
Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan, tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling. Setiap anak ASD (Autism Spectrum Disorder) adalah unik, dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza.
Khairul Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Super Daddy, berkongsi tentang Autism berdasarkan pengalaman peribadinya. Ramai yang bertanya mengenai cabaran membesarkan anak ASD (Autism Spectrum Disorder), dan beliau berkongsi maklumat penting yang boleh membantu ibu bapa mengenali tanda-tanda awal serta memahami intervensi yang diperlukan.
Malam ni aku nak share sikit pasal Autism, sebab ramai pm tanya pengalaman aku.
Psikiatrist dan psikologist buat ujian Autism melalui penilaian CARS (Childhood Autism Rating Scale). Patient akan dinilai mengikut skala 1-4.
1 adalah nilai paling rendah iaitu untuk mild (high-functioning) dan 4 merupakan nilaian paling tinggi untuk tahap yang paling ‘severe’ (low-functioning).
Jadi, Autism ni dibahagikan kepada 3 lah senang cakap. Ringan (mild), sederhana (moderate) dan teruk (severe).
Jom kita belajar sikit.
A. Severe Autism (Low-Functioning)
Low functioning bermaksud pesakit berfungsi pada tahap paling rendah. Banyak perkara kita kena uruskan untuk dia. Depa ni biasanya dikategori sebagai Classis Autism, Childhood Disintegrative Disorder atau Rett’s Syndrome.
Kebanyakan depa ni kena dibantu seumur. Tak boleh berfungsi sendiri. Ciri-ciri kategori ini ialah :
B. Moderate Autism
Depa ni didiagnos sebagai Classic Autism, Childhood Disintegrative Disorder, Rett’s Syndrome atau juga PDD-NOS.
Yang moderate ni pula masih kena bantu, namun ada banyak benda depa boleh uruskan sendiri. Antara ciri-ciri depa ni ialah :
1. IQ Normal Atau Bawah Normal
Biasanya depa ni IQ 100 (normal) atau bawah dari tu. Sukar nak menguruskan diri sendiri.
2. Kesukaran Berkomunikasi
Depa ni juga ada masalah untuk berkomunikasi secara berkesan. Depa selalu cakap berulang-ulang atau bahasa ‘repetitive’. Depa lebih suka berkomunikasi dengan bahasa isyarat atau gunakan gajet.
3. Masalah Tingkah Laku
Antara yang jelas boleh kita nampak adalah depa suka berpusing (spinning), menggoyangkan badan kedepan dan belakang berterusan (rocking), mengibaskan tangan di muka atau depan mata (hand flapping) atau jalan berjengket.
Benda ni biasa depa akan buat bila sensori atau deria depa seperti pendengaran (bunyi bising), penglihatan (cahaya terang)terdedah secara berlebihan.
4. Masalah Sosial
Depa ni lone ranger. Suka bersendirian dan tidak pandai berinteraksi dengan pihak lain. Susah nak dapatkan attention dari depa ni walaupun depa sedar ada orang lain di sekeliling depa.
C. Mild Autism (High-Functioning)
Depa ni biasanya didiagnos sebagai Asperger’s Syndrome, Classic High-Functioning Autism, PDD-NOS. Depa ni nampak normal dan boleh hidup, bekerja dan ada tanggungjawab macam orang lain.
Haa, begitulah sedikit sebanyak.
Boleh berubah atau diubati ke?
Depa ni boleh berubah jika parents buat intervensi dari awal usia lagi. Jangan bertangguh-tangguh. Gali dan dapatkan ilmu serta nasihat dari pakar serta dariparents yang ada pengalaman membesarkan anak istimewa ini.
Biasanya hanya intervensi yang boleh mengubah atau membentuk depa ni. Antaranya adalah Terapi Pertuturan dan Terapi Cara Kerja, sangat-sangat membantu depa.
Autisme ni bukan jenis penyakit, ia adalah sindrom.
Takdak ubat yang makan dan dia jadi baik. Hanya INTERVENSI sahaja yang dapat bantu depa.
Anak sulung aku Khaleef ambil masa hampir 2 tahun untuk didiagnos sebagai ASD (Autism Spectrum Disorder). Beberapa pertemuan awal dengan psikiatrist, beliau off hand bagitau yang Khaleef ni Asperger.
Namun dia tak mahu buat keputusan official. Yelah nak diagnos anak orang lepas tu nak bagi status OKU kan, mestilah dia nak buat keputusan yang tepat.
Kebetulan waktu tu Khaleef tengah sedih sebab mak dia meninggal, so mungkin impak emosi dan depression yang buat dia jadi macam tu. Namun selepas 2 tahun berulang alik buat terapi barulah doktor nampak sendiri ciri-ciri autustik dia tu.
So, teruslah doktor diagnose dia dengan ASD. Sekarang ni depa dah tak guna terma Asperger tu katanya. Semua yang autism dikategorikan sebagai ASD atau Autism Spectrum Disorder
So, korang kalau ada anak yang ada ciri-ciri yang korang rasa pelik maka jangan bertangguh. Dapatkan nasihat pakar agar dapat didiagnos segea dan buat intervensi, demi masa depan anak-anak.
Banyak test online untuk saring Autism ni. Boleh jer google dan buat. Kalau result kata positif maka bawalah jumpa pakar yer.
Semoga bermanfaat.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy.
NOTA: Jika ada pakar yang membaca dan jika ada kesalahan dalam maklumat yang saya sampaikan, mohon tegur saya. Terima kasih.
Sumber: Khairul Abdullah