“Sayang, jom ibu dukung” ujar Lia kepada anaknya Zara. “Tak nak, Zara nak ayah yang dukung!”, jawab si anak. Aduh, sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu. Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah.
Fahami situasi
Mesti terkedu dan kecewa jika berdepan dengan situasi di atas, bukan? Keadaan itu merujuk kepada istilah child prefers one parent atau playing favourite di dalam konsep keibubapaan. Di mana anak lebih memilih untuk bersama dan rapat dengan salah seorang, sama ada ibu atau ayah sahaja.
“Anak tak suka aku ke?”, mesti akan timbul persoalan sebegini apabila di-reject oleh anak. Walau bagaimanapun, ibu atau ayah yang mengalami situasi ini, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang berlaku. Ketahuilah ia adalah satu perkara normal yang berlaku kepada ibu bapa lain di luar sana.
Playing favourite
Apabila berlaku playing favourite, ia sebenarnya adalah satu petanda sihat dan positif terhadap perkembangan emosi dan kognitif si manja anda. Ini bermakna dia sedang meneroka kebebasan dalam perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang diingininya. Menguasai kemahiran ini bererti anak anda akan dapat membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Di samping itu, jika permata hati anda lebih memilih si ayah (atau ibu) berbanding anda, ini bermakna dia berasa selamat dengan anda dan yakin bahawa walaupun dia meluangkan masa lebih banyak bersama ayahnya (atau ibu), anda akan tetap menyayangi dan sentiasa ada buat dirinya.
Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila si manja menyedari bahawa mereka akan mendapat lebih perhatian jika bersama salah seorang ibu atau ayah dalam satu-satu masa. Ini logik, bukan? Rasa sebagai individu dewasa pun, sudah tentu kita mahukan perhatian apabila bersama seseorang.
Ads
Ubati hati ibu
Walau apa pun, sedikit sebanyak jika anda bukan favourite si manja, sudah tentu akan terasa juga. Ya lah, penat mengandung 9 bulan, si ayah juga yang dipilih, sedihnya hati ibu. Jadi berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda cuba. Moga-moga tidak wujud lagi istilah ‘pilih kasih’ pada si manja anda.
Bertenang
Perkara paling penting untuk mengubati hati ibu adalah untuk kekal bertenang dan jangan membiarkan situasi itu menjejaskan anda. Yes! Melakukan tidak semudah untuk melafazkannya. Tetapi anda harus sedar, bahawa ia adalah satu fasa yang bagus untuk perkembangan si manja. bersabar , okay?
Rutin baru
Cuba anda lihat rutin harian si manja. Biasanya situasi pilih kasih ini berlaku apabila si kecil lebih banyak menghabiskan masa dengan salah seorang ibu atau ayah. Jadi mungkin anda boleh cuba mengubah rutin harian. Jangan terlalu drastik, lakukan secara perlahan-lahan. Mungkin anda boleh mulakan rutin baru seperti menyediakan sarapan pagi di hujung minggu bersama.
Ads
Menyertai si anak
Menurut seorang profesor klinik psikiatri kanak-kanak dan kejururawatan di Yale Child Study Center and School of Medicine, di New Haven, Connecticut, Dr Kyle Pruett, “Ketika si comel bermain, cuba untuk meluangkan masa untuk melihat mereka bermain. Kemudian tanyakan sama ada anda boleh turut sama bermain.”
Peluang untuk anda menyertainya bermain akan ada jika anda duduk di lantai bersamanya dan mengikuti arahannya ketika bermain. Jadi mungkin anda boleh mencubanya.
Kerjasama
Ketika sedang melakukan tugasan rumah seperti menyapu sampah atau menyiram pokok, cuba untuk mengajak si kecil melakukan bersama anda.
Ads
Masa bersama
Wujudkan satu tempoh waktu secara berkala untuk melakukan satu aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. It does not need to be fancy. Sekadar meluangkan masa membaca buku cerita pun sudah mencukupi.
Terus menyayanginya
Jika masih tidak berjaya memenangi hati si manja, bersabarlah. Ia bukanlah kayu ukuran yang boleh menilai rasa sayangnya kepada anda. Keadaan ini biasanya hanyalah untuk sementara sahaja.
Walau apa pun, pastikan anda terus mengasihi dan menyayanginya. Hindari daripada melepaskan rasa tidak dihargai itu dengan memarahi si kecil, ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan mengalah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak suka makan telur rebus tapi jadi bosan setiap kali nak mengupasnya. Jadi lambat dan tak cantik berkilat. Rupanya ada teknik nak pastikan telur rebus cantik malah senang dikupas.
Tip dan petua perkongsian Mss Saheeda ini mama kena cuba. Memang senang dan cantik berkilat!
Sini meh saya ajar cara rebus telur supaya dia cantik berkilat & tak ajak bergaduh.
1. Rebus air dahulu sampai mendidih.
2. Letak sedikit garam & sesendok cuka makan.
Dah mendidih airnya, baru letakkan telur, perlahan-lahan. Kacau sedikit ya, supaya kuningnya terletak elok ditengah-tengah.
3. Kemudian tutup kan periuk dengan penutupnya, api tu kena perlahan ya. Jangan pasang besar sangat.
4. Tunggu 15 minit, baru matikan api.
5. Biar sekejap. Kemudian baru buangkan air yang panas tu. Lalukan dekat air yang sejuk ya.
Last sekali boleh la kupas, tak perlu letak minyak tau, pantang tu. Untuk elakkan kulit melekat.
Setiap kali masak menu berdaging, menunggu daging empuk mengambil masa yang agak lama. Ada yang gemar meletakkan sudu untuk mempercepatkan daging lembut malah ada juga yang menggunakan beberapa petua lain.
Petua yang satu ini, iaitu dengan meletakkan ketulan ais antara petua mudah yang perlu di cuba.
Jom tengok macam mana tip guna ketulan ais ini berjaya melembutkan daging. Ikuti perkongsian tip yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok @orangebearrara.
Daging cepat empuk gaiss.
Tak payah tunggu lama-lama dah lepas ni.
Tak perlu letak sudu, sebaliknya letakkan ketulan ais ketika merebus daging.
Kemudian masukkan pula sedikit air panas ke dalam air rebusan daging. Dan biarkan masak sampai empuk.
Senang!
Dan ini pula beberapa petua lain yang dikongsikan oleh wargamaya di ruangan komen.
“Petua saya turun temurun, ala-ala kmpung. Guna daun nangka kalau masak daging.. Insyallah..cpt lembut.”
“Kalau saya, slowkan api, biarkan daging masak dengan air dia sendiri.”
“Saya gune kurma cpt lembut.”
“Kalau mak aku masak daging, mase rebus tue letak ais, time masak dah senang. Tak yah nak letak ais..chef hotel kebanyakan buat mcm ni.”
“Letak soda bikabonat pun boleh.”
“Tak payah semua t, rendam ja dengan jus limau kasturi dalam 20 minit..inshaallah daging lembut.”
Anak-anak berebut mainan, bergaduh dan lepas tu berbaik semula antara situasi biasa. Ini yang dikatakan fasa anak nak membesar. Cuma ada ketikanya jika ibu atau ayah penat, anak-anak buat hal, mulalah perasaan marah itu semakin membara.
Disebabkan emosi ibu ayah tak dapat dikawal, anak-anak terkena tempiasnya. Selepas itu barulah kita tersedar kesilapan tersebut. Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abd Rahim, jika ibu bapa ada rasa nak marah cepat-cepat tarik nafas dan istighfar.
Anak-anak ustazah.. Jika ustazah marah.. Ustazah akan mulakan sebut “astagfirullahal azim” paling kuat..!
Ibu-ibu rasa panas tak bila marah anak-anak.. Hati makin panas. Anak pula bukan dengar kata. Bimbang lepas tu kita hukum fizikal anak. Ni yang selalu ibu bapa sedih.
Bila mulakan dengan ISTIGHFAR, terpelanting syaitan dulu! Antara hebatnya lafaz istighfar ini teknik ustazah marah anak-anak tanpa jerit atau pukul dan kita kurang stress
Astaghfirullahal Azim!!!!!
Suara ustazah kuat di sini dan berhenti sekejap biar anak-anak dengar-tanda ummi marah!
“Muhamad, mujahid, khawlah.. Main baik baik, jangan bergaduh anak anak..kalau bergaduh siapa yang menang? baru ustazah iringi dengan ayat perintah.
Biasanya.. Mereka terus diam dan jawab soalan ustazah tadi ” syaitan menang ummi ”
” nak syaitan menang ke tu.. Siapa yang rugi nanti tu ?” “syaitan bergelak ketawa tu suka kita bergaduh.. Nak dia menang ke anak anak?” ini antara ayat ustazah leraikan anak anak bila bergaduh
Anak-anak jawab “kita yang menang ummi”! Anak-anak jawab dan biasanya mereka akan sambung bermain semula dengan baik berkah dari kalimah “ISTIGFAR” yang kita amalkan
Amalan ISTIGHFAR dalam mendidik marah anak anak mendatangkan gerun “inzar” pada anak anak. Kesannya mereka cepat dengar kata dan suasana jadi tidak keruh dan berlarutan marah kita pada anak.
Berbeza bila ustazah marah anak.. Tak dimulai kalimah ISTIGHFAR.. Lambat ja mereka respon dan dengar. Keadaan akan jadi agak lama bebel anak anak. Nada marah kita juga berbeza.
Hati kita pun mudah panas..syaitan suka dan makin datangkan “panas” pada kita dan anak anak. Anak-anak pula tak dengar kata dan lambat serap nasihat kita. huh.. Disinilah ramai yang kalah!
Ibu-ibu boleh amalkan teknik ini ketika marah dan nasihat anak-anak. Amalkan dengan sabar.. Dan istiqamah. Baru akan beroleh hasilnya. Paling utama.. Ikhlaslah amalkannya bukan nak cuba-cuba. Bila kita ikhlas Allah pasti akan beri yang terbaik. Ingat kisah ustazah share PASAL IKHLAS DIDIK ANAK. Bukan CUBA CUBA. Ia bukan akhlak mulia.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...