Kebanyakan anak-anak usia 3 tahun ke bawah mereka ada bahasa sendiri untuk bercakap dengan ibu bapa atau orang sekelilingnya. Kadang untuk memahami apa maksud ayat itu agak sukar sehingga terpaksa buat pemahaman sendiri.
Menurut pakar, cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ia akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.
Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub yang juga seorang ibu yang banyak berkongsi tip keibubapaan dan anak, dia sendiri melalui pengalaman anak bercakap bahasa sendiri tetapi berjaya mengatasinya dengan melakukan beberapa tip di bawah ini.
ANAK BERCAKAP BAHASA SENDIRI?
Hari ini ilah nak berkongsi daripada perkongsian Terapi Pertuturan mengenai anak bercakap bahasa sendiri. Maksudnya anak bercakap dalam bahasa yang kita sendiri tak faham. Boleh jadi bahasa Jerman, Jepun, Perancis, Korea dan sebagainya. Tak tahulah anak cakap apa.
Ramai parents yang menghadapi masalah ini kan? Bunyi macam bercakap tapi kita tak faham apa yang anak cakap atau cuba sampaikan. Sejujurnya ilah pun pernah mengalami fasa ini masa mula-mula Zayd dah boleh sebut banyak bunyi dan perkataan. Bila dia membebel atau nak cakap laju, mula la keluar perkataan bahasa yang dia sendiri je faham.
Sebenarnya begini..
Kanak-kanak yang sedang belajar bercakap memang biasanya akan bercakap bahasa sendiri yang mana kita sebut sebagai ‘jargon’.. ini terjadi disebabkan oleh mereka cuba meniru untuk bercakap seperti orang dewasa tetapi mereka mempunyai vocab yang sedikit untuk bercakap seperti kita atau pun memori mereka masih lagi belum mampu untuk menangkap ayat panjang seperti yang kita cakap.
Ummi: “Zayd nak makan buah tak? Nak buah mangga ke buah anggur?”
Zayd: bfdfgrm ndifrs nak angkur
Haha. Ni contoh bahasa jargon Zayd kadangkala ada bunyi bahasa korea pun ada dan ummi langsung tak faham.
Anak memang akan dengar apa yang kita sebut. Tetapi mungkin ada beberapa perkataan yang mereka tidak faham dan tak mampu nak tangkap setiap perkataan yang kita sebut. Jadi, kita boleh ulang ayat dengan sebut satu persatu secara perlahan-lahan dan tidak laju terutama anak yang masih kecil atau ada masalah delay (perkembangan lewat).
Jargon ini sebenarnya normal jika berlaku pada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Tetapi jika masih ada lagi jargon selepas umur 3 tahun, perlu buat pemeriksaan. Takut-takut kalau ada masalah speech atau language delay.
Cara untuk mengurangkan jargon:
1. Terjemahkan kepada bahasa yang betul
Jika anak sebut sesuatu guna bahasa sendiri, kita perlu terjemahkan atau perbetulkan kepada bahasa yang betul mengikut situasi tersebut.
Sebagai contoh anak tengah memegang kereta dan sebut “hsfjedncx xcfgd..ghsjfe”
Maka, kita boleh terjemahkan dan perbetulkan mengikut situasi pada masa itu “Wah.. kereta Zayd warna oren. Kereta boleh gerak ke depan”
2. Guna bahasa yang pendek dan mudah difahami
Anak akan lebih mudah untuk faham dan senang nak pickup bila kita gunakan bahasa yang pendek dan mudah di sebut. Gunakan ayat 1-3 perkataan pun dah cukup. Tak perlu ayat yang panjang-panjang.
3. Tingkatkan kosa kata anak
Tingkatkan kosa kata anak dengan perkenalkan perkataan baru setiap hari. Bila kosa kata atau vocab anak meningkat, barulah mereka boleh menggunakan perkataan yang betul dan buat ayat. Jadi jargon itu akan berkurang.
Oh ya. Kadang-kadang anak tengok kartun yang cakap panjang-panjang dekat TV pun boleh menyebabkan jargon jugak. Seeloknya kurangkan gadjet atau TV dan banyakkan komunikasi 2 hala dengan anak.
nota: Contoh Zayd #17months bercakap dalam bahasa sendiri. Alhamdulilah sekarang dah boleh cakap dan sebut banyak perkataan.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Fadzielah Ayub
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
\\