Sejak bergelar ibu, Jihan Muse mengakui kehidupan berubah setelah dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Ungku Arsalan Haq sejak 4 bulan lalu.

Melalui perkongsian di Mstar dia menyatakan masih dalam proses memantapkan lagi ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu dalam apa perkara yang dilakukan.

Anak Baru Satu, Jihan Dah Tak Larat Bawa Badan. Baru Tahu Macam Mana Jadi Ibu

“Sekarang ni fokus saya lebih kepada anak, apa-apa pun kena fikir dia dahulu. Mujurlah suami banyak membantu dan kami masih belajar apa yang terbaik.

“Kalau dulu, saya bekerja pagi sampai malam, sekarang pagi bekerja, malam masa untuk anak. Orang kata kena 50-50 la. Tak boleh nak fikir diri sendirilah.

IKLAN

Anak Baru Satu, Jihan Dah Tak Larat Bawa Badan. Baru Tahu Macam Mana Jadi Ibu

“Semenjak jadi ibu ni, memang masa terasa sangat singkat setiap hari sampai nak berjalan pun tak larat,” katanya.

Walaupun Jihan macam tak serius, tapi bab penjagaan anak memang akan diutamakan kerana tanggungjawab sebagai ibu sangat besar. Jihan juga mahukan yang terbaik buat Ungku Arsalan agar membesar dengan penuh limpahan kasih sayang.

IKLAN

Anak Baru Satu, Jihan Dah Tak Larat Bawa Badan. Baru Tahu Macam Mana Jadi Ibu

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.

Sumber: Mstar & instagram Jihan Muse

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI