Setiap tahun, kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak antara usia empat hingga enam tahun akan mula sibuk membuat pilihan tadika terbaik untuk anak masing-masing. Pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran, yuran bulanan, silibus pembelajaran, jarak dari rumah selain faktor sampingan lain sebelum buat keputusan.

Bukan itu sahaja, rata-rata ibu bapa turut menyimpan hasrat apabila anak tamat belajar di tadika, sudah boleh menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di samping mempunyai skil bersosial yang baik.

Berikut antara tip dan panduan untuk memudahkan ibu bapa dalam membuat keputusan. Ini penting untuk memastikan anak rasa seronok belajar dan dapat mengembangkan kemahiran yang ada sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.

Anak Bakal Masuk Tadika? Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan TerbaikTadika yang mempunyai rekod kejayaan yang hebat

Sekarang dah banyak tadika yang hebat-hebat. Namun sebelum itu, pilihlah tadika yang mempunyai rekod kejayaan. Mama papa boleh bertanya atau buat tinjauan di tadika tersebut. Biasanya akan ada hari terbuka untuk ibu bapa mengetahui aktiviti dan kejayaan sesebuah tadika.

Selain itu, hampir semua tadika dah ada laman sesawang. Jadi secara tak langsung memudahkan ibu bapa mencari maklumat lengkap.

Anak Bakal Masuk Tadika? Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan TerbaikSilibus pembelajaran diiktiraf dan terbaik!

Ads

Ibu bapa juga boleh semak dengan pengusaha tadika. Selalunya apabila kita menyatakan hasrat untuk hantar anak ke sesebuah tadika, pihak tadika akan beri maklumat lengkap mengenai silibus pembelajaran.

Dalam hal ini, ibu bapa juga boleh bandingkan dengan silibus tadika lain. Kita boleh nampak kelebihan sesebuah tadika itu dengan membuat perbandingan.

Sejajar dengan itu, Al Kauthar Eduqids adalah salah satu tadika yang patut ada dalam senarai pilihan ibu bapa. Ini kerana sejak ditubuhkan pada September 2013, Al Kauthar Eduqids telah menawarkan program terbaik untuk anak-anak.

Anak Bakal Masuk Tadika? Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik Antara program yang ditawarkan adalah didikan pra sekolah bagi anak berumur 4 hingga 6 tahun dengan Pra Tahfiz (Penghafalan Quran), khidmat montessori, program kanak-kanak (berumur 1 hingga 3 tahun), playschool dan Islamic Advancement Programme (KAFA).
Al Kauthar Eduqids juga turut menawarkan program untuk anak-anak istimewa seperti autisme, lambat bercakap, minor sindrom down, GDD dan ADHD. Ini menjadikan Al Kauthar Eduqids sangat unik dan istimewa kerana tidak banyak tadika yang menawarkan program khas untuk anak berkeperluan khas seperti ini.

Tadika dekat dengan rumah/ dalam perjalanan ibu bapa ke tempat kerja

Ads

Mahu jimat kos pengangkutan, pilih tadika yang dekat dengan kediaman anda, atau yang mudah untuk anda hantar/ambil dari tadika. Kebanyakkan tadika sekarang berada dalam kawasan perumahan.

Menitikberatkan pendekatan Islamik

Sebagai ibu bapa yang beragama Islam, pastilah pendekatan Islamik menjadi keutamaan dalam membuat keputusan menghantar anak ke tadika. Bukan sekadar nak anak berjaya dalam akademik, tetapi juga cemerlang dari aspek sahsiah diri.

Sekurang-kurangnya anak dapat mempelajari asas al-Quran, bacaan doa dan bersolat sebagai persiapan sebelum usia 7 tahun.

Ads

Anak Bakal Masuk Tadika? Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan TerbaikGuru terlatih dan berpengalaman

Guru terlatih dan berpengalaman antara kriteria yang penting. Ini kerana setiap anak tahap pemahamannya berbeza. Bukan semua teknik mengajar itu sesuai dengan anak kita. Jadi, ibu bapa harus pastikan tadika yang dipilih itu dapat diterima oleh anak supaya mereka boleh belajar dalam suasana yang baik.

Jika teknik mengajar yang mesra kanak-kanak ditekankan, pastinya anak lebih cepat faham dan rasa gembira ke tadika setiap hari. Konsep ini juga turut ditekankan oleh pengurusan Al Kauthar Eduqids di setiap cawangannya.

Sehingga kini Al Kauthar Eduqids mempunyai 170 cawangan sekitar Lembah Klang & Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Johor, Terengganu, Sabah dan mensasarkan sekurang-kurangnya 200 cawangan dalam masa dua tahun.

Anak Bakal Masuk Tadika? Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan TerbaikAl Kauthar Eduqids juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma.

Untuk mendapat maklumat lanjut, boleh layari laman web:www.alkauthareduqids.edu.my; facebook: AlKautharEduqids dan instagram: alkauthareduqids_hq

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI