Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak, terutamanya bagi anak-anak yang pasif, ataupun ada agenda tersendiri. Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi.
Komunikasi 2 hala mesti bersebab dan jika anak sukar untuk buat, kita perlulah beri sebab untuk mereka berkomunikasi. Apa lagi untuk anak-anak yang ada speech delay lagilah mereka susah untuk memulakan interaksi.
Ads
Jadi anda boleh cuba -teknik berikut untuk memberi peluang anak-anak mulakan perbualan dengan anda. Tapi ingat beberapa perkara berikut:
Ads
✅ Sentiasa tunggu untuk respon anak especially anak delay. Sebab adakalanya respon mereka agak lambat dan mereka perlukan masa. ✅ Apabila menunggu, maintain eye contact dengan mereka yang menunjukkn kita memang tunggu respon dan harapkan respon dari mereka. ✅ Bantu anak jika mereka tak tau nak bagi respon macam mana.. Tunjukkan caranya dan nanti ulang lagi. ✅ Ulang..ulang..ulang… sebanyak yang boleh. ✅ Be interactive and fun dan bukan respon yang tak ikhlas dan yang dibuat-buat. Kanak-kanak pun boleh kesan tau kalau kita tak ikhlas berinteraksi dengan mereka.
Ads
LETAKKAN OBJEK DI TEMPAT YANG TIDAK DAPAT DICAPAI Apabila anak inginkan sesuatu objek, letakkan objek tersebut di tempat yang mereka boleh nampak, tapi tidak dapat dicapai. Dengan itu mereka akan cuba meminta dari anda dengan pelbagai cara. Ada yg tunjuk, ada yg sebut, ada yang tarik tangan dan macam2 lg… Jadi inilah peluang anda untuk mengajar kemahiran meminta pada anak. . Sebarang respon anak yang menunjukkan mereka meminta anda boleh ambil dan bg objek tersebut. Jika anak tak buat sebarang reaksi, ajarkan lah reaksi macam mana nak minta, dan lakukan berulang kali setiap kali nak minta.BERI SEDIKIT DAN TUNGGU… Jika nak galakkan anak minta lagi dan berulang kali, anda boleh berikan secara sedikit2.. contohnya makan, air, atau mainan.. tuang sedikit air, anak minum, dan perlu minta lg.. sama juga dengan mainan seperti puzzle atau lego.. atau boleh berikan satu persatu.. tp perlu anak minta dululah baru bagi.. . Tapi ingat.. respon anak mesti mcm2.. anda perlu kenalpasti respon yg mcm mana anak buat utk minta.. dan dngn segera anda perlu respon dengan memberi..LAKUKAN AKTIVITI YANG PERLUKAN BANTUAN ORANG DEWASA Anda boleh pilih aktiviti yang memang anak suka tapi tak boleh buat sendiri.. contohnya seperti bubble, mainan yang perlu pusing, mainan yg ada kunci atau apa sahaja.. . Bila anak minta (sebut, gesture, sentuh dll), berikan sekali.. dan tunggu untuk anak minta lagi.. jadi anak akan minta secara berulang.. Barulah terjadinya komunikasi 2 hala dan bila buat banyak kali, anak akan faham dan ingat.BERIKAN PILIHAN DAN TUNGGU RESPON ANAK.. Bila diberikan pilihan, anak lebih mudah untuk respon. Anda boleh minta anak buat pilihan antara 2 mainan, baju, makanan dan macam2 lagi. . Tunggu respon anak dan berikan apa yang mereka minta..LAKUKAN AKTIVITI FAMILIAR..PAUSE..DAN TUNGGU RESPON Setiap kanak2 mesti ada aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari.. dan anak dah tau dah susunan aktivti tu mcm mana. Contohnya mcm pakai baju, main bola, main geletek2, buat susu dll lagi.. Jadi anda boleh gunakan aktiviti tersebut untuk menggalakkan mereka minta untuk anda buat sesuatu. . Contohnya masa pakai baju.. anda boleh pause pada step2 tertentu spt lepas pakai baju, nak pakai apa pulak.. pause utk anak meminta seluar… Barulah ada komunikasi 2 hala antara anda dan anak anda..TUKAR CARA LAKUKAN AKTIVITI FAMILIAR.. DAN TUNGGU Sama juga dengan aktiviti familiar yg pause tu… tapi kali ni anda boleh cuba tukar.. mungkin tukar cara, tukar susunan atau tukar alatan dan macam2 lagi.. ini boleh buatkan anak merasa pelik dan mungkin akan tanya soalan atau komen sesuatu berkenaan aktiviti tersebut.. . Masa nil lah anda boleh galakkan anda untuk mulakan perbualan dan bila anda respon dan menggalakkan anak utk terus melakukan komunikasi 2 hala dngn lebih banyak.SOROK BARANG KEGEMARAN ANAK.. DAN TUNGGU Semasa bermain, anda boleh sorokkan mainan, atau apa sahaja yang anak inginkan.. ini boleh menggalakkan anak bertanya jg seperti “mana” atau komen “takde/hilang” dan lain2 lagi.. . Barulah anak akan faham situasi mcm mana utk tny soalan, dan br lah mereka akan faham fungsi soalan tu mcm mana.. dan ianya lebih natural.BILA PERKARA YANG TAK SESUAI / TAK DIJANGKA TERJADI Dalam situasi harian kan biasanya mesti ada sesuatu yg diluar jangka terjadi.. dan kita mesti akan memberi respon pd situasi sebegitu.. Jadi sama la juga dengan anak2 ni.. anda boleh create peluang untuk mereka respon. Contohnya, semasa makan sudu xde, atau nak main bola, bola xde, atau air tumpah nak buat apa dan lain2 lagi.. . Tapi yg pnting adalah anda perlu bljr utk tunggu utk anak respon dengan situasi dulu.. tunggu dngn niat menunggu tau.
Kelasnya adalah rumah dan gurunya adalah ibu-bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menguasai dua karektor sebagai ibu bapa dan sebagai guru bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Ibu bapa perlu banyak menguasai ilmu pendidikan dan ilmu keibubapaan bagi menjamin homeschooling yang dijalankan memberi kejayaan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu tahu apa sebenarnya keperluan, objektif dan matlamat yang ingin dicapai terhadap anak-anak. Setiap anak-anak ada karektor dan keistimewaan yang tersendiri. Memilih aktiviti amat penting bagi kesesuaian dan kecenderungan anak-anak.
Para ibu bapa juga perlu mempunyai pembahagian masa yang cukup untuk anak bagi memenuhi jadual yang telah dirangka lebih awal.
Untuk anak saya, alat bantuan mengajar perlulah kreatif dan bersifat DIY lebih menarik dan memberi impak jangka masa panjang dalam konteks pembentukan kreativiti dan merangsang otak berfikir. Saya lebih gemar alat bantu mengajar yang multifungsi dibuat sendiri tidak dibeli terus di kedai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berinteraksi adalah kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Tambahan lagi bagi anak-anak istimewa, ianya bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka. Banyak kemahiran-kemahiran lain yang perlu mereka pelajari untuk membolehkan mereka dapat berinteraksi dengan baik.
Interaksi juga haruslah menarik supaya anak-anak ingin terus melakukan interaksi dengan anda. Semakin banyak interaksi, semakin banyak kemahiran yang anak-anak boleh pelajari. Jika inginkan anak-anak berminat dan tertarik untuk berinteraksi dengan anda, anda boleh ikuti 8 trik ini:
Tip 1: Bersemuka
Apabila bermain dan berinteraksi dengan anak anda, rendahkan badan, supaya dapat bersemuka dan bertentang mata. Anda boleh duduk di lantai dan anak duduk di kerusi, atau baring di lantai bila anak bermain di lantai. Dengan cara ini, anak anda dapat melihat dan mendengar apa yang anda sebut dengan lebih baik. Kanak-kanak akan teruja apabila anda turun ke level mereka dan hubungan anda dan anak akan menjadi lebih rapat. Tambahan pula, dengan bersemuka anda juga boleh dan mudah untuk melihat sekecil-kecil respon dari anak dengan lebih baik dan memudahkan anda untuk respon semula.
Tip 2: Guna Intonasi Yang Menarik
Kanak-kanak mudah tertarik dengan melodi. Tak hairanlah mereka memberi respon yang sangat baik pada lagu. Jadi apa salahnya kita bercakap dan berinteraksi dengan anak menggunakan intonasi berlagu yangmenarik. Ia secara langsung boleh menarik minat anda untuk mendengar dan memahami apa yang kita cakapkan. Intonasi sangat baik untuk menarik perhatian anak terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah denga daya tumpuan yang pendek atau sukar untuk memberi respon pada orang dewasa.
Tip 3: Pilih Mainan Yang Memberi Rangsangan Deria
Dah nama pun kanak-kanak kan, mestilah mereka sukakan mainan. Bermain adalah waktu belajar bagi mereka. Tapi, kita sukar untuk mendapatkan perhatian anak sekiranya mainan tersebut membosankan atau terlalu sukar untuk kanak-kanak fahami cara untuk bermain. Jadi, untuk kanak-kanak 1-3 tahun, mainan yang paling mudah untuk menarik perhatian mereka adalah mainan yang memberikan rangsangan deria. Contohnya mainan yang berbunyi, bercahaya, mempunyai warna yang terang, bergerak dan mempunyai perlbagai tekstur.
Apabila anak tertarik dengan mainan yang anda tunjukkan, maka lebih mudahlah untuk anda berinteraksi dengan anak anda. Dengan adanya mainan, anda juga akan lebih mudah untuk berinteraksi dengan anak kerana dari mainan tersebut anda boleh mendapatkan idea apa yang perlu anda cakapkan.
Tip 4: Guna Ayat Yang Ringkas
Keseronokan berinteraksi adalah bergantung kepada sejauh mana kita memahami sesuatu bahasa. Semakin faham dan tahu menggunakan bahasa, semakin mudah dan seronpk untuk kanak-kanak berinteraksi. Kanak-kanak 1-3 tahun masih lagi belajar untuk mempelajari cara menggunakan bahasa dengan betul samaada verbal ataupun tidak verbal. Jadi penggunaan ayat yang ringkas membolehkan mereka faham dengan lebih mudah dan lebih mudah untuk mereka respon juga.
Untuk anak 1&2 tahun anda boleh gunakan ayat 1-3 patah perkataan. Bagi 3 tahun pula anda boleh tingkatkan kepada ayat 4 atau 5 perkataan mengikut situasi yang sesuai.
Tip 5: Banyak Gunakan ‘Sound Effect’
Apabila bermain dan berinteraksi bersama anak anda, gunakan banyak sound effect yang menarik seperti “weee, woww, boom-boom, pop-pop-pop, miau” dan banyak lagi. Bunyi atau perkataan ini akan menarik perhatian anak, kerana ianya disebut dengan sangat berintonasi. Tambah pula, perkataan-perkataan ini boleh disebut dengan berulang-ulang semasa aktiviti dan ini memberikan peluang kepada anak untuk mendengarnya. Perkataan seperti “weee’ dan “jatuh” boleh digabungkan semasa bermain dengan kereta. “Pop”, “oo-oo” dan “pecah” boleh digunakan semasa bermain bubble. “Mmmm”, “sedapnya” boleh digunakan semasa makan, “boom-boom” atau “dum-dum” semasa bermain drum.
Ada bermacam-macam bunyi yang boleh anda sebut mengikut kreativiti sendiri asalkan ianya menarik. Perkataan-perkataan menarik ini biasanya akan menjadi perkataan pertama yang kanak-kanak akan tiru dan lama-kelamaan mereka akan menyebutnya sendiri.
Tip 6: Berikan Bantuan
Anak istimewa kebiasaannya mempunyai kemampuan bahasa yang terhad untuk memahami dan memberi respon pada anda. Jadi adalah sangat penting untuk kita bantu anak-anak sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi respon pada anda. Anda boleh pegang tangan anak dan buatkan aksi yang anda minta, pegangkan tangan dan tunjukkan cara mmeberi objek yang anda minta, modelkan perkataan atau ayat yang anak perlu sebut, modelkan cara memjawab soalan yang anda tanya, tunjukkan, gunakan ekspresi muka dan gerak badan anda untuk memberi bantuan pada anak memahami cara untuk memberi respon.
Dengan bantuan yang diberikan membuatkan anak untuk lebih faham dan tahu apa yang mereka perlu lakukan. Ia juga boleh membuatkan anak merasa enjoy untuk terus berinteraksi dengan anda.
Tip 7: Jadikan Minat Sebagai Peluang Untuk Berinteraksi
Setiap kanak-kanak mempunyai minat mereka sendiri terhadap sesuatu dan minat itu akan berubah-ubah mengikut situasi. Perkara yang mereka minat itu sebenarnya kita boleh gunakan sebagai subjek perbualan anda dengan anak. Kerana apa yang mereka minat, tumpuan mereka akan lebih baik, dan bahasa yang diberikan akan lebih mudah untuk anak kaitkan dan fahami.
Duduk dekat dengan anak, lihat anak dengan penuh minat dan tunggu anak untuk memberikan mesej. Sebagai contoh, anak anda sedang melihat bayi yang sedang menangis dengan penuh minat, anda hanya diam, TUNGGU untuk anak berkomunikasi dengan anda. Apabila anak melihat ke arah anda, tunjuk bayi tersebut dan sebutkan perkataan atau bunyi. Dengan cara ini anda boleh memberikan respon kepada apa yang anda fikir anak anda ingin ‘cakapkan’. Contoh “baby nangis”. Beri peluang pada anak untuk memulakan perbualan kerana memulakan perbualan adalah kemahiran yang penting untuk berbual dengan baik. Dengan menunjukkan minat pada apa yang anak minat sekaligus akan menarik minat anak untuk berinteraksi dengan anda.
Tip 8: Tiru Aksi & Bunyi Anak
Meniru adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan interaksi secara berterusan. Tiru apa yang dilakukan oleh anak anda. Anak anda mengetuk drum, anda pun mengetuk drum dan tunggu respon dari anak. Sekiranya anak menghasilkan bunyi seperti ‘oo-oo’, ‘woww’, anda pun meniru menyebutnya juga dan tunggu dan lihat samaada anak menyedari atau tidak kehadiran anda. Jika anak menolak kereta, anda juga menolak kereta dan lihat reaksi anak. Kemahiran meniru merupakan kemahiran yang sangat penting untuk membolehkan anak bercakap. Dengan meniru anak terlebih dahulu akan menggalakkan anak untuk menyedari kehadiran anda dan akan meniru anda pula apabila mereka sudah bersedia. Interaksi akan menjadi lebih menarik jika anak sedar yang anda memberi perhatian pada apa yang meraka sebut dan lakukan.
Peringkat interaksi bagi setiap usia juga berbeza. Bagi anak 1 tahun, mereka banyak berinteraksi menggunakan gesture, aksi dan perkataan tunggal. Apabila mencapai 2 tahun, mereka mula menggunakan ayat 2 patah perkataan pula beserta gesture. Semakin usia meningkat, anak-anak akan kurang menggunakan gesture dan banyak menggunakan ayat 3 perkataan dan lebih. Jadi interaksi kita dengan anak perlulah di upgrade mengikut keperluan dan tahap perkembangan semasa anak.
“BoBoiBoyyyyy Kuasaaaa Duaaaaaa”, “Pika Pika Pika Chuuuuu” selalu bermain di bibir anak anda ketika menonton cerita kartun yang terkenal ni kan? Watak “Adventure” yang dibawa kedua-dua kartun ini boleh membuatkan anak anda turut sama beraksi di depan TV!
Tentu sekali anak anda akan seronok dan teruja bila berpeluang menyaksikan sendiri kartun kegemaran mereka secara “live” dan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
Bila dan di mana?
Buat pertama kalinya Sunway Velocity Mall akan membawa BoBoiBoy dan Pokémon ke Kuala Lumpur. Pengunjung juga dapat menyaksikan perarakan BoBoiBoy & Friends buat pertama kali di Malaysia. Mereka akan berada di Sunway Velocity Mall bermula 17 hinggga 26 Ogos di Main Atrium, Ground Floor.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama BoBoiBoy & Friends dan Pikachu yang diminati ramai!
Aktiviti yang menyeronokkan!
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan sepanjang 10 hari ini. Apa yang menarik sekitar acara ini ialah persembahan daripada kumpulan Bunkface pada 19 Ogos, 4 petang, tayangan episod khas Pokemon & BoBoiBoy pada setiap hari, pertandingan mewarna BoBoiBoy, pertandingan cosplay BoBoiBoy, pertarungan Kad Galaxy BoBoiBoy, Pokémon Meet & Greet dan BoBoiBoy Meet & Greet.
Selain daripada tu ada juga permainan arked Pokémon dan Puzzle Gergasi BoBoiBoy yang boleh dimain oleh semua peringkat umur!
Anda dan juga anak-anak anda berpeluang untuk bergambar bersama dengan Maskot Pokémon kegemaran semua.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang cuti sekolah pada bulan Ogos ini. Jangan sia-sia kan cuti sekolah anda begitu sahaja. Jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sunwayvelocitymall.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!