Terdapat pelbagai ubat selesema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selesema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baik terlebih dahulu.

Bagaimanapun bagi kanak-kanak di bawah usia 2 tahun ibu bapa tidak boleh memberikan ubat selesema tanpa nasihat doktor.

Anak Bawah 2 Tahun Selesema Tak Boleh Diberikan Ubat. Tapi Ada Cara Untuk MengurangkannyaIni kerana ubat selesema yang diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.

Jika selesema yang berlaku pada anak, ibu bapa boleh mengambil tindakan dengan membawanya berjumpa doktor jika

IKLAN
  • Bayi yang berusia 3 bulan kebawah berserta dengan demam
  • Kelihatan letih, tidak aktif, kurang makan dan apa-apa yang merisaukan ibubapa
  • Mempunyai simptom lain seperti sawan, tidak sedarkan diri dan sebagainya

Kanak-kanak kurang dari 2 tahun tidak boleh diberi ubat selesema kerana ia boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.

Rawatan selsema bagi kanak-kanak 2 tahun ke bawah

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah, ubat selesema tidak diperlukan. Tetapi mereka memerlukan penjagaan dari ibubapa.

Salah satu yang boleh dibuat Ibubapa adalah menggunakan alat penyedut hidung. Terdapat pelbagai jenis penyedut hingus yang berada di pasaran sekarang dan boleh didapati di farmasi.

IKLAN

Anak Bawah 2 Tahun Selesema Tak Boleh Diberikan Ubat. Tapi Ada Cara Untuk MengurangkannyaIbubapa juga boleh membeli air garam khas untuk dititiskan dihidung kanak-kanak tersebut. Ia digunakan untuk mencairkan hingus tersebut supaya ia mudah ditelan dan tidak menyumbatkan saluran hidung.

Ibubapa juga tidak perlu terlalu risau jika pesakit masih aktif bermain, makan atau minum seperti biasa, tidak mempunyai pernafasan yang laju dan sebagainya.

IKLAN

Majoriti selesema yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya tanpa rawatan ubat yang spesifik.

Sumber: ediagnosa.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI