Anak Batuk Kahak Tanpa Henti & Disahkan Pneumonia Gara-Gara Asap Rokok

Share

Kanak-kanak antara yang berisiko untuk menghidap pneumonia. Biasanya jangkitan ini selalunya dikesan pada peringkat yang agak lambat kerana gejala dan tanda pneumonia berbeza dan ini banyak dipengaruhi oleh kuman yang menjangkiti.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pneumonia ini disebabkan beberapa faktor. Kanak-kanak yang berisiko tinggi seperti sejarah asma dalam keluarga dan kelahiran pramatang, selain pendedahan di tempat sesak dan ramai orang, tempat berhabuk dan asap rokok antara yang meningkatkan risiko jangkitan.

Seperti perkongsian seorang ibu mengenai pengalaman anaknya disahkan pneumonia perlu menjadi iktibar. Memang diawal nampak macam sakit biasa, tapi akhirnya menyebabkan bayi yang tak bersalah menerima kesannya.

Anak batuk, kerap muntah susu

2 minggu anak batuk, muntah susu setiap kali diberi susu, rupanya menghidap Pneumonia gara-gara didekati perokok

Anak baru berusia sebulan lebih, namun disahkan menghidap pneumonia gara-gara didekati perokok. Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada anaknya, wanita ini menggesa golongan bapa yang merupakan perokok, tidak mendekati anak mereka yang masih bayi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Bapa yang merokok take note!

KEPADA ibu bapa di luar sana yang masih ada anak berusia bawah 2 tahun, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dengan anda. Terutamanya golongan bapa yang merupakan perokok sama ada heavy atau light.

Kalau nak merokok, tolong pergi jauh dari baby. Selepas merokok pun jangan mendekati baby. Sebaik-baiknya pergi mandi sehingga bersih dan kemudian baru boleh mendekati baby.

Walaupun kita dah cuci tangan, tetapi asap dari pembakaran rokok masih lagi melekat di pakaian, rambut dan banyak lagi.

Gambar ini dirakam sewaktu Danny ditahan wad dan disahkan menghidap pneumonia. Waktu itu dia baru sahaja berusia 1 bulan 19 hari (49-50 hari lebih kurang) dan disahkan menghidap pneumonia.

Apa itu Pnuemonia? Pneumonia adalah penyakit radang paru-paru yang disebabkan non-microorganisme (bahan kimia, radiasi, toksin atau ubat-ubatan). Pneumonia yang berlaku di bahagian paru-paru yang berfungsi sebagai pertukaran udara sehingga penghidap pneumonia mengalami gangguan pertukaran udara di paru-paru.

Jadi, sewaktu Danny terkena penyakit ini, dia batuk tanpa kahak. Kemudian apabila dia menyusu, susu dimuntahkan keluar. Hampir dua minggu keadaan Danny begitu dan tidak dibawa ke hospital.

Bimbang keadaan anak semakin teruk, terus bawa ke hospital. Apabila doktor membuat imbasan x-ray, paru-paru Danny dah macam teruk dan terus ditahan wad di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Tak sampai hati tengok keadaan anak

Di HUS, macam-macam yang mereka lakukan pada Danny. Malah kerap mengambil darahnya, siapa tak kasihan melihat keadaan anak kecil sebegini? Bayi yang berusia sebulan terpaksa melalui penderitaan seperti ini. Tetapi oleh kerana mahu anak kembali sembuh, terpaksa kuatkan hati untuk melihat dia begitu dan banyakkan berdoa.

Selepas diberi antibiotik, seminggu kemudian Danny kembali pulih. Jadi, ibu bapa tolonglah jangan ambil mudah perkara seperti ini kerana pneumonia ini boleh menyebabkan anak hilang nyawa jika tidak dirawat.

Sekarang, Alhamdulillah Danny sudah sihat tetapi kadang-kadang bila demam dan batuk, memang saya segera bawa di mendapatkan rawatan di klinik.

Pesanan saya, sayangilah anak-anak kita. Bila tengok anak tak sihat, segera bawa anak pergi mendapatkan rawatan di klinik/hospital. Smeoga apa yang berlaku pada anak saya, Abdul Zafran Daniel, 10 bulan, tidak berulang pada anak-anak yang lain.

Sumber: Nur Amira Bakri via Kelab Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy