
Sejak bergelar ibu, Jihan Muse mengakui kehidupan berubah setelah dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Ungku Arsalan Haq sejak 4 bulan lalu.
Melalui perkongsian di Mstar dia menyatakan masih dalam proses memantapkan lagi ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu dalam apa perkara yang dilakukan.
“Sekarang ni fokus saya lebih kepada anak, apa-apa pun kena fikir dia dahulu. Mujurlah suami banyak membantu dan kami masih belajar apa yang terbaik.
“Kalau dulu, saya bekerja pagi sampai malam, sekarang pagi bekerja, malam masa untuk anak. Orang kata kena 50-50 la. Tak boleh nak fikir diri sendirilah.
“Semenjak jadi ibu ni, memang masa terasa sangat singkat setiap hari sampai nak berjalan pun tak larat,” katanya.
Walaupun Jihan macam tak serius, tapi bab penjagaan anak memang akan diutamakan kerana tanggungjawab sebagai ibu sangat besar. Jihan juga mahukan yang terbaik buat Ungku Arsalan agar membesar dengan penuh limpahan kasih sayang.
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
Sumber: Mstar & instagram Jihan Muse
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Tahu Beza Demam Biasa Atau Influenza, ‘Check’ Simptom Ini!

Sekarang ni memang musim anak-anak tak sihat. Mudah sangat terkena demam, selesema dan batuk. Manalah kita tak risau kan? Tempoh hari kes jangkitan HFMD meningkat diikuti dengan influenza. Ibu ayah mungkin keliru kerana simptom influenza dan selesema lebih kurang sama. Nak beri ubat atau tidak, risau sakit berlanjutan. Banyak yang difikirkan bila anak tak sihat.
Artikel Menarik: [Ciuman Untuk Isteri & Anak-Anak, ‘Tabung’ Pahala Buat Suami. Amalkan!]
Bila dibawa ke klinik, doktor beritahu tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia cuma demam selesema yang biasa. Mungkin ada yang masih ragu-ragu dan mahu pemeriksaan lanjut dibuat. Tambah pula dengan musim pelbagai penyakit sekarang ni, memang risau!
Menurut perkongsian di akaun Tiktok dodosentoso yang merupakan seorang Juru Makmal bertauliah, ada beberapa simptom yang boleh diperhatikan untuk membezakan jangkitan influenza atau demam selesema biasa.
Di dalam videonya itu, beliau menasihatkan untuk ibu ayah membawa anak yang tidak sihat untuk mendapatkan pemeriksaan dari doktor di klinik.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, jadi Yakin Diri & Berani!]
“Sebenarnya nombor satu, at least kalau kita tak ada knowledge pergilah jumpa dengan doktor yang berpengalaman. Berpuluh-puluh tahun tengok orang demam, in sha Allah dia boleh tahu ini demam virus biasa melalui simptom.”
Tambahnya lagi, tak semestinya akan buat swab test influenza. Kalau ada, lebih bagus tetapi mungkin sesetengah klinik sudah kehabisan stok atau tidak menyediakan servis tersebut. Melalui clinical judgement berdasarkan pengalaman doktor, mereka boleh tahu jenis demam yang anak hidapi.
Jom, tengok video ini;
Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]
Perbezaan Influenza & Selesema
Sekiranya anak mengalami influenza, suhu badan ketika demam adalah tinggi, sama seperti demam selesa biasa. Suhu badan boleh mencapai 38 darjah selsius. Namun begitu sekiranya influenza, anak mungkin akan mengalami kelesuan yang berlanjutan sehingga 2-3 minggu. Sakit sendi juga mungkin ke tahap sederhana atau teruk. Sekiranya demam selesema biasa, rasa letih sangat ringan dan batuk juga mungkin tiada.
Untuk influenza, tiada tanda selesema atau hidung sedikit berair tetapi mengalami batuk teruk. Penghidap influenza juga akan kerap bersin dan mengalami sakit tekak sederhana atau teruk. Berbeza dengan demam selesema biasa, hanya akan bersin sesekali dan mungkin tidak mengalami sakit tekak. Sekiranya anak mengalami influenza mereka mungkin akan mengalami sakit kepala yang sederhana atau teruk tetapi penghidap demam selesema hanya merasai sakit kepala yang ringan.
Di dalam videonya juga, beliau menyarankan ibu ayah untuk bawa anak-anak berjumpa doktor jika tidak sihat dan elakkan memberi ubat sedia ada di dalam peti sejuk kepada mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risiko Jangkitan Coronavirus Terhadap Kanak-kanak, Doktor Saran Amal Langkah Pencegahan Elak Dijangkiti

Isi Kandungan
TogglePenularan wabak Novel Coronavirus yang bermula dari sebuah daerah di Wuhan, China kini semakin merebak ke seluruh dunia. Sebanyak 6064 kes yang dikenalpasti seluruh dunia, dengan jumlah kematian sebanyak 132 di China sahaja, pada jam 3:51petang Jan 29, 2020. Dan setiap hari semakin banyak kes-kes melibatkan virus ini dicatatkan di seluruh China dan juga seluruh dunia.
Setakat ini jumlah akibat koronavirus telah melonjak kepada 8 orang di Malaysia. Tiada kes kematian buat setakat ini. Status terkini, pesakit telah dikuarantinkan dan maklumat lanjut boleh rujuk dari website MOH.
Status kes-kes untuk globally, boleh rujuk pada website ini :
https://infographics.channelnewsasia.com/wuhan/gmap.html
Menurut Dato’ Dr Chen Tse Peng, Nephrologists & amp; Physician, Gleneagles Penang Hospital, tahap kritikal di Malaysia masih boleh dikatakan pada first stage atau first wave. Ini kerana ia hanya berpunca dari pesakit yang mempunyai baru pulang dari Wuhan, China atau daerah yang berdekatan dengannya. Kini, paling baru kes sudah menjadi 8 orang. Kes terbaru di Langkawi. Jadi saranan Dr Chen juga supaya orang ramai tidak ke Langkwai buat masa sekarang.
Bagaimana koronavirus boleh menyebabkan kematian?
Kadar mortaliti adalah 15%. Wabak koronovirus boleh menyebabkan kematian melalui masalah Pneumonia atau dikenali sebagai Acute Respitory distress Syndrome (ARDS). Koronavirus ini menjadi lebih serius kerana jika seseorang pesakit itu mempunyai masalah atau komplikasi lain seperti masalah jantung, diabetes, atau sebagainya yang mendorong kearah lebih serius.
Silent Infection
We called it silent infection. Ya, ini kerana sesetangah kes, pesakit masalah coronavirus ini tidak menunjukkan sebarang simptom seperti demam biasa, demam selsema, tetapi sebenarnya virus itu sememangnya telah ada dalam dirinya – kerana sebab-sebab seperti kontak secara langsung, telah dijangkiti oleh keluarga atau rakan sekerja yang baru pulang dari Wuhan, China, mempunyai keluarga atau orang terdekat yang bekerja di hospital yang mengendalikan pesakit coronavirus atau telah dijangkiti melalui penyebaran udara. Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranyanya simptom-simptom yang berlarutan dalam lingkungan 14 hari.
Tindakan yang perlu dilakukan untuk mereka yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit yang positive koronavirus
jika terdapat simptom-simptom seperti yang disebutkan, Dr Chen menyeru untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dinyatakan dalam guideline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana individu yang disyaki dijangkiti akan di asingkan agar tidak mendekati orang lain kerana positif atau tidak, mereka perlu diasingkan sementara menunggu keputusan kesihatan mereka.
Langkah-langkah pencegahan yang wajar diamalkan:
Tindakan pencegahan awal adalah semestinya dengan pemakaian topeng muka. Mask 3layer (surgical face mask 3ply) Terutamanya bagi yang bekerja di hospital. Mereka adalah orang terdekat yang boleh dijangkiti wabak ini.
Jangan travel buat masa ini di negara-negara yang telah mempunyai masalah koronovirus ini, dan juga negara yang berdekatan.
Jauhi tempat yang terlalu ramai orang. Jika perlu, pakai topeng muka.
Cuba jauhkan diri dengan seseorang yang mengalami demam selsema.
Amalkan cara basuh tangan dengan bersih.
Sentiasa pantau suhu badan dan kelainan pada diri anda
Jaga kebersihan badan dan jauhi kawasan pelancongan.
Ambil tahu dan baca tips-tips pencegahan kesihatan seperti ini
Dapatkan rawatan lanjut dengan pantas, jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan.
Jelas Dr. Chen lagi walaupun tidak mengalami demam tapi mempunyai simptom seperti batuk dan selesema, individu terbabit wajar melakukan pemeriksaan kerana ia sebagai langkah pencegahan awal sebelum merebak kepada sesuatu masalah atau penyakit lain yang tidak diingini atau sebagai langkah pencegahan. Tambahnya juga kepada yang ingin melakukan ujian koronavirus perlu mendapatkannya di hospital kerajaan sahaja. Rujuk senarai hospital di laman web KKM.
Siapa Yang Berisiko & Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil?
Kanak-kanak dan warga dewasa semuanya berisiko untuk mendapat jangkitan wabak ini tetapi risikonya adalah kurang dikalangan kanak-kanak buat masa ini, ianya bergantung kepada faktor kesihatan pesakit itu sendiri.
Tetapi jangan melewat-lewatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya anda mempunyai tanda-tanda simptom seperti flu atau demam berpanjangan, kesukaran bernafas dan batuk yang akan berpotensi menjurus kepada komplikasi lain yang lebih serius. Jika wabak koronavirus menyerang pesakit yang berumur 50/60tahun ketas yang mempunyai komplikasi jantung, diabetes, hati atau lain-lain, keadaannya boleh menjadi lebih serius.
Penghasilan vaksin untuk menangani wabak koronovirus ini masih dalam kajian. Rujuk info dari KKM.
Extra tips juga untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil :
Pakai topeng muka jika mengalami masalah batuk dan selsema.
Jauhi haiwan seperti burung dan sebagainya dan juga jangan mengambil segala jenis daging yang tidak dimasak dengan sempurna.
Jauhi kawasan yang ramai orang, terutama tempat yang ramai pelancong dan elakkan bersentuhan dengan dengan mana-mana individu yang bergejala.
Jauhkan anak anda dengan kanak-kanak lain yang kurang sihat atau sudah menunjukkan tanda-tanda demam flu.
Jaga kebersihan diri dan keluarga
Gunakan sabun selepas ke tandas. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan
diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau
menggunakan hand sanitizer.
Pastikan tangan anda bersih setiap masa dan sediakan pakaian dan makanan yang bersih untuk keluarga anda.
Tutup mulut ketika batuk dengan tisu atau kain bersih dan pastikan basuh tangan dahulu san gunakan sanitasi sebelum memegang anak atau mula memasak.
Dapatkan rawatan segera dan jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan ibu, bapak dan anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Untuk Doa Semua” Fad Bocey & Isteri Timang Anak Kelima!

Tahniah diucapkan buat Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abdul Rahman yang selamat menimang anak kelimanya semalam di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Menerusi Instagramnya, Fad berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua serta memuat naik gambarnya memangku bayi kelimanya itu.
Malah bapa kepada lima cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
“Alhamdulillah pada jam 9:20 pagi tadi isteri saya @syaheeraarahman selamat melahirkan baby ke 5 kami. Terima kasih untuk doa semua ye,” tulisnya ringkas.
Malah Fad menerusi entri yang sama turut berterima kasih kepada semua kakitangan dan doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan mempermudahkan urusan isterinya.
“Terima kasih @drnorleen dan @avisenawcsh jaga wife dan baby saya, nanti saya vote doc untuk doc terbaik.
“Nanti kami share gambar baby okay,” tulisnya lagi.
Menerusi entri sebelumnya, terdahulu Fad memohon doa semua agar kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan.
“Bismillahirohmannirrohim, semoga dipermudah urusan my@syaheeraarahman melahirkan zuriat kami yang ke 5, mohon doa sahabat-sahabat semua ye..terima kasih.
“Dari first baby kami sampai yang ke 5, @avisenawcsh dan doctor Norleen tetap pilihan kami.Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Fad dan isterinya Syaheera Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI