Pemakanan yang sihat penting bagi kanak-kanak untuk tumbesaran, kesihatan (berat, keyakinan diri) selain bekalkan tenaga terutama belajar serta bermain. Oleh itu, penting untuk ibu bapa pastikan asas pengambilan makanan perlu ada kepelbagaian vitamin dan serat, jangan makan benda yang sama je.
Sebagai persediaan untuk ibu bapa yang mempunyai anak bakal masuk tadika dan sekolah rendah, mesti tahu aspek pemakanan dan trik untuk ambil hati anak-anak sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan.
Menerusi perkongsian Pakar Perunding Pediatrik, Dr Tengku Putri Zainab, dalam E Workshop Pa&Ma, A To Z Urus Anak Ke Sekolah, beliau menjelaskan, anak yang seronok ke sekolah mestilah dipersiapkan mental dan fizikal dengan baik sejak dari awal.
Perkara paling penting dititikberatkan bermula pemakanan dan barulah persediaan emosi.
Antara sumber makanan yang bagus untuk anak ialah:
Ikan berminyak seperti ikan sardin, salmon, tuna, sebab ada lemak yang baik untuk fungsi otak lebih tajam dan daya ingatan baik.
Telur – sumber protein untuk perkembangan dan fungsi otak
Daging tanpa lemak – zat besi bantu bawa oksigen dalam darah, penting untuk kongnisi dan tumpuan.
Kekacang – sumber protein, omega 3 fatty acid, zink. Elok perkembangan otak, kognitif
Buah-buahan – vitamin C menyokong fungsi otak
Bijirin – boleh buat anak kenyang lama dan bertenaga sebab serat yang tinggi – vitamin E, B dan zink
Makanan yang perlu dielakkan:
Ads
Makanan atau minuman yang gula tinggi, makanan diproses seperti nuget, burger, sosej, makanan berperisa
Jika anak-anak suka makan makanan dalam kategori ini secara tak langsung akan menjejaskan daya ingatan dan kurang fokus.
Oleh itu, Dr Putri Zainab nasihatkan ibu bapa, mesti cakna dan jangan buat sambil lewa dalam hal ini. Jika anak dibiasakan dengan hidangan sihat, semangatnya nak ke sekolah pun lagi berkobar-kobar.
PERSEDIAAN SEBELUM HANTAR ANAK KE SEKOLAH
1) Biasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibubapa (Desensitisation)
2) Beri penerangan dari awal (bercerita dan berbual)-mengurangkan ‘Anticipation Anxiety’
3) Lakukan ‘role play’: apa perlu kata, mana perlu pergi, apa perlu buat
4) Aturkan ‘body clock’ dari awal. Rutin tidur dan bangun awal
TRIK UNTUK TARIK ANAK KE SEKOLAH
Ads
– Beli barang sekolah bersama (sense of ownership)
– Ajar anak mencari kawan, bina link, main bersama
– Orientasi sekolah
ANAK MERAGAM TIDAK MAHU KE SEKOLAH
1) Bercerita-kenal pasti punca
2) Bina rutin pulang dari sekolah: ambil tepat pada waktu, raikan hari mereka
3) Sediakan rutin harian yang konsisten
4) Puji dan beri reward yang sesuai
Ads
SEPARATION ANXIETY
– Enggan ke sekolah dalam tempoh yang panjang
– Memberi alasan sakit yang tidak spesifik (sakit kepala, tapi sihat di hujung minggu)
– Enggan ditinggalkan berseorangan
– Tidak mahu bergaul bersama keluarga/rakan-rakan
– Gangguan tidur
– Nampak cemas, mudah takut, terkejut
Ikuti perkongsian lanjut Dr Tengku Putri Zainab dalam video di bawah ini. Selain Dr Tengku Putri Zainab, dua panel lagi iaitu, Konsultan Perkembangan Kanak-Kanak dan Terapis Cara Kerja, Puan Nurul Sheriena serta selebriti, Yana Samsudin turut berkongsi ilmu buat ibu bapa.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermain tak sampai 5 minit, suka menjerit, mudah marah? Jika anak ada tanda ini cepat bertindak dan ibu bapa jangan biarkan jika rasa ada sesuatu yang tak kena.
Ada anak yang diam, kreatif bahkan yang paling biasa sekali anak yang terlalu aktif. Kanak-kanak yang aktif biasanya mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi sehingga mereka cenderung tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
Rasa ingin tahu yang tinggi merupakan tanda bahawa anak bijak dan kreatif. Namun, bila terlalu aktif boleh jadi anak termasuk dalam golongan hiperaktif. Dengan sikapnya yang terlalu aktif atau berlari ke sana ke mari membuat ibu bapa tidak mampu mengawalnya. Berikut antara tanda-tanda anak yang tergolong hiperaktif:
1.Tidak fokus
Anak hiperaktif cenderung tidak boleh bertahan lama dengan apa yang dilakukannya. Misalnya, bila dia sedang main bola dan ada rakannya yang membawa layang-layang, maka ia akan beralih untuk ikut bermain layang-layang. Anak hiperaktif tidak boleh bertahan lebih dari 5 minit. Kanak-kanak ini juga suka berteriak dan bercakap sesuka hati. Juga mempunyai sikap yang tidak mudah difahami.
2.Sifat menentang
Anak hiperaktif lebih sukar dinasihati daripada anak non-hiperaktif. Bila mereka sedang asyik bermain naik turun tangga apabila dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti itu mereka akan mudah hendak marah malah akan tetap meneruskan aktiviti itu tanpa menghiraukan orang sekelilingnya.
3.Suka merosakkan barang
Anak hiperaktif harus dijauhkan dari tempat yang banyak benda-benda berharga atau barang yang mudah pecah dan sebagainya. Sikap yang suka mencampak dan merosakkan barang ini patut dikawal oleh ibu bapa.
4.Tiada istilah penat
Walaupun setiap hari asyik bermain seperti berlari, melompat, atau memanjat namun tiada istilah penat. Kanak-kanak yang mempunyai ciri hiperaktif akan sentiasa bertenaga walaupun seharian bermain.
5.Tanpa tujuan jelas
Umumnya kanak-kanak yang aktif membuka buku untuk dibaca, namun pada anak hiperaktif membuka buku dijadikan aktiviti untuk mengoyak kertas, melipat-lipat tanpa membacanya.
6.Tidak mempunyai sifat sabar dan bertolak-ansur
Anak hiperaktif biasanya tidak sabar menunggu giliran bermain. Akibatnya, mereka memilih untuk berebut mainan yang sedang dipegang rakannya. Selain itu, mereka juga suka memukul, mencubit, atau menolak tanpa sebab.
Sekiranya ibu bapa melihat anak-anak mempunyai ciri-ciri ini, boleh terus membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak untuk menjalani sesi terapi.
Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi perhatian untuk mengawal sikap anak dan jangan membiarkan tanpa sebarang pengawasan. Anak-anak yang sentiasa diberi perhatian, tingkah lakunya akan terkawal walaupun bukan secara keseluruhannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor Selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Ace yang berusia 3 tahun 4 bulan dan disahkan menghidap ‘Mild Autism’.
Menurutnya, dia akur apabila guru di sekolah baru Ace meminta untuk Dr.Say memohon kad OKU buat anak sulungnya itu kerana menurut pendapat guru tersebut, banyak kelebihan dan kemudahan yang Ace bakal dapati daripada kad tersebut.
Dr. Say meluahkan rasa bagi pihak anaknya dan mengundang sebak ramai pengikut di Instagram.
Rata-rata berpendapat pilihan sekolah yang kedua adalah tepat dan sesuai untuk Ace. Ada juga yang berpendapat Ace mungkin lebih gembira jika ditempatkan di sekolah baru.
Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain.
GENIUS STATE
Pernahkah anda di dalam situasi ini?
Terlampau asyik…geram betul hati anda!
Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.
Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang ‘asyik’ atau ‘kusyuk’ atau nama saintifiknya ‘ Genius State’. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. Jadi, kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lagi kusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu mengasyikkan.
Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah sekarang. Kerana semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.
So, bila dipanggil dia tidak datang, pergi tengok apa yang sedang dia buat. Buat sama dengan dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yang anda nak dia buat dan ajak lakukan dengan cara bermain.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.