Anak Bercakap Seperti Bayi Tanda Disleksia? Ada 3 Lagi Tanda Lain Mak Ayah Kena Ambil Tahu

Share

Disleksia ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.

Kanak-kanak yang berumur tiga hingga empat tahun menunjukkan tanda-tanda awal disleksia sebelum mereka mula membaca. Ini kerana disleksia boleh menjejaskan pelbagai kemahiran bahasa yang menjadi asas kepada proses pembacaan. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang anda perlu kenal pasti.

#1 BERCAKAP SEPERTI BAYI

Kanak-kanak yang disyaki mengalami disleksia akan menyebut perkataan dengan salah sebagai contoh ‘almari’ menjadi ‘lamari’. Manakala penguasaan bahasanya juga kurang daripada rakan-rakan sebayanya yang lain dan dia juga kurang bercakap. Hal ini kerana disebabkan oleh perkembangan bahasa yang tertunda.

#2 MENGALAMI MASALAH MEMANGGIL SESUATU DENGAN NAMA YANG BETUL

Si manja akan mengalami masalah untuk menterjemahkan apa yang anda katakan. Misalnya jika anda memintanya memberikan sudu, dia akan berikan sudu. Ini berlaku kerana kanak-kanak disleksia mengalami masalah untuk mengenal pasti nombor, warna dan abjad. Disleksia mempengaruhi cara otak memproses bahasa. Ini akan menyebabkan si kecil mengalami masalah untuk menamakan sesuatu objek dengan tepat.

#3 MASALAH DENGAN PERKATAAN YANG MEMPUNYAI RIMA YANG SAMA

Perkataan yang mempunyai rima yang sama seperti “papan”, “lapan”, “lipan”, memang akan menyebabkan ia dikenal pasti kanak-kanak disleksia. Mereka sukar untuk mengenal pastinya dan sering kali tertukar kerana susah untuk memecahkan perkataan kepada suku kata yang berbeza bunyinya.

#4 TIDAK MAMPU MENGIKUTI ARAHAN

Apabila anda memintanya mengambil jaket dan kasut, dia hanya akan datang membawa kasut sahaja. Kanak-kanak disleksia tidak boleh memproses arahan yang kompleks. Mereka boleh mengikuti arahan yang pendek dan ringkas serta perlu sentiasa diingatkan.  Ini kerana mereka hanya menangkap arahan yang diberikan pada awal atau akhirnya sahaja.

TIDAK SEMUA MENUNJUKKAN GEJALA YANG SAMA

Namun semua kanak-kanak disleksia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan pada kanak-kanak peringkat sekolah adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.

Ibu bapa kerap menyalah tafsirkan disleksia sebagai developmental delay. Ia adalah satu stigma yang perlu diperbetulkan kerana disleksia adalah masalah yang berkaitan dengan neurological, tiada kaitan dengan IQ.  Kanak-kanak disleksia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya.

PENGESANAN AWAL

Apabila ibu bapa melihat ciri-ciri yang meragukan seperti di atas, lakukan pengesanan awal dengan segera. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini serta dalam proses rangsangan.

Published by
SAHR