Keibubapaan

Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus ‘Judge’, Beri Ruang Buat Silap & Belajar Jadi Lebih Baik!

Share

Anak kita bukan sempurna. Lagi-lagi kalau baru hendak belajar melakukan sesuatu. Sebagai mak ayah tak perlulah kita asyik mahukan kesempurnaan, ada sahaja yang tak kena dengan anak kita.

Menurut Penulis Keibubapaan, berilah anak kita ruang untuk berbuat silap jika melakukan beberapa perkara misalnya rutin harian di rumah dan sebagainya supaya anak ada peluang untuk belajar dan memperbaikinya.

Saya ke sinki nak basuh tangan. Saya jadi geram bila tengok di tepi sinki, ada sisa nasi yang berterabur.

“Haih tengok la si Ammar basuh pinggan. Bersepah!” Kata saya pada suami.

Suami saya balas, “Tak apa. Sekarang ni kita appreciate je usaha dia. Kita bina rutin je dulu. Bila dah jadi rutin, baru kita tegur mana yang tak perfect. Takut tegur awal-awal, dia jadi malas buat next time sebab rasa susah.”

Kata-kata suami saya tu buat saya terfikir. Betul juga, kadang-kadang kita ni terlalu cepat nak betulkan apa yang tak kena.

Sebenarnya, bila anak-anak cuba buat sesuatu, USAHA mereka tu yang paling penting.

Kalau kita tegur awal sangat, kita mungkin buat anak jadi kecewa dan tak cukup bagus. Anak akan fikir ‘Lebih baik tak payah buat’, sebab rasa macam tak cukup bagus. Lagi-lagi anak type rigid dan logik macam Ammar ni.

Sebagai mak ayah, kita kena belajar raikan ketidaksempurnaan. Anak-anak tengah belajar, dan mereka perlukan ruang untuk buat silap supaya mereka boleh belajar jadi lebih baik.

Macam Ammar, walaupun nasi bersepah, saya patut fokus pada usaha dia untuk tolong basuh pinggan.

Lama-kelamaan, bila dia dah biasa dan yakin, dia akan belajar cara yang betul untuk buat dengan lebih kemas. Kami pun boleh guide dia untuk buat dengan lebih baik.

Yang penting, kita kena sabar dan hargai usaha anak-anak. Biar mereka bina rutin dan rasa tanggungjawab dulu. Kesempurnaan tu akan datang kemudian.

Bila kita tunjukkan yang kita hargai usaha mereka, mereka akan lebih bersemangat untuk mencuba lagi dan belajar lebih banyak perkara baru.

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM