Lambung anak tinggi-tinggi, pastu tangkap balik, dan anak pun ketawa suka. Ibu bapa mesti biasa buat begini kan? Niatnya hanya nak eratkan bonding dengan anak.
Memang betul ini antara bonding-moment bapa dan anak. Lupakan gajet sementara dan main lambung-lambung lagi berharga.
Tapi!
Lambung anak ni ada bahayanya. Kadang kita leka sampai terlambung dengan kuat dan laju. Disinilah mengundang bahaya. Bukan bahaya tak dapat sambut. Saya tahu bapa-bapa semua sado orangnya.
Bahaya datang dengan 3 masalah bila kita lambung tinggi dengan kuat dan laju.
Kebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil, bawah umur 2 tahun.
Apa yang berlaku adalah, bila anak dilambung dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang tengah laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. INERTIA akan berlaku.
Inertia berlaku (badan terhayun kehadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Sebab itu la berlakunya keadaan badan terhayun kehadapan. Haaa… Faham tak ni. Ajar fizik pula?
Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.
Dan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.
Kalau mengalami kerosakan atau injury otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome. SBS biasa terjadi ketika anak berumur 6-8 minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat nangis. Jadi kita ni pun goyang-goyangkan, dan ayunkan dia nak bagi diam. Kan?
Ads
Dan SBS boleh juga terjadi sehingga umur 2 tahun. Malah ada juga kes melibatkan kanak2 umur 5 tahun.
Tanda-tanda kecederaan pada otak adalah:
1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.
2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur
Ads
3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik
3. Tidak sedar diri
Jika ada tanda begini selepas melambung anak, bawalah anak ke doktor untuk pantauan.
Lepas ini, janganlah kata haram melambung anak pula. (haramlah untuk anak kecil bawah 2 tahun ok!). Kalau hendak, buatlah dengan berpada-pada. Jangan si bapa yang terlebih eksited dari anak?
InsyaAllah, anak-anak kita semua terhindar dari perkara ini.
Setelah 15 tahun menanti kehadiran anak kedua sebagai penyeri dalam keluarga, akhirnya tarikh 20/2/2021 di usia kandungan 37 minggu, lahirlah seorang anak lelaki dari anugerah Allah SWT. Namun yang menyedihkan hanya sempat dengar sekejap saja tangisan mu anak.
Melalui perkongsian Kamsya Zawi, walaupun tarikh due 7 Mac, tetapi disebabkan bayi asyik mengeras dan seperti ada tanda nak bersalin terpaksa di rujuk ke hospital.
Sampai di hospital doktor terpaksa buat emergency czer pada jam 9.39 malam sebab darah dah keluar dan bayi makin kerap mengeras. Apabila pembedahan berjaya dilakukan dan bayi selamat dilahirkan, dalam hati terus ucap rasa syukur sangat-sangat.
Paru-paru anak lemah, bergantung mesin pernafasan
Sebak ketika mendengar tangisan bayi yang ditunggu-tunggu sejak sekian lamanya. Bagaimanapun, setelah beberapa minit bunyi tangisan itu, tiba-tiba terdiam sekejap.
Waktu itu keadaan agak kelam kabut, dan doktor beritahu paru-paru anak lemah dan pernafasannya terhenti sekejap. Doktor terus pakaikan oksigen dan cuba membantu untuk stabilkan keadaannya.
Luluh hati ibu, kesokkan harinya doktor beritahu paru-paru anak-anak lemah sangat nak bernyawa, dia bergantung kepada oksigen. Semuanya bergantung pada mesin pernafasan.
Ya Allah besarnya ujian mu. Ibu minta tolong sangat-sangat sama ada yang mengenali diri ibu atau tak, tolong panjangkan doa semua buat anak ibu agar keadaannya kembali stabil dan kuat. Ibu tak sanggup lihat badan anak ibu penuh dengan wayar.
Aallhumma robbannassiashibilbassaa..Syifilantasyaffii,,Laasyifa haillaa,Syiifaa uuqaa,Syiifaa Aallaa,yuqhodirusaqooma..YA ALLAH,TUHAN KEPADA MANUSIA,HILANGKANLAH KESAKITAN,DAN SEMBUHKANLAH,SESEUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENYEMBUH,TIADA KESMBUHAN MELAINKAN DENGAN KESEMBUHAN. DARIPADA ENGKAU YANG MAHA AMPUN. Terima kasih semua, semoga doa anda diberikan ganjaran pahala di akhirat sana, amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai ibu yang tak jangka ada beberapa bahagian lain di kawasan badan kita boleh mengeluarkan susu. Bunyi macam pelik tapi ia boleh berlaku pada sesetengah orang.
Breast accessories ni boleh ada di ketiak, atas dada, atau bahagian atas pusat atau dalam bahasa mudahnya di bahagian ‘milk line’
Menurut Kaunselor Laktasi yang menerima kes ini, Puan Nad Masrom ramai ibu mesti terkejut. Lagipun baginya ini kes pertama yang dikendalikan dan sesuatu yang patut diketahui oleh semua wanita terutama yang bergelar ibu.
Aksesori Breast
APA TU? Hah.. Jom baca. Kot-kot ada tapi tak sedar.
Minggu lepas saya terima satu kes home visit referral dari KPJ Puteri. Jadi saya melawat ibu yang ada masalah breast engorged and blocked duct.
Hampir 4 jam juga di rumah ibu bantu clearkan blocked duct, ajar ibu cara marmet, bantu ibu perbetulkan position menyusu waktu duduk dan baring.
Alhamdulillah ketulan pada breast ibu mula surut dan hilang. Dan ibu tunjuk di bahagian bawah ketiak kiri dan kanan ada benjolan yang bila dipicit keluar susu.
Mula-mula saya sangkakan nanah. Tapi bila bau dan rasa, memang susu. Exactly susu ibu!
Saya tak pernah nampak dan tak pernah belajar juga. Saya teruja sampi rakam video dan ambil gambar (tapi maaf saya tak siarkan di sini sebab fikirkan aurat ibu. Saya attach gambar yang lebih kurang).
Jadi kenalah tanya yang lebih pakar. Maka soalan terus dirujuk kepda Dr Hairin Anisa dalam group BCNP Johor.
‘BREAST ACCESSORIES’ – kata doktor.
Apa tu? Kami kaunselor yang lain pun terpinga-pinga. Hehe.
Breast accessories ni macam breast ‘tambahan’ yang ada tisu, kelenjar, puting semua (tapi putingnya tak sempurna).
Dan breast ‘tambahan’ ni juga boleh mengeluarkan susu macam breast yang original.
Breast accessories ni boleh ada di ketiak, atas dada atau bahagian atas pusat. Dia boleh berada di ‘milk line’ (rujuk gambar). So memang ada ibu yang kena mastitis di bahagian breast ‘tambahan’ ini.
Kalau ikut Dr Anisa, if ibu rasa tak selesa dan menyusahkan bila ada drain kat kawasan situ, ibu boleh buat pembedahan untuk buang tisu breast ‘tambahan’ tu.
Ilmu yang baru untuk saya dan rakan-rakan kaunselor yang lain. Saya takkan jumpa semua ni kalau tidak melalui pengalaman seperti ini.
Sebelum ni saya pernah jumpa ibu yang tak boleh menghasilkan susu kerana severe IGT (insufficient glandular tissue). Mujurlah IGT ni ada juga belajar jadi tak lah gelabah sangat.
Breast accessories ni memang baru bagi saya. Mungkin orang lain dah biasa. Jadi saya share untuk kawan-kawan yang belum tahu lagi.
Terdapat aturan dalam mengendalikan susu perahan bermula dari diperah untuk disimpan dan kemudian dicairkan apabila hendak digunakan. Ada tempoh tertentu susu tersebut boleh digunakan. Aturan ini bertujuan supaya bayi mendapat khasiat susu ibu yang paling optimum.
Ketika mengendalikan susu perahan, terdapat panduan yang perlu diikuti. Tujuannya adalah untuk memelihara khasiat susu ibu kerana susu ibu akan kehilangan nutrien kesan daripada proses penyimpanan.
i. Gunakan bekas yang steril untuk menyimpan susu perahan samada menggunakan beg plastik susu (sekali kali kegunaan sahaja) atau menggunakan botol bebas BPA (tempoh guna sehingga enam bulan).
ii. Labelkan tarikh dan masa pada bekas penyimpanan.
iii. Simpan di dalam peti ais di bahagian paling dalam sekiranya tidak dibekukan.
iv. Gunakan susu yang paling lama di simpan. Panaskan susu yang pertama mengikut tarikh disimpan kepada bayi anda.
v. Simpan susu secara teratur jika diletak bersama bahan mentah lain. Pastikan bahan mentah disimpan di dalam bekas bertutup.
Susu segar: Jika hendak berikan bayi susu segar, sejurus diperah boleh diberikan terus kepada bayi dan hendaklah dihabiskan dalam tempoh 1 jam. Tidak boleh disimpan bakinya jika bayi tidak habis minum dan sekiranya bayi belum minum, susu boleh berada di dalam suhu bilik sehingga empat jam tetapi tidak digalakkan kerana suhu di negara kita panas bukan seperti di luar negara.
Susu sejuk: Susu di bahagian chiller peti ais boleh disimpan sehingga lima hari mengikut kekerapan buka dan tutup pintu peti ais. Jika peti sering dibuka, selepas tiga hari susu tersebut hendaklah dibekukan. Jika hendak diberikan kepada bayi, susu boleh disuamkan atau boleh diberikan dalam suhu bilik atau ada bayi menerima susu sejuk dengan baik. Susu hendaklah dihabiskan dalam tempoh sejam dan baki susu tidak boleh disimpan semula.
Susu beku: Jangka susu beku berbeza-beza mengikut peti ais yang digunakan. Bagi peti ais satu pintu, jangka hayat susu beku adalah dua minggu. Bagi peti ais dua pintu pula, jangka hayat susu beku adalah sehingga tiga bulan. Bagi yang menggunakan deep freezer, jangka hayat susu beku adalah sehingga enam bulan. Sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan susu beku, hayat susu tersebut mengikut tarikh susu diperah.
Harus Prihatin Sejak Susu Diperah
i. Pastikan tangan telah dibasuh sebelum memerah dan begitu juga dengan peralatan memerah.
ii. Setelah susu diperah, simpan di dalam bekas penyimpanan dan susu hendaklah diisi sehingga 3/4 bekas/plastik sahaja kemudian
iii. Tutup bekas penyimpanan dengan rapat dan labelkan.
iv. Simpan di dalam beg yang mengandungi gel ais beku yang cukup untuk memastikan suhu susu tidak berubah berkurang
iv. Setelah sampai di rumah, jika hendak digunakan pada hari esok, boleh di simpan di dalam chiller di bahagian paling dalam. Jika ingin dibekukan, boleh dimasukkan terus ke dalam deep freezer.
Simpan Dalam Botol, Plastik Atau Bekas Lebih Selamat?
Untuk kekalkan kesegaran susu ibu, penting untuk memastikan peti ais diaturkan bahan masakan dengan baik. Ini bermaksud semua bahan masakan termasuklah bahan mentah disimpan di dalam bekas bertutup dan ditutup rapat. Ini kerana susu ibu boleh menyerap bau peti ais dan boleh menyebabkan bayi menolak susu sejuk/susu beku.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.