Anak bapak, ini tanda-tanda anak yang kuat ‘bonding’ dengan bapanya.Istilah’anak bapak’ ialah anak yang rapat dengan bapanya merujuk kepada hubungan yang rapat dan penuh kasih sayang antara anak dan bapanya. Hubungan ini sering dicirikan oleh komunikasi yang baik, saling mempercayai, dan menyokong antara satu sama lain dalam pelbagai aspek kehidupan.
Kanak-kanak yang rapat dengan bapa mereka biasanya berasa selesa berkongsi perasaan dan pengalaman, dan mendapatkan nasihat atau sokongan daripada bapa mereka. Hubungan seperti ini boleh memberi impak positif yang ketara kepada perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak.
Artikel lain: Anak Bapak Jangan Sedih Kalau Anak Pilih Bapanya, Tanda Dia Berasa Selamat!
Apakah tanda-tanda seseorang itu kuat ‘bonding’ dengan ayahnya? Berikut perkongsian Mohd Fhais Salim
Tanda-tanda anak yang kuat bonding dengan ayahnya:
1. Tak boleh lihat muka ayahnya mesti nak diajaknya bermain. Habis badan ayah di henyak-henyak.
2. Bangun tidur saja cari ayah. Padahal ibu tidur di sebelah, tetap celik mata cari ayah dulu.
3. Ayah tak boleh hilang sekejap, mesti dia mencari. “Ayah pergi mana?”
4. Pantang nampak ayah duduk bersahaja tak buat apa, pasti datang melompat. Ketika itu lah dia nak duduk atas pangku.
5. Bila ayah tak ada, dari energetik boleh jadi lemah tak bermaya. Nak main pun tak ada motivasi tanpa ayahnya.
6. Selalu bertanya keberadaan ayahnya. Kalau ayah keluar kerja, balik lambat sikit anak mesti perasan. Walaupun tak pandai tengok jam lagi.
7. Paling ingat kata-kata ayah padanya. Setiap pesanan ayah di ambil serius. Ini tak boleh buat, ayah tak bagi. Ini salah, ayah sudah pesan.
8. Bila bersama-sama kawan, tak ada benda lain mesti bercerita tentang hebatnya ayah dia.
9. Mengada-ngada bila ayahnya ada. Macam-macam kepandaian nak ditunjuknya. Sikit-sikit panggil ayah tengok ni.
10. Paling mudah terasa hati. Bila ayah termarah atau terjerit. Dia boleh jadi kecewa yang amat amat sangat.
Bila hati dah terlalu sayang, sedikit kasar pun boleh buat hati dia terluka amat dalam. Itulah anak bapak…
Sumber: Mohd Fhais Salim (Certified Parenting Coach & Penulis)
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my