Catriona Ross, ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, 9 tahun, Jammal Raess, 7 tahun dan Edruce Riyadh, 4 tahun ini. Aktres cantik kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross mengakui ketiga-tiga anak mempunyai karakter yang berbeza.
“Anak kedua saya Jammal Raess mengalami autisme. Dia ada karakternya tersendiri. Setiap ketiga-tiga mereka mempunyai karakter yang tersendiri. Siapa yang ke depan, siapa yang cepat mesra dengan orang.”
DIA TAK PERNAH PANDANG & FOKUS
Catriona yang mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 mendapat diagnosis Raess semasa berusia dua tahun. Tapi saya mula ‘suspek’ semasa dia berumur 1 tahun lebih lagi. Kerana setiap kali saya memanggilnya dia tidak pernah pandang dan fokus.
Artikel berkaitan: “Setiap Kiriman Tuhan Itu Berhikmah”- Setelah 4 tahun Anak Di Diagnos Autisme, Catriona Akui Jadi Lebih Penyabar & Menghargai
JUMPA 3 PAKAR UNTUK MENGESAHKAN KEADAAN RAESS
“Bila saya jerit, dia akan menoleh tapi dia tidak fokus kepada saya. Saya membuat temujanji dengan sebanyak 3 pakar untuk mengesahkan apa yang dialami Raess sebenarnya. Ketika bertemu pakar yang ketiga, dalam masa 5 minit sahaja diagnosis, pakar tersebut meminta saya duduk dan masa tu lah saya perlu menerima satu kenyataan. Raess disahkan Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD),” katanya sebak.
Catriona mengaku dia menangis di rumah. Pakar berkenaan telah berkongsi tip dan sebagai ibu yang mahukan terbaik untuk anak, Catriona mengikutinya. “Alhamdulillah tip yang diberikan amat membantu dan kini sudah banyak perubahan yang saya nampak pada Raess,” ujar Catriona kepada Pa&Ma.
Artikel berkaitan: “Keterbukaan Ubati Perit”. Catriona Tak Malu Ada Anak Autisme, Berkongsi Untuk Beri Inspirasi Kepada Ibubapa Lain
RAESS PERLUKAN PENDEKATAN BERBEZA
Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Catriona tahu perlu menggunakan pendekatan komunikasi yang berbeza.
Bagi anak yang lain, hanya perlu menggunakan perkataan yang biasa. Namun untuk Raess yang mengalami autisme, dia perlu mendapatkan perhatian Raess terlebih dahulu.
TIP KOMUNIKASI DENGAN ANAK AUTISME
Antara tip yang dikongsikan Catriona ialah;
• Memastikan Raess memandang wajahnya.
• Bercakap dengannya menggunakan ton suara. Untuk itu, Catriona melatih Raess memahami setiap ton suara yang dituturkannya.
• Perlu melihat tepat pada wajah anak.
• Menggunakan ekspresi wajah.
Kata Catriona, jika dia perlu marah sekali pun, dia tetap akan marah. Namun perasaan marah kepada Raess itu terkawal, tidak seperti kepada anak yang tipikal. Baginya, seorang anak seperti Raess sangat sensitif.
“MUMMY, ABANG SPECIAL KAN?”
Sebagai ibu yang mahu memberikan kasih sayang yang adil, Catriona selalu memberitahu kepada dua anak yang lain yang dia perlu memberikan perhatian lebih kepada Raess.
“Saya selalu menerangkan kepada Sephia dan Riyadh, oleh kerana mereka memiliki adik beradik yang istimewa, kita sebagai satu keluarga perlu terima dan menghargai. Sebagai contoh Riyadh, pada usia 4 tahun pun sudah faham.
“ Apabila dia melihat saya bercakap dengan abangnya, dia akan kata ‘abangnya special kan mummy?” kata Catriona sebak.
MEMILIKI ANAK AUTISME BUKAN KEKURANGAN
Sayang memang saya sayang, tapi kalau anak buat salah kita perlu tegur. Sebagai ibu kita perlu berani mengakui. Ia bukanlah kekurangan kita sebagai seorang ibu atau manusia apabila anak yang istimewa.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Catriona dna topik komunikasi terbaik dengan anak, cara menangani anak dan melembutkan hati, boleh ikuti tip yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Haji Fadzillah Kamsah yang akan muncul rancangan TV Pa&Ma pada 31 Ogos 2018, jam 11 pagi di Astro Prima & Astro Prima HD.