Pening kepala juga dibuatnya bila anak masih lagi batuk-batuk walaupun sudah mencuba beberapa jenis ubat. Bukan salah ubat tetapi mungkin ubat yang diberikan tidak serasi dengan tubuh anak kita.
Selain mencari ubat yang sesuai, mama boleh juga cuba petua ringkas ini untuk kurangkan batuk anak. Mana tahu cara ni berkesan dekat anak kita.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan dengan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham