Kebanyakan ibu bapa risau nak bagi anak minum ubat batuk. Lagi-lagi anak yang bawah usia dua tahun. Malah doktor pun tidak mengesyorkan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Sebagai langkah alternatif, ada sesetengah ibu mengambil inisiatif dengan melakukan rawatan selamat dengan menggunakan bahan semulajadi untuk mengurangkan masalah batuk dan kahak anak.
Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, beliau ada memberi cara membuat ubat batuk dengan menggunakan bawang holland dan madu. Sesuai diamalkan untuk seisi keluarga. Boleh juga diberi pada anak kecil.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Ads
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam jurnal yang dibaca. Macam-macam buku ditelaah. Macam-macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
Ads
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
Ads
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara automatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak-anak jadinya. Bolehlah cuba.
Biasa tak jadi macam ni, sambil masak, sambil basuh kain, sambil bagi anak makan, sambil dengar audio, sambil jawab soalan anak, sambil macam-macam. Haa….ada yang kata para wanita ni memang itulah kelebihannya, MULTI-TASKING.
Tapi, perasan tak, bila dah multi banyak sangat, akhirnya apa jadi pada mak ni adalah kepenatan yang teramat sangat. Penat mental, fizikal dan emosi. Habis drain tenaga.
Apa yang lebih mengharukan adalah, hasil kelelahan itu semua tiada sempurna. Banyak kekurangannya, banyak yang tidak selesai. Paling utama, sang ibu menjadi sangat tidak produktif dihujung hati. Hati rasa tak happy dan mudah meledak dek kerana kepenatan itu.
MULTI-FOKUS YANG MELELAHKAN
“Tapi Ibu, saya tak ada pilihan. Anak saya ramai. Saya bekerja. Bila balik, semua nak kena hadap. Nak tak nak tetap kena uruskan. Kalau nak harapkan suami..emm..lagi saya sakit hati.”
Sayang..tau tak apa silap mu. KESEMPURNAAN.
Baju, perlu disidai begini, kain perlu dilipat begini, rumah mesti berkeadaan begini, anak-anak mesti selesaikan tugasan begini-begini, aktiviti mesti dilakukan begini-begini, nak hasil jadi begini-begini.
Bila tak tercapai ‘expectations’ itu, apa yang terhasil adalah STRESS, TERTEKAN, BENGANG. Akhirnya, menyalahkan diri sendiri atas ‘kegagalan’ yang tidak diingini.
Sayang, sedarilah sesungguhnya anda bukanlah ROBOT.
Anda adalah manusia yang perlu waktu rehat, yang perlu belaian kasih, yang perlu masa ketenangan.
“Ibu..tak boleh. Anak saya kecik-kecik. Tak boleh ‘deligate’ kerja. Bila suami dah tolong tengokkan anak-anak, saya dah syukur sangat. Tapi, betullah kata Ibu, saya masih ada satu perasaan ‘kekosongan’ dalam jiwa. Terkadang penat ini semua buat saya hampir menghamburkan air mata. Nak tak nak, tetap kena buat, tetap kena hadap.”
Sebenarnya kan sayang, yang buat kita penat bukan MULTI-TASKING tu, tapi sebab MULTI-FOKUS. Memang penat, bila dalam pemikiran tu banyak perkara yang diFOKUSkan dalam satu masa. Tengah masak, dalam fikiran ingat anak belum dimandikan. Sambil lipat kain, teringat wasap boss yang belum di ‘reply’. Sedang makan bersama suami teringat kain yang belum disidai. Hakikatnya, MULTI-FOKUS itu sangat tidak produktif, sangat tidak bagus. Jadi apa nak buat?
Kembali FOKUS. Lakukan satu persatu dengan hati yang tenang.
Suka Ibu kongsikan tips yang mudah buat sayang semua yang perlu MULTI-TASKING ni.
Mungkin sayang boleh cuba amalkan apa yang Ibu nak kongsikan ini.
1. Mulakan hari dengan TAHAJJUD.
Pada permulaan hari, SERAHKAN MASA,URUSAN dan TENAGA kepada MAHA PENCIPTA SEGALA. Peruntukan masa khas berkhalwat bersama Allah Taala. Luahkan segala apa yang terpendam. Mohon kekuatan kepadaNya. Zikir, selawat, baca Al-Quran dan berdoalah sebelum subuh.
Ketika itu, Allah sedang turun ke langit dunia. Allah mahu mengampunkan sesiapa yang minta ampun dan mahu mengabulkan apa saja yang dimohon oleh hambaNya. Dengan menyediakan masa untuk Allah pada permulaan hari, InsyaAllah hari itu akan menjadi lebih efektif. Bahasa mudahnya hari menjadi lebih berkat. Banyak urusan selesai, dipermudahkan, hati rasa lapang dan sebagainya.
2. JADUAL
Adakan jadual yang realistik untuk aktiviti sepanjang hari. Pentingnya jadual ini, adalah supaya seluruh ahli keluarga tahu apakah aktiviti seharian. Maka rutin yang positif boleh dicipta. Apabila anak tahu apa yang harus dilakukan sepanjang hari, maka ini akan bina rasa selamat pada diri anak itu sendiri. Para ibu bapa juga boleh kurang ‘membebel’ kerana anak sedar apa yang patut dilakukan.
3. Bahagikan tempoh 24jam atau sistem MENGKHUSUSKAN -Definition of Space.
Cuba lihat dapur kita, semua ada lokasi khusus. Di mana pisau disimpan, kuali disangkutkan, rempah ratus disusun, tidak caca-marba. Maka, bila kita mahu masak dan masuk ke dapur, semua jadi mudah dan terurus.
Begitulah dengan masa. Khususkan masa untuk ALLAH, SUAMI, ANAK-ANAK, URUSAN RUMAH, ME-TIME dan lain-lain.
Begitulah 3 tips mudah yang mungkin sayang boleh amalkan dalam kehidupan harian. Tak kisahlah sama anda perlu bekerja di luar atau WFH. Sungguh, bila mulakan hari dengan Allah, InsyaAllah, banyak perkara akan selesai dan dipermudahkan. Usahlah jadi wanita yang
MULTI-FOKUS yang akhirnya akan memenatkan dan melelahkan. Malahan hasil yang tercita sangat minimum.
Doa Ibu, semoga perkongsian Ibu pada pagi ini memberi semangat atau setidak-tidaknya memberi motivasi pada anda dalam memulakan hari.
Kredit: Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
Memberikan anak menonton video tanpa pengawasan mengundang bahaya. Kandungan yang tidak sesuai seperti ganas, jenayah dan negatif kini muncul di dalam sesetengah video di Youtube.
Seorang pakar pediatrik yang juga ibu, Free Hess, mendapati terdapat video-video yang berbahaya di YouTube Kids. Dia berkata bahawa terdapat beberapa minit ke dalam klip dari permainan video kanak-kanak seorang lelaki muncul di skrin dan memberikan arahan mengenai bagaimana membunuh diri.
Menurut ibu berkenaan, sambil menyatakan bahawa scene berkenaan telah disambungkan kepada beberapa lagi video dari Splintoon permainan Nintendo popular di YouTube dan YouTube Kids. Hess telah berkongsi tentang mengenai video berkenaan di blognya telah diubah dan mengatakan untuk membawanya turun di tengah-tengah bantahan daripada ibu bapa dan pakar kesihatan kanak-kanak, yang mengatakan visual itu boleh merosakkan kanak-kanak.
Dalam satu video di YouTube menunjukkan seorang lelaki memasuki frame video dan menunjukkan cara untuk menghiris lengan diri sama ada melalui hirisan melintang untuk mendapatkan perhartian dan potongan menegak untuk keputusan yang baik. Kandungan visiual berbahaya ini boleh meracuni fikiran kanak-kanak.
And… the Splatoon cartoon with the suicide clip is indeed on YouTube Kids as well ?This was recorded by me directly from YouTube Kids at 1:45pm on 2/24/19. #ThisIsNotOK#YouTubeWakeUp#ProtectOurKids#ParentsDemandAction#PediMom
Hess yang berkongsi tentang klip video yang membimbangkan ini di blognya, untuk meningkatkan kesedaran dan membuangnya dari Youtube. Hess berkata video Splatoon terdapat juga video lain yang membimbangkan seperti Minecraft yang menggambarkan penembakan di kawasan sekolah, penyeludupan manusia, seorang kanak-kanak yang membunuh diri dengan menikam dan yang lain cuba membunuh diri dengan menggantungkan badan.
TRAGIS & MEMBERIKAN KESAN SANGAT BURUK KEPADA MINDA KANAK-KANAK
Tragisnya apabila video ini mensasarkan anak-anak dan menggalakkan anak-anak membunuh diri.Nadine Kaslow dari Universiti Emory mengatakan bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mengabaikan kandungan video suram tetapi ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada mereka sedari.
Ia oleh menyebabkan kanak-kanak mengalami mimpi buruk, mencetuskan kenangan buruk tentang orang yang rapat dengan mereka yang telah membunuh diri atau bahkan menggalakkan mereka mencuba, walaupun sesetengahnya mungkin terlalu muda untuk memahami akibatnya.
WALAU PUN DIPADAM, KESANNYA TIDAK BOLEH DIKELUARKAN SEMULA DARI MINDA ANAK
Kaslow berkata ibu bapa harus mengawasi apa yang anak-anak mereka lakukan dalam talian dan syarikat teknologi harus memastikan kandungan tersebut dikeluarkan. Sekali pun ia dikeluarkan, kesannya tidak boleh dipadamkan di dalam minda kanak-kanak yang telah terdedah kepadanya.
PERLUKAN PENGAWASAN DARIPADA IBU BAPA
Kaslow berkata walaupun ibu bapa harus berbincang dengan anak-anak mereka mengenai video yang ditonton dan YouTube Kids juga harus menangani isu tersebut, menjelaskan kepada kanak-kanak tentang video yang dipaparkan dan kenapa ia tidak boleh dilakukan hingga memudaratkan diri sendiri.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, faktor risiko yang berkaitan dengan membunuh diri ialah gangguan mental seperti kemurungan klinikal, percubaan bunuh diri sebelum ini, tidak mendapatkan rawatan kesihatan mental, penyakit fizikal, rasa putus asa atau rasa dipulaukan.
Sumber: The Washington Post & Pedimom
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh usia 0 hingga 6 tahun adalah fasa penting bagi anak. Pada masa ini perkembangan peribadi, tingkah laku dan ekspresi emosi anak sedang dalam proses penyesuaian. Peranan ibu bapa dalam tempoh ini adalah untuk beri perhatian dan mengajar anak ikut usia.
Apabila dah masuk 7 tahun, anak akan mula memahami apa yang boleh dan tak boleh dilakukan kerana di usia ini ibu bapa perlu ajar disiplin. Sebab itulah bila anak dah makin besar kena jelas priority. Tak boleh lagi nak,
– hari-hari beli mainan – manjakan anak sangat – fikir nak bagi anak enjoy sahaja – ikut semua kemahuan dia – shopping barang anak sesuka hati
Anak dah besar, keperluan dan tanggungjawab automatik dah jadi makin besar. Kadang tak semua kemahuan anak tu kita kena turutkan.
Bukan nak berkira-kira tapi nak hati-hati berbelanja. Tak mahu keperluan anak yang penting-penting terabai pula nanti.
Amanah dah besar, duit nak pakai untuk besarkan anak pun makin banyak.
– sekolah dia
– kesihatan dia
– makan dia
– pakai dia
– supplement dia
– buku dia
Dan banyak lagi keperluan anak dah patut jadi priority kita masa ni. Fasa manjakan anak tamat di usia dia 6 tahun, masuk 7 tahun dah start fasa untuk disiplinkan dan mendidik anak tentang realiti dunia sebenar.
Tak semua yang dia suka dan mahu akan dapat. Wallahu A’lam,
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!