu bapa untuk anak sangat mencabar. Lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang yang banyak mempengaruhi sikap dan emosi anak. Pantang terleka sikit, pasti ada kesilapan yang tak dijangka.
Lagi satu penting untuk ibu bapa tahu, anak-anak kita ni belajar melalui setiap apa yang mereka lihat. Kadang kita tak perasan pun bila berdepan dengan anak tetapi ia berlaku tanpa disengajakan.
Ini 5 kesalahan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan selalu ibu bapa buat sehingga anak hilang hormat, hilang percaya dan makin menjauh daripada ibu bapa:
1. Memaki hamun anak ketika menegur kesalahan mereka.
2. Tidak menunaikan janji kepada anak-anak.
3. Memarahi atau mempersendakan pasangan di hadapan anak-anak.
4. Menakut-nakutkan anak-anak dengan benda tahyul.
5. Menghukum tanpa menyatakan sebab.
Mari kita sama-sama sedar dan beringat bila mendidik anak. Tujuan utama kita ialah untuk anak berakhlak mulia, menjaga maruah dan nama keluarga kita kan?
Banyakkan berdoa, berkomunikasi dengan pasangan dan anak-anak. Insya-Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...