Home schooling adalah satu proses pembelajaran secara penuh yang dilaksanakan di rumah menerusi aktiviti-aktiviti secara rutin dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tersusun dan berobjektif.
“Anak Belajar Dalam Keadaan Santai Tidak Terlalu Terikat Dengan Silibus”. Pakar Kongsi Kelebihan Home School

Kelasnya adalah rumah dan gurunya adalah ibu-bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menguasai dua karektor sebagai ibu bapa dan sebagai guru bergantung kepada situasi yang dihadapi.

Ibu bapa perlu banyak menguasai ilmu pendidikan dan ilmu keibubapaan bagi menjamin homeschooling yang dijalankan memberi kejayaan kepada anak-anak.

Ibu bapa perlu tahu apa sebenarnya keperluan, objektif dan matlamat yang ingin dicapai terhadap anak-anak. Setiap anak-anak ada karektor dan keistimewaan yang tersendiri. Memilih aktiviti amat penting bagi kesesuaian dan kecenderungan anak-anak.

IKLAN

Para ibu bapa juga perlu mempunyai pembahagian masa yang cukup untuk anak bagi memenuhi jadual yang telah dirangka lebih awal.

IKLAN
IKLAN

Untuk anak saya, alat bantuan mengajar perlulah kreatif dan bersifat DIY lebih menarik dan memberi impak jangka masa panjang dalam konteks pembentukan kreativiti dan merangsang otak berfikir. Saya lebih gemar alat bantu mengajar yang multifungsi dibuat sendiri tidak dibeli terus di kedai.

“Anak Belajar Dalam Keadaan Santai Tidak Terlalu Terikat Dengan Silibus”. Pakar Kongsi Kelebihan Home School
Usia emas iaitu dari usia 0 ke 4 tahun adalah satu tempoh kritikal bagi setiap anak-anak kerana pada fasa ini, otak mereka sekadar menyerap segala maklumat yang dipaparkan di hadapan mata, didengari oleh telinga, dihidu oleh hidung malah segala pembentukan kekuatan fizikal dan pemantapan psikomotor  kasar dan halus terbentuk pada usia ini.
Kelebihan Home School;
  • Anak-anak lebih rapat dan erat dengan ibu bapa. Ramai ibu bapa yang terlepas waktu-waktu anak membesar sehingga selalu wujud permasalahan anak-anak lebih rapat dengan pengasuh atau guru-guru taska/tadika berbanding ibu-bapa mereka sendiri.
  • Penglibatan ibu-bapa dalam aktiviti harian anak-anak merupakan satu item yang amat penting untuk anak-anak menghargai dan merasa kasih sayang sepenuhnya.
“Anak Belajar Dalam Keadaan Santai Tidak Terlalu Terikat Dengan Silibus”. Pakar Kongsi Kelebihan Home School
  • Anak-anak belajar dalam keadaan yang santai tidak terlalu terikat dengan silibus atau modul sekolah.
  • Belajar di rumah lebih menyeronokkan dan fleksible jika dijalankan mengikut objektif yang hendak dicapai dalam pengajaran.
  • Ibu bapa perlu sentiasa menghasilkan aktiviti yang kreatif bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
  • Ibu bapa yang lebih rapat dan mengenali anak boleh memfokuskan pendidikan mengikut minat dan personality masing-masing.
  • Dengan merancang aktiviti bersesuaian, mereka akan menjadi lebih bersemangat lalu dapat mengembangkan lagi potensi diri mereka.
  • Anak berpeluang untuk belajar dalam persekitaran yang berbeza setiap hari. Kelebihan ini membolehkan ibu bapa mengajar mengikut kesediaan anak-anak tanpa perlu dipaksa selagi ianya berjalan mengikut kurikulum standard  Prasekolah kebangsaan.
  • Selain daripada itu, anak-anak lebih selamat berada dalam kawasan rumah mengurangkan isu keselamatan di kalangan kanak-kanak yang kerap berlaku.
Langkah Persediaan 
  • ibu bapa hanya perlu rajin dan tahu kaedah bagaimana untuk mengambil hati anak-anak untuk belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Sekiranya anak-anak belajar dengan ibu bapa sendiri, mereka lebih cenderung untuk ambil sikap acuh tidak acuh sahaja.
“Anak Belajar Dalam Keadaan Santai Tidak Terlalu Terikat Dengan Silibus”. Pakar Kongsi Kelebihan Home School
  • Pasti akan ada masa di mana anak-anak kelihatan jemu dengan wajah ibu bapa. Namun dalam mengajar, anak-anak sentiasa perlu didekatkan dengan hubungan sesama adik beradik, jiran tetangga, pasukan beruniform di sekitar komuniti dan masyarakat awam yang mempunyai pelbagai latar yang amat menarik untuk dijadikan sebagai satu bahan pendidikan.
Sumber: Puan Suraya Ismail
               Pengasas Pusat Jagaan
                Kanak-Kanak Sufi Kreatif Perak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI