Anak Bakal Bersekolah, Tak Mahu Meragam, Dr Kongsi Caranya. Ibu Ayah Tak Stres!

Share

Pemakanan yang sihat penting bagi kanak-kanak untuk tumbesaran, kesihatan (berat, keyakinan diri) selain bekalkan tenaga terutama belajar serta bermain. Oleh itu, penting untuk ibu bapa pastikan asas pengambilan makanan perlu ada kepelbagaian vitamin dan serat, jangan makan benda yang sama je.

Sebagai persediaan untuk ibu bapa yang mempunyai anak bakal masuk tadika dan sekolah rendah, mesti tahu aspek pemakanan dan trik untuk ambil hati anak-anak sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan.

Menerusi perkongsian Pakar Perunding Pediatrik, Dr Tengku Putri Zainab, dalam E Workshop Pa&Ma, A To Z Urus Anak Ke Sekolah, beliau menjelaskan, anak yang seronok ke sekolah mestilah dipersiapkan mental dan fizikal dengan baik sejak dari awal.

Perkara paling penting dititikberatkan bermula pemakanan dan barulah persediaan emosi.

Antara sumber makanan yang bagus untuk anak ialah:

Ikan berminyak seperti ikan sardin, salmon, tuna, sebab ada lemak yang baik untuk fungsi otak lebih tajam dan daya ingatan baik.

Telur – sumber protein untuk perkembangan dan fungsi otak

Daging tanpa lemak – zat besi bantu bawa oksigen dalam darah, penting untuk kongnisi dan tumpuan.

Kekacang – sumber protein, omega 3 fatty acid, zink. Elok perkembangan otak, kognitif

Buah-buahan – vitamin C menyokong fungsi otak

Bijirin – boleh buat anak kenyang lama dan bertenaga sebab serat yang tinggi – vitamin E, B dan zink

Makanan yang perlu dielakkan:

Makanan atau minuman yang gula tinggi, makanan diproses seperti nuget, burger, sosej, makanan berperisa

Jika anak-anak suka makan makanan dalam kategori ini secara tak langsung akan menjejaskan daya ingatan dan kurang fokus.

Oleh itu, Dr Putri Zainab nasihatkan ibu bapa, mesti cakna dan jangan buat sambil lewa dalam hal ini. Jika anak dibiasakan dengan hidangan sihat, semangatnya nak ke sekolah pun lagi berkobar-kobar.

PERSEDIAAN SEBELUM HANTAR ANAK KE SEKOLAH

1) Biasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibubapa (Desensitisation)

2) Beri penerangan dari awal (bercerita dan berbual)-mengurangkan ‘Anticipation Anxiety’

3) Lakukan ‘role play’: apa perlu kata, mana perlu pergi, apa perlu buat

4) Aturkan ‘body clock’ dari awal. Rutin tidur dan bangun awal

TRIK UNTUK TARIK ANAK KE SEKOLAH

– Beli barang sekolah bersama (sense of ownership)

– Gunakan ‘Count-Down Calender’ : persediaan minda

– Ajar anak mencari kawan, bina link, main bersama

– Orientasi sekolah

ANAK MERAGAM TIDAK MAHU KE SEKOLAH

1) Bercerita-kenal pasti punca

2) Bina rutin pulang dari sekolah: ambil tepat pada waktu, raikan hari mereka

3) Sediakan rutin harian yang konsisten

4) Puji dan beri reward yang sesuai

SEPARATION ANXIETY

– Enggan ke sekolah dalam tempoh yang panjang

– Memberi alasan sakit yang tidak spesifik (sakit kepala, tapi sihat di hujung minggu)

– Enggan ditinggalkan berseorangan

– Tidak mahu bergaul bersama keluarga/rakan-rakan

– Gangguan tidur

– Nampak cemas, mudah takut, terkejut

Ikuti perkongsian lanjut Dr Tengku Putri Zainab dalam video di bawah ini. Selain Dr Tengku Putri Zainab, dua panel lagi iaitu, Konsultan Perkembangan Kanak-Kanak dan Terapis Cara Kerja, Puan Nurul Sheriena serta selebriti, Yana Samsudin turut berkongsi ilmu buat ibu bapa.

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy