Kebanyakan ibu bapa risau nak bagi anak minum ubat batuk. Lagi-lagi anak yang bawah usia dua tahun. Malah doktor pun tidak mengesyorkan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Sebagai langkah alternatif, ada sesetengah ibu mengambil inisiatif dengan melakukan rawatan selamat dengan menggunakan bahan semulajadi untuk mengurangkan masalah batuk dan kahak anak.
Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, beliau ada memberi cara membuat ubat batuk dengan menggunakan bawang holland dan madu. Sesuai diamalkan untuk seisi keluarga. Boleh juga diberi pada anak kecil.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam jurnal yang dibaca. Macam-macam buku ditelaah. Macam-macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara automatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak-anak jadinya. Bolehlah cuba.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar