Anak Batuk & Alergik Lepas Makan Buah, Pastikan Cuci Bersih Dengan 3 Bahan Ni Dulu!

Share

Kita memang tak perasan tapi ada waktunya anak tiba-tiba batuk lepas makan buah. Sebab apa? Sebabnya buah yang kita beli tidak dicuci dengan cara yang betul.

Kesan kotoran dan kesan lilin yang melindungi buah itu sebenarnya yang buat kesihatan anak terjejas. Jadi kalau beli buah di pasaraya, cepat-cepat basuh dulu ikut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ini. Simple je guna tiga bahan ini.


Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.

Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.

Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.

Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.

Garam. Cuka. Soda bikarbonat. Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada kat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.

Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.

Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.

Ratio untuk basuh buah dan sayur;

Garam
1 sudu kecil garam : 1 cawan air

Cuka
1 cawan cuka : 3 cawan air

Soda bikarbonat
2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air

Kacau bagi sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit.

Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.

Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.

Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM